Hari Penutupan Ko-Kurikulum & Hari Terbuka SMIAS

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tibalah harinya hari terakhir persekolahan bagi sesi 2014. Pada pagi itu, pelajar-pelajar semuanya berkumpul di Dataran Ilmu Plus. Satu perhimpunan telah diadakan untuk meraikan kejayaan pelajar-pelajar untuk aktiviti ko-kurikulum di sepanjang tahun 2014.

Setiap badan beruniform, persatuan dan juga kelab telah berjaya menjalankan pelbagai aktiviti untuk menambahnilai kemahiran ahli masing-masing. Cikgu Noor Rahizah selaku guru Ko-Kurikulum telah menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan jayanya, tahniah dan terima kasih kasih diucapkan kepada beliau.

Di majlis berkenaan, Mudir SMIAS, Tn Hj Shamjuddin turut berkongsi rasa dengan pelajar tentang apa yang telah mereka lalui sepanjang tahun 2014. Sudah pasti banyak kenangan suka duka tercoret di ruang minda dan ianya akan tetap kekal tersemat disanubari hati-hati mereka.

Selain itu juga, majlis ini turut diserikan dengan pemberian cenderamata untuk pimpinan pelajar serta mereka-mereka yang telah mengukir kejayaan dibidang ko-kurikulum. Semoga apa yang mereka peroleh tidak hanya terhenti setakat ini sahaja, kerana perjalanan mereka masih panjang dan banyak lagi yang gelombang hidup yang akan mereka tempuhi.

Lupa pula Miss nak kongsikan, selain dari sesi hadiah, ucapan dari guru, ada satu lagi acara yang menarik perhatian Miss. Pelajar-pelajar lelaki dari Tingkatan 4 Al-Biruni telah membuat persembahan nasyid untuk halwa telinga guru dan pelajar. Melihat dari persembahan yang telah diberikan, adalah tidak mustahil mereka mampu melakar nama sebaris dengan dengan kumpulan nasyid tempatan. Mereka telah membawakan selawat dan nasyid yang bertajuk “HambaMU” nyanyian asal Mawi dan Akil Hayy.

Sebaik sahaja program penutupan berakhir, ibu bapa mula datang untuk mengambil keputusan peperiksaan akhir tahun anak-anak mereka. Tergambar diriak wajah masing-masing kegembiran untuk pulang kerumah lebih-lebih pelajar yang menghuni di asrama, namun ada juga yang bersedih kerana berpisah dengan rakan-rakan dalam tempoh yang agak lama.

Semoga perjalanan pelajar-pelajar SMIAS di 2014 ini menjadi kenangan terindah buat mereka. Semoga bertemu di sesi 2015.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s