Jamuan Akhir Tahun SMIAS

Assalamualaikum semua,

Seperti yang Miss katakan sebelum ini, 2 minggu terakhir sebelum cuti persekolahan bermula, kami di SMIAS memang tidak lekang dengan aktiviti. Tamat sahaja mini sukan, kami mengadakan pula Jamuan Akhir Tahun SMIAS. Persiapan bermula sejak awal pagi lagi, dengan pembahagian tugas diserahkan kepada Cikgu Rahizah.

Disebabkan kami mempunyai seorang guru yang juga merangkap seorang bekas chef, tugas memasak telah diketuai oleh Chef Cikgu Muhamat Raman. Beliau telah memilih untuk memasak nasi serai. Ada sesiapa mahu mencuba menu nasi serai? Nanti Miss tolong carikan resepinya, mana tahu boleh dicuba ketika cuti sekolah ini.

Selain menu utama nasi serai, tidak lengkap rasanya tanpa lauk-lauk sampingan, Miss Zurin pun sebenarnya baru kali pertama mencuba nasi serai ini, jadi Miss pun tak pasti nasi serai ini dimakan dengan lauk apa. Untuk hidangan ini, nasi ini telah digadingkan dengan paceri nenas dan juga ayam masak merah.

Selain dari itu, ada satu menu istimewa yang begitu membangkitkan selera sehinga baunya sudah mewangi di sekitar perkarangan SMIAS. Sebelum Miss pecahkan rahsia menunya, Miss nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Pn Nusaibah dan Ustaz Nastain, kerana mereka berdua dari awal memasak sehingga ke titisan terakhir setia disitu walaupun cuaca panas membara dihari kejadian. Menu yang istimewa itu tidak lain tidak bukan ialah sate! Miss Zurin tidak pasti berapa cucuk sate daging dan ayam yang telah dibakar oleh kedua-dua orang cikgu itu, apa tidaknya sate itu untuk hidangan pelajar sekali, sudah pasti bilangannya beratus cucuk!

Jamuan bermula selepas solat zohor, dan majlis diadakan di Dataran Ilmu Plus (akan Miss ceritakan proses pembikinan Dataran Ilmu Plus di entri akan datang). Pihak SMIAS turut mengundang guru-guru SRIAS dan pelajar-pelajar tahun 6 SRIAS, pihak pengurusan dan pentadbiran As-Syddiq, serta tidak ketinggalan makcik-makcik kantin sekolah.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar, semua pelajar serta guru menikmati hidangan yang telah disediakan. Terima kasih diucapkan kepada semua pelajar dan guru yang begitu bersungguh-sungguh menjayakan Jamuan Akhir Tahun SMIAS.

IMG_20141119_113647

IMG_20141119_112432

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s