Rahsia Kecemerlangan Pelajar Tingkatan3 SMIAS Tahun 2015, Abdul Latif Bin Muhammad Riza Yang Memperolehi Keputusan 10A Dalam Ujian Penilaian Tingkatan 3 (PT3)

 

14 Disember 2015, 9.45 pagi, Bilik Pengetua SMIAS

Hasil temubual pelajar cemerlang PT3 2015 SMIAS, Abdul Latif Bin Muhammad Riza dan ayahnya, En. Muhammad Riza Bin Ahmad. Temubual dimulakan dengan ucapan tahniah atas kejayaan Abdul Latif Bin Muhammad Riza sebagai pelajar cemerlang PT3 2015 kerana memperolehi keputusan 10A yang disampaikan oleh GPK HEM, Pn Noor Rahizah Bt Abdul Rahman.

Temubual diteruskan dengan  bertanyakan rahsia usaha yang dilakukan oleh beliau untuk memperolehi keputusan cemerlang dalam PT3 2015. Katanya “Saya sering memberi perhatian sepenuhnya dalam pelajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. Selain itu, saya juga akan menyiapkan semua tugasan yang guru bagi dan membuat ulangkaji dengan bersungguh-sungguh semasa prep pada waktu malam. Seterusnya, saya tidak tinggal untuk berdoa kepada Allah dan melakukan solat hajat.” Kata Abdul Latif Bin Muhammad Riza.

“Tambahan lagi, saya sangat menjaga hubungan saya dengan rakan-rakan, guru-guru, keluarga dan yang terpenting hubungan dengan Allah.” Kata Abdul Latif Bin Muhammad Riza. Inilah hasil tarbiyah yang telah diberikan oleh pihak sekolah kepada beliau. Walaupun sibuk dengan persediaan menghadapi peperiksaan, namun hubungan baik dengan semua tidak dilupakan. Seiring dengan kejayaan akademik PT3 yang diperolehi, hasil didikan tarbiyah juga berjaya dikuasai oleh pelajar ini. Alhamdulillah.

Ucapan tahniah juga kepada ayah beliau, En. Muhammad Riza Bin Ahmad atas kejayaan anakandanya. “Kejayaan ini adalah permulaan kepada persediaan peperiksaan seterusnya. Jadikan kejayaan ini sebagai motivasi dan terus berusaha. Fokus kepada pelajaran di dalam kelas ialah rahsia kejayaan anak saya.” Kata En. Muhammad Riza Bin Ahmad.

Temubual diakhiri dengan sekali lagi ucapan tahniah kepada Abdul Latif Bin Muhammad Riza dan ayah beliau, En. Muhammad Riza Bin Ahmad atas kejayaan cemerlang dalam PT3 2015 dengan memperolehi kejayaan 10A.

12389219_437331316474869_453978000_o.jpg

Memanjangkan perkongsian ini, kami ingin selitkan amanat ringkas pegetua SMIAS iaitu Tuan Haji Shamjuddin bin Romani seiring dengan keluarnya keputusan Ujian Penilaian Tingkatan 3 (PT3).

Beliau berkata “ Muhasabah keputusan PT3 kembali. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun doa dari jauh diatas keputusan PT3 sekolah kami.

Jika dibandingkan dengan keputusan tahun lepas, tahun ini terdapat banyak peningkatan yang SMIAS perolehi. Jika dibanding dengan sekolah setempat secara umumnya kita di As Syddiq adalah lebih baik. Namun akademik hanya sebahagian dari ukuran kejayaan kita. Sebagai ibubapa, guru dan penjaga, kita perlulah melihat prestasi 10 muwasafat yang telah kita telah terapkan dalam diri pelajar-pelajar. Kemahiran sosial yang diharapkan serta mereka boleh memberi menafaat kepada orang lain. Ini seharusnya diambil berat.

Dalam hal ini saya teringat seorang pelajar bernama Nasrol (berasal dari Singapura) yang mana juga mengambil keputusan PT3 baru-baru ini. Walaupun Nasrol hanya mendapat keputusan 2A dalam ujian penilaian PT3 saya berkeyakinan dalam aspek diatas (10 Muwasafat) ada kejayaan yang  banyak telah dia perolehi. Pernah saya berjalan bersama Sir Abduh (salah seorang anggota HALUAN) dan dia datang berjumpa kami. Rumusan Sir Abduh, enta (Nasrol) nanti bolehlah kiranya menjadi duta DnT kami di Singapura.

Apa yang ingin disampaikan di sini, dakwah dan tarbiah bukan segala-galanya, tetapi untuk mendapatkan kejayaan hidup dan akhirat kita amat perlu kepada dakwah dan tarbiah. Komitmen dan sokongan dari semua pihak amat diharapkan untuk menjayakan visi dan misi sekolah. ”

Sambung beliau lagi.

“ Semalam keputusan PT3 telah diumumkan. Saya ingin membuat beberapa pesanan ringkas kepada para pelajar dan ibu bapa sekalian.

  1. Jika anda adalah pelajar sekolah agama, teruskan pengajian anda di sekolah agama sehingga ke tingkatan 5. Anda akan bersyukur suatu masa nanti kerana Allah telah memilih anda untuk berada dalam suasana pengajian agama sehingga tamat tempoh persekolahan.
  2. Apa pun keputusan PT3 anda, pilihlah aliran yang betul bermula di tingkatan 4. Jangan terlalu mengikut trend atau kawan-kawan apabila memilih aliran.
  3. Ukur baju di badan sendiri. Sifirnya mudah. Sebagai contoh, jika anda lemah dalam mata pelajaran sains ketika PT3, elakkan mengambil kelas aliran sains tulen. Begitu juga jika anda lemah subjek matematik, jangan cari pasal dengan mengambil subjek matematik tambahan ketika di tingkatan 4 dan 5.
  4. Aliran sains bukanlah semestinya aliran terbaik. Aliran-aliran lain juga sama baik, bergantung kepada kemampuan anda dan apa yang anda cari ketika peperiksaan SPM dan juga bidang yang ingin anda ceburi di universiti nanti. Anda boleh score straight A dan jadi pelajar hebat jika anda tahu kemampuan anda walaupun orang lain akan memandang anda sebagai pelajar aliran kelas kedua.
  5. Uniknya sistem pendidikan di Malaysia ini ialah, sel-sel otak penggubal dasar dan sistem tidak semestinya berhubung. Anda akan dapati ada pelajar aliran sains yang akhirnya jadi orang hebat bidang agama. Anda juga boleh dapati nanti ada pelajar aliran sastera atau agama akhirnya menjadi jurutera yang bergaji lumayan. Pilihan di tangan anda.
  6. Bidang agama sekarang sudah terlalu luas. Jangan dirisaukan tentang anda akan jadi guru agama atau imam suatu hari nanti kerana lulusan agama sekarang sudah boleh berkhidmat dalam pelbagai bidang profesional di sektor kerajaan dan swasta. Bukan itu saja, jika anda memilih dengan tepat, orang agama juga boleh bergaji lebih lumayan dari doktor, jurutera dan sebagainya.
  7. Apa pun keputusan PT3 anda dan aliran yang akan anda ambil nanti, semuanya tiada satu sen pun nilai jika anda tiada akhlak yang mulia dan bersifat pentingkan diri sendiri. Teruskan amal soleh anda sepanjang sebelum peperiksaan PT3 dulu – baca Al-Quran, solat jemaah dll – sehingga ke akhir hayat anda.
  8. Setiap peringkat peperiksaan tiada kena mengena antara satu sama lain. Anda boleh menjadi orang yang hebat dalam satu peperiksaan, kemudian gagal dalam peperiksaan yang lain. Begitu juga sebaliknya. Sehingga anda sudah tidak lagi menduduki mana-mana peperiksaan.”

 

Begitulah serba sedikit perkongsian yang dapat kami kongsikan pada ruangan ini. Semoga dengan kejayaan yang dikecapi sekarang menjadi satu titik permula dan bukan titik pengakhiran untuk sebuah perubahan dalam kejayaan yang lebih besar pada masa akan dating. InsyaAllah . . .

Gambar Pengetua.jpg

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s