PROCAST-Bahagian 2

Assalamaulaikum wbt

Bertemu lagi kita dilaman blog SMIAS, apa khabar pelajar-pelajar dan pembaca blog sekalian? Miss doakan semoga kita semua sentiasa berada didalam Rahmat dan Kasih dariNYA.

Alhamdulillah, kali ini Miss akan menyambung lagi coretan di sepanjang program PROCAST 2014 yang telah pun berakhir pada 25 November yang lalu.Program yang disasarkan untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 ini telah menarik minat 66 orang pelajar untuk menyertainya. Pelajar-pelajar ini terdiri dari mereka yang tinggal di Kluang, Batu Pahat, Muar, Mersing, Pontian dan juga Johor Bahru.

PROCAST 2014 adalah program yang tidak hanya terbuka kepada pelajar-pelajar dari Institut Pendidikan Swasta (IPS), ia adalah program umum yang turut dibuka kepada pelajar dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).Sesi pendaftaran bermula dengan lancar, seawal jam 2.00 petang, ibubapa telah mula menghantar anak masing-masing ke Kompleks Pendidikan Haluan, Simpang Renggam, lokasi utama program PROCAST berlangsung.Sesi pendaftaran hanya berakhir sekitar jam 9.00 malam, namun begitu program telah pun bermula pada jam 5.00 petang .

Program ini diketuai oleh Kem Komanden iaitu En Muhamat Raman atau di SMIAS beliau lebih dikenali sebagai Cikgu Raman, beliau turut dibantu oleh Cik Nasuha Mohammad selaku Timbalan Kem Komanden. Kesepakatan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh mereka berdua ini sememangnya membuahkan hasil, ini kerana hasil dari maklumbalas yang diberikan, ramai yang memuji kebolehan dan kebertanggungjawaban mereka dalam menjalankan amanah yang diberi. Tahniah Cikgu Raman & Cik Nasuha.

Selain dari mereka berdua, mereka turut disokong oleh 10 orang fasilitator yang didatangkan khas dari HALUAN SISWA, mereka terdiri dari En Muhammad Afif, Cik Balqis, Cik Shafira, Cik Ain, En Mohmammad, En Noorazli, Cik Farah, Cik Zulhimi, Cik Umu dan Cik Aqilah. Tidak dilupakan juga guru-guru SMIAS yang bertindak sebagai fasilitator iaitu Cikgu Nastain, Cikgu Ilham, Cikgu Maisurah, Cikgu Izyan, Cikgu Hafeez dan semua cikgu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang program ini berlangsung.

Setiap program pasti ada lagu tema kan? Untuk PROCAST 2014, seketariat telah bersetuju untuk mengekalkan lagu tema PROCAST tahun lepas. Lagu apa ya? Ya..lagu HambaMu dendangan Mawi dan Akhil Hayy.Lagu ini dipilih kerana liriknya dan rentaknya yang bersesuaian dengan tema dan usia peserta yang terlibat. Untuk makluman pembaca, sebelum program ini berlangsung, team PROCAST 2014 telah mencipta gerak tangan untuk digayakan ketika nyanyian ini dialunkan.

Terlalu banyak pengisian disepanjang program ini. Jika mahu ditulis, rasanya  tidak cukup 3 hari 3 malam untuk mengarangnya.  hehehe,  Jadi Miss ingin untuk memudahkan kerja-kerja kalian, apa kata bayar sahaja RM10.00 lepas tu tonton rakaman video yang telah disunting dan gambar-gambar disepanjang program PROCAST 2014. Bagaimana untuk memiliki CD ini, pembaca boleh berhubung dengan Ustaz Khairy atau hubungi sahaja pihak sekolah.Mereka pasti dapat membantu anda. 🙂

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada penceramah-penceramah yang sudi meluangkan masa dan tenaga bagi menjayakan PROCAST 2014. Mereka terdiri daripada :-

  1. Dr Johari Surif, UTM
  2. Pn Hajah Salmah Salleh
  3. Pn Hajah Zaiton Hitam
  4. Tn Hj Aminuddin Othman
  5. Tn Hj Izra’ai B. Kanang
  6. Tn Hj Zainuddin
  7. Tn Hj Yusuf Kaslan
  8. En Khamdani B Mastori
  9. Cik Nurul Asyikin Saat
  10. Pn Izyan Mardhiah
  11. En Hilmi Razak

serta semua yang terlibat didalam menjayakan PROCAST 2014. Semoga kita bertemu di PROCAST 2015

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s