Alhamdulillah – Keputusan PT3 Menepati Sasaran

Tirai 2015 bakal menutup kalendar beberapa hari lagi, Sekolah Menengah Islam As Syddiq (SMIAS) telah mencatat sejarah kecemerlangan dalam Ujian Penilaian Tingkatan 3 (PT3). Seramai 35 orang calon telah menduduki penilaian pada bulan Oktober yang lalu dan hari ini mereka menerima keputusan.

Memandangkan ini kali kedua ia dijalankan bagi menggantikan format peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), reaksi yang diterima daripada pelajar dan guru lebih positif kerana pengalaman kali pertama dirasakan begitu mencabar sekali.

Pada tahun ini SMIAS mencatat pencapaian yang lebih baik berbanding tahun 2014 dengan peratusan 92% dengan nilai Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 2.59%.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Abdul Latif Bin Mohamad Riza diatas pencapaian beliau memperoleh 10A. Anak kepada pasangan jurutera dan doktor ini telah membuktikan walaupun sibuk sebagai ketua pasukan bola sepak bawah 15 tahun, beliau bijak membahagikan masa antara akademik dan sukan. Kejayaan beliau turut menjadi pembakar semangat kepada kumpulan ketiga calon-calon PT3 untuk sesi 2016.

IMG-20151214-WA0005.jpg

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada Muhammad Naufal Bin Ahmad Khusairi (tengah) yang memperoleh 8A , Abdullah Adli bin Adam (kiri) memperoleh 6A dan Isyraq Zukri bin Jasmi@Jasni (kanan) yang mencatatkan keputusan 3A. Sesungguhnya kejayaan mereka bukanlah sesuatu yang mudah. Menurut mereka, kejayaan yang diperolehinya itu adalah berkat tumpuan dalam setiap mata pelajaran sewaktu berlajar didalam kelas selain dorongan dari kedua ibu bapa.

IMG-20151214-WA0006.jpg

Memetik dari kata -kata Siti Balkis Bt Amalludin (tiga dari kanan) yang meraih keputusan 7A dalam PT3 kali ini, beliau berkata “Saya sangat gembira dan bersyukur kepada Allah dan bagi saya , apa yang paling penting untuk mendapatkan kejayaan ini adalah redha daripada kedua ibu bapa dan guru-guru. Semoga kejayaan yang saya dapat ini adalah kejayaan yang diredhai Allah.” ujarnya.

Tiada yang lebih manis, selain meraih kecemerlangan individu , calon-calon SMIAS juga mencatatkan kejayaan 100% bagi beberapa subjek seperti Bahasa Melayu (Lisan), Bahasa Inggeris (Lisan), Sejarah, Geografi dan Kemahiran Hidup Bersepadu (Pertanian). Apa yang lebih membanggakan ialah kesemua pelajar memperoleh gred A bagi Subjek Sejarah dan Geografi. Tahniah kepada Cikgu Muhamad Raman & Cikgu Ain Izyan diatas kejayaan subjek mereka.Guru-guru lain juga tidak boleh dilupakan, pujian harus diberikan kepada semua guru PT3 kerana mereka semua telah bekerja keras untuk memberikan yang terbaik buat semua calon.

Harapan pengetua, beliau mengharapkan agar dapat mensasarkan yang lebih baik untuk tahun baru yang akan mendatang. Beliau juga tidak lupa mengucapkan terima kasih, syabas dan tahniah kepada warga pendidik, ibubapa serta semua pihak seperti HALUAN & HALUANITA yang saban waktu tidak jemu-jemu membantu dalam pembangunan pendidikan.

Teruskan mencipta kecemerlangan, kerana zaman ini zaman yang banyak membuka peluang kepada orang yang cemerlang. Namun jangan pula kita lupa, bahawa orang yang benar-benar cemerlang adalah orang yang hebat ilmu duniawi dan hebat ilmu ukhrawi.Semoga pelajar-pelajar As-Syddiq tergolong dalam kelompok yang dimaksudkan itu.

IMG-20151214-WA0004.jpg

Nantikan di post akan datang, temubual yang diadakan diantara Guru Penolong Kanan HEM, Pn Noor Rahiza bersama calon terbaik SMIAS, Abdul Latif Muhammad Riza yang mendapat keputusan 10A dalam Ujian Penilaian Tingkatan 3. InsyaAllah . . .

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s