Sekilas Di SMIAS

Assalamualaikum wbt
Hujung tahun hampir menjelma, pelajar-pelajar di As-Syddiq sedang sibuk mengulangkaji pelajaran bagi peperiksaan awam seperti peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA), Penilaian Tingkatan 3 (PT3), Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Tahun 2015, merupakan tahun pertama pelajar-pelajar As-Syddiq mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Seramai 20 orang calon yang terdiri daripada 9 orang pelajar lelaki dan 11 orang pelajar perempuan bakal menduduki peperiksaan yang bakal menentukan hala tuju mereka selepas tamat persekolahan.
Di As-Syddiq, kami menawarkan pilihan kursus yang bersesuaian dan bertepatan dengan pasaran kerja masa kini. Sebagai contoh, bagi pelajar yang cemerlang di dalam subjek sains dan matematik ketika PT3, mereka akan dicadangkan untuk mengambil aliran sains tulen. Manakala pelajar yang tidak berminat untuk mengikuti bidang sains boleh mengikuti aliran sastera yang menawarkan mata pelajaran seperti Perdagangan, Prinsip Akaun, Pendidikan Seni Visual dan Tasawwur Islam.
Sesi pembelajaran yang bermula dari jam 7.15 pagi sehingga 4 petang setiap hari tidak pernah dijadikan alasan untuk mereka merasa lelah ketika belajar. Pelajar-pelajar As-Syddiq sentiasa bersemangat untuk terus berjuang. Pendekatan tarbiah menerusi setiap usrah dan memenuhi hasrat 10 mussofat sentiasa menjadi kelangsungan pelajar dalam mendekatkan diri kepada Pencipta.
Harapan kami kepada semua pelajar-pelajar As-Syddiq amat tinggi, kami mendoakan mereka selaku pewaris generasi akan datang agar menjadi pemimpin yang bukan sahaja cemerlang akademik & deeniah, sahsiah terpuji tetapi juga menjadi insan yang mampu mengangkat martabat agama! Insyaallah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s