Majlis Pelancaran Gen 01 SMIAS

Assalamualaikum wbt..

IMG-20151130-WA0002

Jika dihitung-hitung sudah hampir 10 hari pelajar 5 Al-Kindi meninggalkan dewan peperiksaan setelah berjuang hampir 3 minggu untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Jelas tergambar keriangan di riak wajah masing-masing usai kertas terakhir dipungut oleh Pengawas Peperiksaan pada tanggal 30 November yang lalu.

Kini mereka tidak lagi digelar pelajar 5 Al-Kindi tetapi mereka sudah bergelar alumni SMIAS. Sebagai “anak sulung” As-Syddiq, Mudir SMIAS Tn Hj Shamjuddin B. Romani telah mengusulkan cadangan agar kumpulan pertama ini membentuk satu alumni yang diberi nama Gen 01 SMIAS, atau nama lengkapnya Generasi 01 Sekolah Menengah Islam As-Syddiq. Bagi memperkenalkan alumni ini, satu majlis pelancaran telah diadakan di Pantai Sekakap, Mersing pada 1-2 Disember yang lalu.

Kelihatan pelajar-pelajar ini begitu teruja untuk meraikan pembentukkan alumni yang julung kali diadakan, majlis ini turut mengundang semua guru-guru dan kakitangan As-Syddiq yang sebahagian besarnya telah melihat mereka sejak dari Tahun 1 lagi sehingga kini. Pihak pengurusan juga tidak lupa untuk menjemput ibubapa yang kelapangan untuk turut sama hadir memeriahkan majlis.

Pelajar-pelajar telah mula berkumpul di sekolah seawal jam 9 pagi untuk bersarapan sebelum meneruskan perjalanan bersama rombongan guru-guru ke lokasi program. Jarak perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam setengah itu sedikit pun tidak meletihkan mereka kerana setiap perjalanan diisi dengan pengisian yang bermanfaat.

Setibanya di Pantai Sekakap, rombongan kami terus dijamu dengan hidangan makan tengahari yang telah disediakan oleh pihak chalet. Pelbagai aktiviti telah diatur oleh Cikgu Muhammad Raman, memandangkan lokasi yang yang dipilih adalah kawasan bagi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), pelbagai aktiviti outdoor yang melibatkan fizikal dapat dijalankan, khususnya permainan “flying fox”, aktiviti yang sangat ditunggu-tunggu oleh peserta. Sebaik sahaja orang terakhir melakukan terjunan, mereka beralih pula ke pantai untuk bermandi –manda.

Tidak lengkap rasanya jika program ini tidak diselitkan dengan pengisian jiwa dan rohani. Usai solat berjemaah, Ust Muhammad Nizam memberikan tazkirah dan kuliah di sepanjang 2 hari berkelana. Ingatan penulis tiba – tiba diterjah dengan satu whatsapp yang dihantar oleh Mudir kedalam group SMIAS, beliau berkongsi cerita tentang tazkirah yang disampaikan oleh pelajar-pelajar lelaki di satu pertemuan sebelum ke Mersing. Menurut perkongsian tersebut, pelajar berkenaan telah menyampaikan sedikit peringatan agar sentiasa memperbaiki diri dan mengajak orang lain, kita mengajak kepada Islam bukan kepada organisasi atau institusi, beliau turut menambah kita hendaklah mengajak kepada Islam yang lengkap dan menyeluruh. Walaupun tazkirah yang disampaikan pendek, tetapi jika diamati ia sememangnya memberi kesan yang mendalam kepada diri.

Acara kemuncak pelancaran berlangsung pada 2 Disember 2015, bertempat di dataran yang disediakan oleh pihak chalet, majlis dikemudikan oleh Ust Muhammad Nizam Ismail. Beliau menggantikan Mudir yang terpaksa pulang awal untuk membuat persiapan menghadiri satu lagi program di Pulau Pinang. Ust Nizam sempat memberikan sedikit pesanan kepada semua ahli alumni untuk meneruskan kerja-kerja dakwah dan berbakti kepada agama walau dimana jua mereka berada.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s