[FOTO] MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG DAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad adalah pesuruh Allah”.

Selawat dan salam keatas Baginda s.a.w.

Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk.

Sungguh, jalan dakwah ini bukan mudah,tetapi kepahitan itulah yang menjadi saksi untuk melayakkan kita menggapai kemanisan SyurgaNya.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Image

Pada 15 Mac 2014 telah berlangsung Majlis Anugerah Cemerlang dan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah bermula dari jam 9 pagi sehingga 12 tengah hari. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Ali bin Mohammed, pengarah bahagian dakwah, JAKIM.

ImageMajlis tersebut dimeriahkan lagi dengan dua buah persembahan nasyid oleh para pelajar Sekolah Islam As Syddiq.

Image

Image

Image
Penyampaian hadiah merupakan acara kemuncak dalam majlis tersebut.

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

Image

TAZKIRAH HARI INI

“Katakanlah, ‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam.”
-surah Al-An’am, 6:162-
Image

Sebagai pelajar, keikhlasan dalam menuntut ilmu sangatlah penting. Jika kita belajar untuk mencari keredhaan Allah, maka tidak perlu ada rasa takut, kecewa dan berputus asa walaupun sebesar mana kesulitan yang kita hadapi. Kita mesti yakin bahawa Allah pasti akan menolong kita, jika benar apa yang kita lakukan ini untuk keredhaanNya.

Istiqamah dan bersederhana dalam melakukan kebaikan adalah lebih baik dan dituntut. Begitu juga ketika kita mengulangkaji pelajaran. Tidak perlu kita memaksa diri belajar dari larut malam hingga ke pagi, tetapi aturlah masa agar ianya tidak mengganggu masa tidur dan membolehkan kita fokus keesokan harinya.

Image

Advertisements

One thought on “[FOTO] MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG DAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s