Program Daurah Fikrah Islamiah (Bahagian 1)

Assalamualaikum

Pada hari Jumaat 23 Oktober 2015, bertempat di Dewan Sekolah Rendah Islam As-Syddiq telah berlangsung program Daurah Fikrah Islamiah (DFI) anjuran HALUAN Johor, program ini telah disampaikan oleh Ustaz  Sheikh

Tate Qomaruddin

Program ini cuba merungkai bagaimana tatacara untuk menyebarkan Islam yang syumul kepada mereka yang memerlukan bersesuaian dengan situasi masa kini. Realiti masa kini adakalanya kita silap untuk menyebarkan tarbiah Islam. Kemahiran komunikasi adalah penting untuk berhubung dengan manusia. Dakwah ada kaitan dengan diri, bagaimana kita ingin menjadi pembimbing yang baik.

Kaedah pertama yang dianjurkan ialah kita hendaklah menghargai orang lain agar orang lain boleh menghargai kita. Ini adalah salah satu sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah sepertimana ada satu kisah di Zaman Rasulullah, ketika Rasulullah sedang berehat kerana keletihan dan ada seorang sahabat yang datang ingin bertemu dengan Baginda, kerana adanya sifat menghargai kesusahan sahabatnya yang bersusah payah datang, Baginda telah gagah meninggalkan tempat rehatnya untuk bertemu dengan sahabat Baginda.

Bagaimana cara kita untuk mendekati seseorang dengan cara yang berhemah. Sebagai contoh bagaimana kita menyapa seseorang? Salah satu cara ialah dengan memuji apa yang ada padanya atau apa jua yang dimilikinya. Bagaimana penghormatan dan penghargaan yang kita berikan untuk mengukuhkan silaturrahim.

Sheikh turut menyampaikan pesanan alangkah indahnya jika kita dapat menyebarkan apa yang telah kita pelajari hari ini untuk disebarluaskan kepada orang lain. Bagaimana kita menunjukkan penghormatan kita kepada orang lain.

IMG_20151023_123029 IMG_20151023_115040

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s