Pembahagian Halaqah Pelajar 2016

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah . .syukur kepada Allah di atas nikmat iman dan Islam yang telah kita kecapi selama ini. Satu nikmat yang mana amat berharga dan perlu kita syukuri.Di sini, penulis ingin berkongsikan sepotong ayat ringkas dalam al-Quran tentang mengapa kita perlu bersyukur kepada Allah, Allah nyatakan dalam al-Quran yang maksudnya : “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),maka pasti azab-Ku sangat berat.”(QS.ibrahim [14]:) . Jadi dari itu, penulis ingin mengajak diri sendiri dan para pembaca, marilah kita sama-sama bersyukur dan sentiasa mengingati nikmat-nikmat yang telah Allah sediakan untuk kita.Moga-moga kita menjadi hambaNya yang sentiasa mendapat keredhaanNya. .InsyaAllah. .

Alhamdulillah juga ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin dan limpah kurniaNya Sekolah Menengah Islam As Syddiq telah berjaya merancang satu program yang diberi nama halaqah pelajar bagi pelajar-pelajar sekolah menengah di sini.

Program ini bertujuan untuk memberikan pelajar-pelajar mendalami ilmu-ilmu berkaitan dengan agama Islam dengan lebih mendalam lagi. Dalam masa yang sama juga, perancangan program ini adalah bertujuan untuk memupuk semangat persaudaraan yang mana semangat ini sangatlah dituntut oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Semoga dengan adanya program halaqah pelajar di sekolah Islam As Syddiq, ianya dapat memberikan pengetahuan yang benar tentang agama Islam serta melahirkan modal insan yang cemerlang yang mana boleh dijadikan contoh buat generasi baru yang akan datang.Selari dengan motto sekolah iaitu “Tarbbiyah Melahirkan Pemimpin”, semoga program seperti ini dapat mencungkil sedikit sebanyak kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar sekolah Islam As Syddiq yang mana kemahiran ini adalah sangat baik dan juga penting buat generasi baru yang akan datang.

Mengakhiri kalam pada kali ini, penulis ingin berkongsikan beberapa suasana yang sempat penulis rakamkan buat tatapan pembaca.Sekian sahaja untuk kali ini.

Assalamualaikum w.b.t. .

Ucapan oleh pengetua SMIAS

Pelajar-pelajar SMIAS

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s