Program Daurah Fikrah Islamiah 2014

Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Miss Zurin doakan pelajar-pelajar SRIAS, SMIAS dan semua pembaca blog ini berada didalam keadaan sihat sejahtera.Minggu ini adalah minggu terakhir persekolahan, mood cuti sekolah kian terasa, apa persiapan pelajar-pelajar ketika musim cuti sekolah nanti.

Bagi kami di SRIAS dan SMIAS, cuti sekolah yang bakal menjelma bakal kami isi dengan 3 program yang berskala besar. Bahkan, sebelum cuti sekolah bermula Jumaat nanti, minggu ini kami telah mengadakan program yang dinamakan Daurah Fikrah Islamiah (DFI).

Apa itu DFI? Ini juga merupakan pengalaman pertama Miss Zurin mengikuti program DFI yang biasanya dijalankan 2 kali setahun di SMIAS, tetapi disebabkan kekangan masa, program ini hanya diadakan sekali sahaja.Program ini diwujudkan sebagai salah satu usaha untuk mengukuhkan kesedaran dan kefahaman Islam pelajar yang telah mengikuti proses Tarbiah Islamiah Harakiah (TIH) di peringkat sekolah menengah. Selain dari itu, program ini juga dijalankan bagi menyelaras dan memperlengkapkan kefahaman dan kesedaran Islam.

Bagi sesi kali ini 3 kuliah utama telah berjaya disampaikan oleh guru-guru SMIAS dan tetamu jemputan, antara topik-topik yang dibincangkan ialah “Tiga Persoalan Asas”, “Hakikat Iman dan Hubungannya Dengan Allah”, “Islam Dagang” dan “Kehidupan Dalam Naungan Islam”.

Untuk program DFI kali ini, pelajar-pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan, DFI1, melibatkan pelajar tingkatan 1 manakala DFI2 melibatkan pelajar-pelajar dari tingkatan 2-3. Selain dari kuliah, pelajar turut dihidangkan dengan tayangan video berkenaan Risalah Rasulullah.Menariknya ketika menonton video ini, Syeikh Maher turut ada bersama berkongsi kisah disebalik penayangan video berkenaan.

Tidak lengkap rasanya kalau program hanya melibatkan satu pihak sahaja, oleh itu untuk menguji kefahaman pelajar, latihan didalam kumpulan telah diadakan, pelajar dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil dan mereka dikehandaki untuk membuat rumusan dari 3 kuliah yang telah dijalankan.

Tidak cukup dengan itu, usai menonton video pada sesi malam, pelajar bergilir-gilir mengaji Al-Quran sepanjang malam sementara menunggu waktu untuk Qiamullail.Alhamdulillah, pelajar perempuan dapat membaca dari surah Al-Baqarah sehingga surah Ali Imran. Tahniah, Miss Zurin ucapkan kepada semua pelajar, disini kita dapat melatih diri untuk mengorbankan masa tidur untuk beribadah kepadaNYA, dan sebenarnya ia adalah satu proses tarbiah yang amat berkesan.

Rasanaya cukup setakat ini sahaja, catatan Miss Zurin untuk pembaca blog semua. Minggu ini selain dari DFI1 & DFI2, kami turut mengadakan program mini sukan, dan hari penutup koko. Oh ya DFI3 juga bakal berlangsung Khamis & Jumaat ini untuk sebahagian pelajar tingkatan 3 & 4.

IMG_20141116_205132IMG_20141117_112142IMG_20141117_113031IMG_20141116_142744IMG_20141116_205024

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s