Majlis Penutup Ko-ko & Hari Terbuka

Assalamualaikum,

Sesi persekolahan telah sampai ke penghujung, kami di As-Syddiq telah memilih Cuti Hol sebagai penutup sesi persekolahan 2015. Kelihatan anak-anak As-Syddiq tidak sabar-sabar lagi untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, namun begitu ada juga yang bersedih kerana ada dikalangan sahabat mereka yang akan pergi meninggalkan sekolah.

Adik-adik akan merindui kakak-kakak dan abang-abang mereka yang masih berjuang dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bagi majlis penutup ko-ko kali ini, unit ko-ko yang diketuai oleh Cikgu Muhammad Raman bersama gandingannya Ustazah Nabilah telah merancang pelbagai aktiviti bagi mengasah bakat pelajar dalam bidang pertanian, bahasa dan juga aktiviti berpasukan.

Melayari tahun 2015, anak-anak As-Syddiq telah dididik dan diasuh untuk membina jatidiri yang lebih kental dan berdaya saing, melalui aktiviti seperti kawad kaki, perkhemahan, liga sukan, pembinaan simenfero dan melukis mural, anak-anak As-Syddiq kini memiliki nilai tambah didalam diri.

Majlis penutup ini juga diadakan bertujuan untuk meraikan jawatankuasa tertinggi bagi ahli lembaga pengawas, pengawas perpustakaan, asrama, kelab dan persatuan. Usai meraikan pencapaian pelajar, majlis diteruskan dengan jamuan akhir tahun, kemudian disusuli dengan majlis Hari Terbuka untuk pelajar-pelajar tingkatan 1-4. Program ini memberi ruang dan peluang kepada ibubapa dan guru untuk berkongsi pandangan, menambah input dan menyelami perkembangan pendidikan anak-anak mereka di As-Syddiq.

Melalui tinjauan yang dilakukan, hampir 95 peratus ibubapa hadir untuk mengambil laporan penyata anak masing-masing. Walaupun usia sekolah baru menjangkau 5 tahun, respon dari ibubapa berhubung perubahan anak-anak mereka dilihat sangat positif. Kami di As-Syddiq bukan hanya menumpukan akademik semata kerana kami amat menitikberatkan unsur tarbiah didalam diri mereka.

Akhir kalam, selamat bercuti kepada anak-anak As-Syddiq, tapi jangan lupa bagi pelajar-pelajar yang berada di tingkatan 1-3 pihak sekolah bakal menganjurkan program KMK pada 27-29 November di Kem PLKN Sembrong dan untuk tingkatan 4, mereka bakal menyertai program ProCAST yang akan diadakan di penghujung benua Asia 🙂 .

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s