Resepi Nasi Serai

Assalamualaikum

Seperti yang telah Miss janjikan di entri terdahulu untuk berkongsi resepi nasi serai. Resepi ini memang bukan dari air tangan Miss, tapi dari air tangan blog masakan yang Miss temui di internet, lepas ni kalau ada yang nak mencuba boleh “follow” blog http://ummiakid-lily.blogspot.com/2013/07/nasi-serai-resepi-bonda.html ini ok.

nasi serai 2 (1)

NASI SERAI
Bahan-bahannya :-
3 cawan beras basmathi (guna cawan periuk nasi)
4 cawan air (guna cawan periuk nasi)
minyak sapi untuk menumis – kita guna minyak jagung

Bahan kisar halus :-
7 batang serai – hiris yang putih sahaja
1 labu bawang besar
4-5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
(bahan blender ni haruslah dikisar hingga serai tu halus)

Rempah tumis 4 sekawan

Caranya :-
Panaskan minyak dan tumis rempah tumis 4 sekawan dan baki batang serai yang dihiris putihnya hingga naik bau. Masukkan bahan tumis dan biar seketika hingga masak dan naik bau.

masukkan air dan biar hingga mendidih. Masukkan beras dan masak seperti biasa.

AYAM MASAK MERAH :-
1 ekor ayam
2-3 sudu tomato paste
2 sudu rempah kurma
Minyak untuk menumis
Garam
Gula
1 batang kayu manis
4 kuntum cengkih
Air

Bahan Kisar halus :-
8 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
Halia
Lengkuas
Serai

Caranya :-
Goreng ayam separuh masak. Ketepikan
Tumis kayu manis, cengkih dan masukkan bahan kisar halus hinga wangi. Masukkan rempah kurma dan tomato paste. Masak hingga rempah pecah minyak dan sebati. Kalau agak kering bolehlah dimasukkan sedikit air agar berkuah sedikit.
Masukkan ayam yang telah di goreng setengah masak. Perasakan dengan garam, gula.

ACAR TIMUN CARROT
Bahan-bahannya :-
1 batang timun segar – potong memanjang (tak ambil bahagian biji tu)
1 batang carrot – potong memanjang
1 batang lada merah – belah dua dan buang bijinya dan hiris halus
1 labu bawang besar – hiris halus
2 sudu besar cuka
3 sudu gula pasir
sedikit garam

Cara-cara :
Kacau gula, garam dan cuka hingga gula larut.
Masukkan bahan-bahan lain dan gaul rata.. Masukkan dalam bekas yang bertutupdan simpan dalam peti sejuk. Simpan lebih kurang 30 minit sebelum nak dihidangkan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s