[ PEMBINAAN SURAU AS SYDDIQ ] Perkembangan Pembinaan Surau As Syddiq

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad adalah pesuruh Allah”.

Selawat dan salam keatas Baginda s.a.w.

Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk.

Sungguh, jalan dakwah ini bukan mudah,tetapi kepahitan itulah yang menjadi saksi untuk melayakkan kita menggapai kemanisan SyurgaNya.

MasyaAllah.

SubhanAllah.

Baiknya ALLAH~

Dengan penuh kerendahan hati, post ini kami tujukan kepada mana-mana pihak yang sudi untuk membantu pihak sekolah dalam usaha untuk membina salah satu kemudahan sekolah bagi keselesaan para pelajar Sekolah Islam As Syddiq. Post ini merupakan kesinambungan daripada post yang telah dipaparkan pada 10 Mac 2014 di bawah tajuk “PEMBINAAN SURAU AS SYDDIQ : Menyumbang ke arah pembentukan Generasi Rabbani”.

Berikut merupakan beberapa keping gambar tapak surau yang dapat pihak kami sajikan buat pengetahuan pihak tuan-tuan dan puan-puan mengenai perkembangan kerja-kerja pembinaan tersebut :

Image

Image

Image

Image

Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan berminat untuk membantu pembinaan surau Sekolah Islam As Syddiq, berikut merupakan maklumat yang diperlukan untuk tujuan tersebut :

Image

Image

Semoga kebaikan dan keikhlasan  tuan-tuan dan puan-puan dalam menjayakan projek pembinaan ini, Allah SWT ganjarkan dengan kebaikan yang berlipat ganda.

“Siapakah orang yang mahu memberi pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat gandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya. Dan selain itu ia akan memperoleh pahala yang besar”. (Al-Hadid: 11)

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai; Seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (Al-Baqarah: 261)

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.