Kejohanan Sukan Tahunan As-Syddiq 2016

Islam amat menggalakkan umatnya untuk cergas fizikalnya bagi memenuhi kriteria  3 fakulti insan yang utama iaitu, rohani, jasmani dan akli. Memetik kata-kata cendekiawan “Akal yang cerdas terletak pada badan yang sihat”, maka Kejohanan Sukan Tahunan As-Syddiq telah diadakan pada 3-4 Februari 2016.Kejohanan yang diadakan setiap 2 tahun sekali ini telah melibatkan semua warga SMIAS bagi memupuk semangat kesukanan dan ukhuwah yang jitu dan unggul. Hal ini dapat mengeratkan silaturrahim antara guru-guru, para pelajar, PIBG dan seluruh warga As Syddiq.

Ini merupakan edisi kedua semenjak Sekolah Menengah Islam As-Syddiq ditubuhkan secara rasmi. Pelbagai persiapan dirancang bagi memastikan kelancaran program.Pada tahun ini, Ustaz Muhammad Afham Bin Mohd Nor telah dilantik sebagai Pengarah Program dengan dibantu kukuh oleh Penyelaras Program En Muhammat Raman Bin Sharif. Gandingan mantap 2 orang guru ini telah memberikan perubahan kepada mutu sukan SMIAS. Kejohanan pada tahun ini telah diasingkan mengikut jantina dimana bagi Sukan Puteri, guru yang bertindak mengetuai kejohanan ialah Cik Zurin Zurina Bt Atan, dengan dibantu oleh guru-guru wanita SMIAS.

Sejak mesyuarat pertama sukan diadakan pada 21 Januari yang lalu, setiap rumah sukan begitu bersemangat untuk mengutip mata bagi rumah masing –masing. Turut tidak ketinggalan guru pasukan bagi setiap rumah yang begitu sibuk memilih anak buah yang terbaik untuk mewakili rumah sukan.

Bagi memantapkan kecergasan pelajar sebelum kejohanan sebenar bermula, latihan sukan telah diadakan pada setiap hari Khamis ketika sesi ko-kurikulum jam 2-4 petang. Debaran pelajar kian terasa apabila hari Sukantara menjelma pada 31 Januari yang lalu. Setiap rumah sukan yang mewakili rumah Merah, Kuning & Hijau kelihatan begitu gigih mengumpul mata untuk rumah masing-masing. Pada tahun ini, sebanyak 3 acara wajib telah dipilih untuk dipertandingkan iaitu larian 100 meter dan 200 meter dan lontar peluru untuk puteri dan tambahan lompat jauh bagi putera. Walaupun panas membahangi padang As-Syddiq, ia sedikit pun tidak merencat kekuatan fizikal putera dan puteri SMIAS.

Hari yang dinanti semakin hampir, acara sebelum sukan telah berjaya diadakan pada 1 Februari yang lalu. Bagi acara larian puteri 100 & 200 meter penguasaan lebih terarah kepada pasukan kuning dan hijau, manakala bagi acara lontar peluru dan tarik tali, lebih dimonopoli oleh rumah Merah. Keseimbangan ini telah menjadikan persaingan semakin sengit  bagi semua pasukan. Manakala untuk putera, acara larian lebih dikuasai oleh pasukan hijau di setiap tingkatan manakala acara kesukaan ramai tarik tali keadaannya lebih seimbang dan sengit dimana setiap rumah diwakili oleh mereka-mereka yang bertubuh mantap.

Bagi meredakan keterujaan mereka menuju ke peringkat akhir, raptai akhir perbarisan dan sesi menghias khemah rumah sukan giat dijalankan sehari sebelum kejohanan sebenar berlangsung. Setiap rumah sukan begitu bersemangat menghias khemah dengan maskot dan sepanduk masing-masing. Ada yang memilih semut dan watak kartun sebagai tema rumah sukan. Didalam kegembiraan mereka menghias, putera-puteri ini tidak sekali-kali mereka melupakan tanggungjawab untuk memastikan mereka menguasai hafalan surah-surah wajib yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Setiap pagi sebelum memulakan apa jua acara mahupun P&P kelas membudayakan Al-Quran tidak pernah dilupakan. Setiap kumpulan halaqah akan dibantu oleh guru sebagai pemudah cara untuk menyemak bacaan yang telah dihafal oleh setiap pelajar.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s