PEMBINAAN SURAU AS SYDDIQ : Menyumbang ke arah pembentukan Generasi Rabbani

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad adalah pesuruh Allah”.

Selawat dan salam keatas Baginda s.a.w.

Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk.

Sungguh, jalan dakwah ini bukan mudah,tetapi kepahitan itulah yang menjadi saksi untuk melayakkan kita menggapai kemanisan SyurgaNya.

MasyaAllah.

SubhanAllah.

Baiknya ALLAH~

Dengan penuh kerendahan hati, post ini kami tujukan kepada mana-mana pihak yang sudi untuk membantu pihak sekolah dalam usaha untuk membina salah satu kemudahan sekolah bagi keselesaan para pelajar Sekolah Islam As Syddiq. Berikut merupakan lembaran yang dapat pihak kami sajikan buat pengetahuan pihak tuan-tuan dan puan-puan:

Image

Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan berminat untuk membantu pembinaan surau Sekolah Islam As Syddiq, berikut merupakan maklumat yang diperlukan untuk tujuan tersebut :

ImageKebaikan dan keikhlasan tuan-tuan dan puan-puan amat kami hargai dan kami dahulukan dengan ucapan,
Image
Semoga kebaikan dan keikhlasan  tuan-tuan dan puan-puan dalam menjayakan projek pembinaan ini, Allah SWT ganjarkan dengan kebaikan yang berlipat ganda.

“Siapakah orang yang mahu memberi pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat gandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya. Dan selain itu ia akan memperoleh pahala yang besar”. (Al-Hadid: 11)

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai; Seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (Al-Baqarah: 261)

Usaha mengumpul dana telah dijalankan sejak tahun 2011. Namun begitu, kami masih dalam proses pembinaan secara perlahan-lahan. Sumbangan kalian amat kami hargai.
( Tonton video Pelancaran dana Surau di sini : https://www.youtube.com/watch?v=Bg2asnfMjRo&list=LLO4Tf3-gnAcEAiATfP4hLVQ )

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s