Panggilan Terakhir Ke Program JDK

Assalamualaikum,

jdk-2

Sebelum ini penulis pernah menulis tentang program Jati Diri Kesukarelawan (JDK). Bagi yang masih kabur tentang program ini, jom kita lihat apa yang menarik di JDK 2015 melalui perkongsian saudara Anaqi Ahmad Salleh di website HALUAN.

  1. Program ini dibangunkan khusus untuk pelajar lepasan SPM bagi sesi 2015.
  2. Dengan yuran siap disubsidikan hanya RM550 sahaja sejak tahun 2010, program khas selama 20 hari ini bakal menyajikan pelbagai pendedahan, latihan praktikal, cerna minda dan perkongsian menarik buat para peserta sebagai persediaan mereka melangkah masuk ke alam IPT dan seterusnya alam kerjaya.
  3. Antara modul-modul yang ditawarkan ialah modul anjakan paradigma, modul kemahiran insan dan profesional, modul kepimpinan masyarakat, modul asas rumahtangga muslim dan lain-lain lagi.
  4. Peserta akan didedahkan kepada banyak perkara asas keperluan survival kampus termasuk memasak ala bujang, menjahit seluar koyak, survival dalam hutan, memandikan jenazah, memperbaiki bacaan Quran dan solat, peer support kepada rakan-rakan, cara control bajet dalam kampus, cari duit lebih, cara ambil nota di kampus, kaedah ulangkaji dan skor tinggi, bersukan secara Islamik, merancang masa dan pelbagai lagi rahsia menarik yang hanya peserta akan menikmati.
  5. Bagi menjadikan JDK 2015 mencabar dan memberi pengalaman yang hebat, peserta turut akan disajikan dengan pelbagai aktiviti outdoor dan mencabar minda seperti yang terkandung dalam modul fizikal dan rekreasi, modul khidmat masyarakat dan banyak lagi.
  6. Peserta akan dibawa bermalam berkhemahkan awan bintang dan belajar dedaun yang boleh dan tidak boleh dimamah untuk hidup. Nyamannya udara rimba. Saspen dan best sangat! Abang kakak jurulatih baik-baik dan soleh. Jom cari qiblat dalam hutan.

    Menarikkan?? Jadi, tunggu apa lagi, daftarlah segera di web JDK 2015 (jdk.haluan.org.my). Anda boleh juga mendapatkan maklumat lanjut dengan melawat laman sesawang kursus, memuat-turun pamphlet program di bawah atau menghubungi nombor yang tertera untuk penjelasan lanjut. Kami selitkan juga rakaman video sesi-sesi JDK yang lepas untuk tatapan anda. Dengar apa peserta kata di akhir kursus mereka. Ada yang tidak mahu pulang ke rumah!

    Jangan lengah adik-adik semua. Siapa lambat, melepas. Daftar segera.

p/s : Bagi yang berada di negeri-negeri Selatan tanah air, pelajar boleh berhubung dengan Ust Khairy di talian 019-799 4097

template-brochure-outside

Berikut adalah sudutan Kursus JDK Zon Selatan 2014 :

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s