Aktiviti Hujung Tahun Pelajar SMIAS

Persekolahan hampir sampai ke penghujung… anak-anak As-Syddiq tingkatan 1-4 telah pun selesai menjalani peperiksaan akhir tahun. Waktu senggang mereka tidak pernah disia-siakan begitu sahaja. Jika pada minggu lepas mereka mengikuti program Daurah Fikrah Islamiah (DFI), sesi persekolahan yang masih berbaki diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat.

Pihak sekolah telah merancang pelbagai aktiviti untuk memastikan setiap pelajar As-Syddiq memiliki kemahiran generik yang mungkin jarang dimiliki oleh pelajar-pelajar diluar sana. Bagi pelajar-pelajar perempuan, mereka dibahagikan tugas untuk melukis mural di kawasan persekitaran asrama dan kantin sekolah, manakala pelajar-pelajar lelaki dipertanggungjawabkan untuk membersihkan kawasan untuk projek pertanian, membina semifero dan menambahbaik tempat riadah untuk pelajar.

IMG-20151115-WA0000 IMG-20151115-WA0001 IMG-20151115-WA0002 IMG_20151102_114353 IMG_20151102_114639 IMG_20151104_161456

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.