November 2014 : Pemeriksaan dan Rawatan Pergigian

Alhamdulillah pada 12 hingga 13 November 2014 yang lalu Klinik Kesihatan Pergigian Simpang Renggam telah  mengunjungi Sekolah Islam As Syddiq untuk sesi pemeriksaan dan rawatan pergigian. Seramai 2 orang doktor dan dua orang jururawat telah datang untuk menjalankan pemeriksaan gigi terhadap pelajar SRIAS dan SMIAS.
Kesihatan merupakan anugerah yang tidak ternilai. Pelajar-pelajar sekolah ini bertuah dan beruntung kerana tidak perlu bersusah payah untuk berkunjung ke klinik bagi mendapatkan rawatan gigi.

Salah seorang pegawai Klinik Kesihatan (KK) ditemui berkata, matlamat utama pasukan ini hadir ke sekolah ialah untuk mencapai 100% pemeriksaan gigi dan mulut pelajar sekolah.

Gigi merupakan alat pencernaan penting dan berfungsi untuk mengunyah dan menghancurkan makanan sebelum diproses untuk membekalkan tenaga kepada badan. Oleh itu penjagaan dan kebersihan gigi paling utama. Katanya lagi, rawatan seperti ini dapat mengurangkan kejadian karies dan meningkatkan peratus murid tidak perlu rawatan. Maknanya pelajar menjaga gigi dan memastikan kebersihan gigi setiap masa.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Klinik Kesihatan Simpang Renggam. Khususnya kepada para doktor dan pembantunya yang menjalankan tugas di Sekolah Islam As Syddiq

Laporan disediakan oleh Ustazah Maisura Mohd Isa, Guru Kesihatan SMIAS

p/s Untuk entri seterusnya, Miss Zurin akan kepilkan gambar sekitar Pemeriksaan & Rawatan Pergigian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s