Karnival Mini Sukan SMIAS

Assalamualaikum wbt & Salam Sihat untuk semua

Memandangkan tajuk entri Miss kali ini ialah “Mini Sukan SMIAS” jadi tidak salah rasanya jika Miss ingin mengucapkan “Salam Sihat”untuk semua pembaca blog SMIAS yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu Miss ingin memohon maaf diatas kelewatan mengemaskini laman blog SMIAS. 2 minggu terakhir persekolahan berlalu dengan begitu pantas sekali, pelbagai program diatur berturut-turut sebaik sahaja Peperiksaan Akhir Tahun 2014 berakhir.

Bermula dengan program Daurah Fikrah Islamiah 1&2 untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan sebahagian tingkatan 3, kemudian diikuti pula dengan Daurah Fikrah Islamiah 3 untuk pelajar tingkatan 3 & 4. Pengisiaan yang mengambil masa 2 hari bagi setiap daurah telah banyak membantu pelajar meningkatkan kefahaman tentang Islam yang syumul. Tahniah kepada penyelaras program iaitu Tuan Hj Khalik Anuar serta ahli jawatankuasa yang telah dilantik kerana telah berjaya merealisasikan hasrat dan objektif sekolah.

Usai program DFI, kami merehatkan minda dengan Mini Sukan SMIAS, ini kali pertama Miss Zurin dapat turut serta kerana sebelum ini Miss belum berkhidmat di SMIAS lagi. Untuk pelajar lelaki, mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan, bila disebut tentang lelaki, permainan yang sinonim dengan mereka sudah pasti bola sepak. Manakala untuk pelajar perempuan mereka beradu tenaga di arena bola jaring. Padang SMIAS menjadi medan pertempuran pelajar lelaki manakala padang mini bersebelahan asrama perempuan menjadi saksi pertembungan bola jaring bagi pelajar perempuan.

Dihari pertama karnival, perlawanan menyaksikan persaingan sengit antara setiap kumpulan, semua pelajar begitu bersemangat untuk mencari mata untuk menewaskan pasukan lawan, bahkan sebelum permainan bermula lagi bahangnya sudah terasa dengan nama-nama kumpulan yang dipilih serta pengurus pasukan yang dilantik untuk mengawal selia anak buah masing-masing. Sekali imbas sudah macam Piala Liga Malaysia pula.

Format permainan ialah kalah mati, jadi ia dapat memendekkan dan mengurangkan keletihan pemain untuk bermain beberapa pusingan. Perlawanan akhir berlangsung keesokkan harinya. Melalui karnival mini sukan ini, Miss dapat melihat kerjasama dan perpaduan erat antara setiap kumpulan yang dibentuk, walaupun mereka berada dari tingkatan yang berlainan, tetapi ikatan ukhwah yang terjalin kukuh antara mereka menjadi penguat semangat untuk memperoleh kemenangan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s