Daurah Fikrah Islamiah (Bahagian 3)

Kaedah Yang Ketiga ialah SENYUM 🙂

senyum

Sudahkah kita melemparkan senyuman hari ini? Senyum adalah jalan yang paling mudah untuk sampai ke hati. Cuba bayangkan jika kita bertemu dengan orang yang suka menghulurkan senyuman, dan bagaimana pula jika kita bertemu dengan orang yang hanya memasamkan muka, tentu situasinya akan berbeza.

Mungkin kita menganggap senyum itu adalah sesuatu yang mudah tetapi ingatlah ia memberi kesan jika kita menghayatinya. Tidakkah kita mengetahui faedah dari tersenyum ini. Kerana disetiap wajah kita ada 14 otot, jika kita tersenyum otot-otot ini ada kesinambungan pada hati dan otak, keadaan ini boleh memberikan ketenangan kepada hati. Dan bila kita marah, akan bergerak otot-otot kita kedalam urat dan ia akan mencengkam jantung dan akan menyebabkan jantung kita bergerak laju, darah kita naik lebih-lebih lagi jika kita mengulangi kemarahan dan mudahnya untuk menghidap darah tinggi dan kencing manis.

senyum..Dikisahkan bahawa orang yang paling banyak tersenyum adalah Rasulullah. Pepatah Thailand ada mengatakan ” Senyum itu adalah kunci hati ” , manakala pepatah cina ada mengatakan ” kalau kamu tidak mampu untuk tersenyum kamu tidak akan mampu untuk membuka pasaraya “ 

jika kita tersenyum pada mad’u maka ia akan memberikan ketenangan yang mungkin sukar untuk digambarkan. Tidak kiralah dengan siapa kita bertemu, sebarkanlah senyuman. Antara tanda-tanda ikhwah ialah senyum dengan masyarakat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s