Program Perkongsian Ilmu

IMG_20141022_090439 IMG_20141022_090655 IMG_20141022_162735 IMG-20141022-WA0008 IMG-20141022-WA0009 IMG_20141021_112041

Assalamualaikum semua,

Bertemu kita sekali lagi untuk catatan kedua Miss Zurin, Pada kali ini Miss Zurin ingin berkongsi dengan semua pembaca blog SMIAS tentang program yang telah sekolah jalankan pada 21-22 Oktober yang lalu.

Program yang diberi tajuk “Program Perkongsian Ilmu” ini adalah program kerjasama diantara SMIAS dan juga Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Hj Hassan Yunos atau singkatannya SMKDHHY. Program ini dihadiri oleh pelajar – pelajar Tingkatan 4 SMIAS dan pelajar-pelajar Tingkatan 5 SMKDHHY.

 

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menjawab kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains  / Matematik Tambahan dan Sejarah.

Guru-guru yang dibawa juga bukan guru-guru biasa, ini bukan bermakna guru-guru ini pelik ya :). Guru-guru yang diundang adalah guru-guru yang mempunyai pengalaman luas didalam menanda kertas jawapan pelajar, bukan 1-5 tahun pengalaman menanda tetapi sudah mempunyai lebih dari 15 tahun berpengalaman menanda kertas peperiksaan.

Program yang dihadiri oleh 33 orang pelajar dari 2 buah sekolah yang berlainan ini bukan sahaja dapat mewujudkan rangkaian persahabatan, tetapi ia juga merapatkan hubungan ukhwah antara pelajar dan guru dalam membina jaringan ilmu.

Program yang berlangsung selama 2 hari ini, amat padat dengan pengisian ilmu. Miss Zurin selaku orang yang membuat laporan program melihat usaha cikgu-cikgu dalam membantu pelajar mengusai sesuatu subjek begitu mengkagumkan, ada sahaja tips-tips dan formula yang didedahkan untuk menambahkan kefahaman pelajar.

Oh ya, lupa pula Miss Zurin nak memperkenalkan cikgu-cikgu yang terlibat didalam Program Perkongsian Ilmu ini. Berikut adalah guru-gurunya :-

En Ahmad Adnan Bin Ahmad Aras (Bahasa Inggeris)

Pn Haslina Bt Musliman (Bahasa Melayu)

Tn Hj Muhammad Sam B. Nordin (Sains)

Pn Yazimah Bt Suratman (Sejarah)

Pn Supini Bt Sardan (Matematik Tambahan)

Semoga dengan usaha guru-guru ini, pelajar -pelajar dapat menggunakan sepenuhnya ilmu yang dicurahkan dan mengaplikasikannya didewan peperiksaan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s