KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN PUTERI SMIAS 2016

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya kini tiba. Seawal jam 6.30 pagi pelajar-pelajar puteri telah mula turun dari asrama masing-masing membantu guru rumah sukan untuk menghabiskan urusan dekorasi khemah yang masih berbaki. Semua pelajar puteri kelihatan tidak sabar-sabar untuk menunggu detik kejohonanan sukan bermula. Tepat jam 8.00 pagi, kelihatan tetamu kehormat Prof Dr Salbiah Seliman memasuki perkarangan sekolah. Pelajar-pelajar sudah bersiap sedia di tengah padang untuk memulakan kawad perbarisan.

Nur Qistina Muhammad Azman telah dilantik sebagai ketua komanden untuk sesi perbarisan, pada kali ini seramai 3 kontingen rumah sukan  mewakili merah, kuning dan hijau begitu kemas menonjolkan keseragaman masing-masing. Pasukan Merah dengan lilitan sesungut di kepala, pasukan kuning dengan lilitan ala ninja dan yang paling menonjol pasukan hijau dengan topeng matanya. Ketua rumah Merah diwakili oleh Saudari Maryam Mahmad, manakala rumah Kuning diketuai oleh Saudari Ain Faqihah manakala rumah Hijau disokong kuat oleh ketua mereka iaitu saudari Aliaa Nursarah.

Sebaik sahaja selesai tabik hormat dan nyanyian lagu-lagu wajib, upacara diteruskan dengan ucapan dari Tn Hj Shamjuddin Romani serta tetamu kehormat untuk memberikan ucapan. Usai ucapan, majlis diteruskan lagi dengan acara akhir iaitu larian 100 meter yang dimulakan oleh pelajar tingkatan satu. Dr Salbiah telah diberikan mandat untuk membunyikan hon bagi memulakan acara larian.

Pada hari ini sebanyak 4 acara akhir telah berjaya diadakan iaitu larian 100 meter akhir, larian 200 meter akhir, larian 4 x 100 meter akhir dan acara tarik tali. Semua acara ini melibatkan semua tingkatan dari 1-4 dan tingkatan 5 bagi acara tarik tali. Senarai penuh pemenang boleh dirujuk di lampiran A.

Kemuncak acara bagi semua pertandingan ialah acara akhir tarik tali. Pertandingan ini melibatkan penglibatan dari pasukan Merah dan Kuning. Masing-masing menampilkan ahli pasukan yang mempunyai tenaga yang mantap untuk menarik tali melepasi garis pemenang, Dr Salbiah bersama Cikgu Masdiaton Akma menjadi pengadil bagi acara yang ditunggu-tunggu ini.

Alhamdulillah acara sukan berakhir dengan jayanya sekitar jam 11.30 pagi, cuaca yang panas membahang sedikit sebanyak memberi kesan kepada kesihatan pelajar. Terdapat beberapa orang pelajar yang pitam ketika kejohanan berlangsung namun tindakan pantas guru kesihatan dan pegawai-pegawai sukan yang dilantik banyak membantu kelancaran program. Semoga kejohanan sukan yang berlangsung setiap 2 tahun sekali ini dapat meningkatkan kecergasan pelajar tetapi juga mengukuhkan lagi ikatan ukhwah antara guru dan pelajar.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s