Hari Terbuka 5 Al-Kindi

Pada 14 Oktober 2015 yang lalu, bertempat di dataran PLUS Sekolah Menengah Islam As-Syddiq (SMIAS), pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah mengadakan program Hari Terbuka 5 Al-Kindi. Program ini diadakan bagi menyerahkan keputusan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia yang telah selesai diadakan pada bulan September yang lalu.
Selain dari penyerahan slip keputusan peperiksaan, pihak sekolah turut menyelitkan pelbagai pengisian untuk masa depan anak-anak As-Syddiq. Program yang bermula sekitar jam 9.00 pagi itu telah berjaya menarik minat lebih dari 95% penyertaan ibubapa pelajar.
Program dimulakan dengan bacaan al-Quran yang dialunkan oleh Ahmad Usamah Bin Mohd Izra’ie. Seterusnya, pengisian dimulakan dengan penyampaian taklimat Jati Diri Kesukarelawan (JDK) oleh Dr Khairul selaku penyelaras Zon Selatan. Program yang telah dianjurkan sejak lebih 5 tahun lalu telah menarik minat hampir 250 orang pelajar dari seluruh pelusuk Johor, Melaka dan Negeri Sembilan .Program JDK adalah program yang dibangunkan untuk mengasah bakat pelajar dalam usaha melahirkan pemimpin yang mempunyai ketrampilan dan pembangunan sahsiah yang terpuji.
Seterusnya, program diteruskan dengan taklimat “ Future Course” yang telah disampaikan oleh pasukan pemasaran dari Kolej Teknologi Darul Naim (Kuala Lumpur & Pengkalan Chepa) serta dari Institut Pengajian Tinggi Integrasi Perlis (IPTIP). Taklimat ini diadakan bagi menarik minat pelajar meneruskan pengajian dibawah organisasi HALUAN. Pelbagai kursus ditawarkan bersesuaian dengan pasaran kerja masa kini. Selain dari itu program-program yang ditawarkan juga mendapat kerjasama dari Universiti-Universiti tempatan.
Program diakhiri dengan penyerahan slip keputusan percubaan kepada ibubapa dan pelajar. Pihak pengurusan sekolah juga turut menyediakan ruang kepada semua ibubapa untuk bertemu dengan semua guru yang mengajar semua matapelajaran SPM. Semoga pertemuan yang singkat ini dapat menjadi pendorong semangat kepada pelajar,guru dan ibubapa untuk terus beriltizam untuk memastikan kejayaan anak-anak As-Syddiq bakal diperoleh. Insyaallah.

IMG_20151014_091745IMG_20151014_091824
IMG_20151014_091833IMG_20151014_091906IMG_20151014_092735IMG_20151014_095327

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s