PROCAST 2014 – Bahagian 1

Belum cuti sekolah lagi ke?

Bukan ke cuti sekolah sudah bermula?

Ya, cuti sekolah sudah bermula tapi sebahagian abang-abang dan kakak-kakak dari tingkatan 3 & 4 akan mengikuti satu program yang sememangnya dirancang setiap tahun oleh HALUAN pusat. Program apa tu? Program masak-memasak ke? Oh tidak ! program masak- memasak itu bagus juga tapi program yang ini lagi bagus. Apa yang menariknya program ini? Jom teruskan pembacaan blog ini.

PROCAST adalah singkatan dari Program Cemerlang Akademik Sahsiah Terpuji
Apa yang menariknya program ini. Mungkin ini adalah soalan biasa yang akan kita dengar dari pelajar-pelajar yang mungkin baru dengan program-program HALUAN. PROCAST adalah program yang dibangunkan untuk menerapkan 3 kemahiran dikalangan pelajar.

Apa 3 kemahiran itu?
1. Kemahiran Kepimpinan
2. Kemahiran Komunikasi
3. Kemahiran Kerjasama

Apa perlunya 3 bidang ini? Banyak sungguh soalan-soalan yang diutarakan untuk program PROCAST ini. Hehehe
Sebelum Miss beralih kebidang perguruan, Miss selalu mengadakan kursus seumpama ini tapi dengan tajuk bahasa Inggeris iaitu Leadership, Teambuilding & Communication Workshop (LTCW). Ketika itu kursus sebegini dianjurkan untuk golongan dewasa yang telah bekerja. Untuk makluman pembaca, kursus ini selalu mendapat pilihan, ini kerana ia merangkumkan 3 asas utama untuk mencapai sesuatu kejayaan selain dari DOA (Doa, Usaha & Tawakal)

Program yang berdurasi 4 hari 3 malam ini adalah program kerjasama antara Kelab Guru Haluan & SMIAS. Untuk sesi kali ini Cikgu Ahmad dari Pontian telah dilantik sebagai Pengerusi merangkap Pengarah, dibantu oleh Ustaz Muhammad Nizam dari SMIAS selaku Timbalan Pengerusi merangkap Timbalan Pengarah.

Kejayaan sesebuah program tidak akan berjaya tanpa sokongan dari pihak lain. Alhamdulillah berkat kerjasama dan jalinan erat antara Kelab Guru Haluan dan guru-guru SMIAS program yang berlangsung dari 22-25 November ini telah berjaya dilaksanakan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s