Selesai Sudah Perjuangan Pelajar-Pelajar PT3 & SMRA

Alhamdulillah..syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya,kita masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah ini.

Apa khabar semua, Miss Zurin doakan semua yang membaca blog ini diberikan kerahmatan dan kasih sayang dariNYa.Bagaimana persiapan pelajar-pelajar di SRIAS dan SMIAS untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun? Miss Zurin dan semua guru-guru di SRIAS dan SMIS sentiasa mendoakan agar semua pelajar dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik dan betul.

Seperti mana sekolah-sekolah kerajaan, SMIAS juga tidak ketinggalan mengawal selia pelajar-pelajar yang menduduki Ujian Penilaian PT3. Pada tahun ini seramai 24 orang pelajar telah didaftarkan untuk mengambil peperiksaan yang dahulunya dikenali sebagai Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Mereka merupakan calon pertama yang menduduki ujian dengan format yang serba baru, walaupun berhadapan dengan kesulitan untuk memahami format baru PT3, ia tidak mematahkan sama sekali semangat para pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh.

Usai PT3, pelajar-pelajar tingkatan 2 pula mengambil tempat untuk menduduki Peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama(SMRA). Peperiksaan yang mewakili pembelajaran tingkatan 1-2 ini adalah pasport untuk mereka menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) ketika di Tingkatan 4 nanti.

Oh ya, terlupa pula Miss, sebelum PT3, pelajar-pelajar Tingkatan 4 SMIAS telah menduduki peperiksaan SMA, walaupun hanya 8 orang sahaja calon yang mengambil peperiksaan ini,mereka tetap komited untuk belajar.

Untuk catatan seterusnya, Miss akan lampirkan gambar-gambar sekitar SMA,PT3 dan SMRA.

sebelum berpisah mari kita sama-sama renungi kata-kata dari Ustaz Hasrizal Abu Jamil

Menjadi hebat bukan suatu pilihan kerana ahli syurga terdiri daripada individu yang hebat

exam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s