Program Daurah Fikrah Islamiah

Assalamualaikum wbt

Pada 9-10 November yang lalu SMIAS telah menganjurkan program Daurah Fikrah Islamiah (DFI) untuk pelajar-pelajar tingkatan 1-4. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dengan pengisian-pengisian yang telah dirancang untuk membangunkan peribadi dan sahsiah pelajar dalam membentuk murrabi sejati.

Program ini dibahagikan mengikut tingkatan, ini kerana DFI adalah  sebuah program bersiri yang diadakan saban tahun. Setiap modul yang disediakan adalah bersesuaian dengan usia pelajar, sebagai contoh bagi pelajar tingkatan 1, mereka didedahkan dengan modul “Islam Pilihan Kita”, tingkatan 2 dengan ” Ukhwah Islamiyyah”, dan tingkatan 3 dengan “Penyelesai Masyarakat” dan tingkatan 4 “Risalah At-Taalim / Imam As-Syahid Hassan Al-Bana” IMG-20151108-WA0003 IMG-20151108-WA0004 IMG-20151108-WA0005 IMG-20151108-WA0007 IMG-20151108-WA0008 IMG-20151108-WA0011 IMG-20151108-WA0013 IMG-20151108-WA0018 IMG-20151108-WA0019 IMG-20151108-WA0023 IMG-20151108-WA0024 IMG-20151108-WA0028 IMG-20151108-WA0031 IMG-20151108-WA0036 IMG-20151108-WA0065 IMG-20151109-WA0011 IMG-20151109-WA0012 IMG-20151109-WA0013 IMG-20151109-WA0014

DFI bukanlah satu program satu hala, yang mana pelajar hanya mendengar bahan yang disampaikan, disini pelajar akan diberikan slot untuk LDK dan pembentangan didalam kumpulan. Disamping itu, pada sebelah malam, pelajar dipertontonkan dengan kisah pejuang – pejuang Islam yang disampaikan oleh Sheikh Maher, bukan itu sahaja usai menonton video pelajar dibahagikan mengikut katibah masing-masing untuk bacaan al-quran secara bergilir-gilir dan pelajar-pelajar didedahkan dengan hikmah disebalik Qiam.

Keesokkan harinya, pelajar-pelajar telah diberikan ruang untuk menunjukkan bakat masing-masing didalam aktivti pembentangan berkumpulan. Ketrampilan pelajar kian terserlah kerana masing-masing ingin melontarkan apa yang telah mereka perolehi sepanjang program berlangsung.

Program DFI berakhir dengan majlis penutup yang dihadiri oleh Ust Muhammad Nizam Islam selaku penasihat DFI, Tn Hj Khalik Anuar, mantan pengarah DFI, Sheikh Maher dan para pendidik SMIAS. Tahniah diucapkan kepada kumpulan yang telah berjaya dan syabas kepada pengarah program Ust Mahmud Husaini kerana telah berjaya menganjurkan program DFI dengan jayanya. Mari kita saksikan bingkisan DFI 2015.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s