Konvensyen Guru HALUAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam tarbiyyah..

Alhamdulillah baru-baru ini guru-guru Sekolah Islam As Syddiq telah menghadirkan diri untuk pergi ke Konvensyen Guru HALUAN yang berlansung di Selangor.Banyak ilmu dan pengalaman telah di dapati serta diperolehi semasa guru-guru Sekolah Islam As Syddiq ke sana.Oleh itu, saya mengambil kesempatan melalui blog ini untuk berkongsi kepada semua input-input penting yang sempat dirakamkan sepanjang majlis Konvensyen itu berlansung. Antara yang sempat dikongsikan dalam laporan kertas kerja oleh setiausaha adalah seperti yang berikut :

Fenomena “Burn Out” Di Kalangan Guru

Oleh :Prof Madya Dr Abd Hakim Bin Muhammad, jam2.45 petang sehingga 3.45 petang

Ucapan alu-aluan dari penyampai dan kertas kerja dimulakan dengan menterjemah maksud “Burn Out” dari sudut bahasa dan bagaimana ia boleh didefinasikan didalam realiti masyarakat, Islam dan didalam dunia pendidikan.

Fakta barat yang menyatakan hampir 40% guru meninggalkan karier selepas setahun berkhidmat dan hampir 46& berhenti kerja selepas 6 tahun bekerja. Beliau berpendapat guru-guru masa kini ramai yang tertekan akibat bebanan kerja yang tidak mampu dilaksanakan.

Masalah-masalah yang dihadapi oleh guru masa kini boleh dipecahkan kepada 2 bahagian iaitu masalah dari guru itu sendiri yang mungkin terdiri dari masalah keluarga, kesihatan, ekonomi dan persekitaran. Kedua ialah masalah yang berpunca dari pelajar seperti pelajar terlibat dengan masalah social seperti gangsterism dan keluarga.

Apa itu “burn out”? Istilah ini didalam dunia pendidikan mungkin sedikit berbeza dari makna sebenar perkataan tersebut. Prof membahagikan apa itu “burn out” kepada 5 bahagian seperti berikut :-

  1. Kepenatan – Guru kehabisan tenaga / hilang emosi / mental dan fizikal
  2. Hilang motivasi – Guru tiada lagi semangat untuk melakukan tugas yang telah diamanahkan dan membuat kerja sambil lewa.
  3. Kecewa – guru tidak yakin dengan apa yang dilakukan mungkin disebabkan oleh faktor pengalaman dan kurang ilmu.
  4. Hilang fokus – guru akan sentiasa mencari salah orang lain dan tidak mahu menerima hakikat akan kesalahan atau kekurangan diri
  5. Prestasi merundum – guru tidak lagi mampu untuk meningkatkan prestasi kerja dan hanya suka membanding.

Selain dari itu guru-guru masa kini juga berhadapan dengan masalah hubungan dimana guru menghadapi konflik dan semakin kurang berkomunikasi untuk menyelesaikan masalah. Ini menyebabkan guru tidak lagi terurus sehingga boleh mengakibatkan penyakit.

Guru semakin sibuk memikirkan kerja walaupun bukan pada waktu kerja. Ini juga boleh mendorong kepada masalah keluarga, selain dari itu “burn out” boleh disebabkan oleh faktor tidak puas hati, tidak gembira di tempat kerja begitu juga di rumah. Kajian mendapati gejala ini banyak menyumbang kepada masalah kesihatan seperti penghadaman, sakit jantung dan depress.

Penyebab kepada masalah “burn out” ialah tekanan kerja – banyak kerja dibebankan pada satu-satu masa dan perlu menyiapkannya didalam tempoh yang terdekat. Gaya hidup tidak sihat kerana kurang melakukan senaman, kurang sokongan social daripada orang-orang terdekat seperti ahli keluarga, suami, isteri dan sebagainya. Kurang tidur kerana sibuk menyiapkan kerja.

Bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini? Prof berpendapat jika di barat, cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan mengambil cuti rehat, kaji semula kitaran makanan yang diambil, dan mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman dan cuba mencari hobi yang boleh menghilangkan stress.

Guru di IPS mempunyai tanggungjawab besar didalam menyebarkan da’wah kepada pelajar. Guru sebagai murabbi / murrabiah mempunyai perjalanan yang jauh dan bukan mudah. Guru-guru di IPS perlu menjalankan da’wah tarbiah secara berterusan dan menyematkan didalam hati untuk berkorban demi menegakkan kebenaran Islam.Perubahan harus seiring dengan zaman tanpa meninggalkan identiti yang telah ditetapkan.

Tarbiah akan menjadi lemah jika tiada lagi roh ruhiyah didalam jiwa murrabi. Mereka akan mudah lupa dan kita sebagai murrabi hendaklah sentiasa mengingatkan mereka akan tanggungjawab dan peranan yang harus digalas.

Strategi utama adalah dengan menurut perintah Rasulullah SAW dengan mengingati mati dan sentiasalah berdampingan dengan Al-Quran. Mengapa kita perlu mengingati mati, kerana mati itu pasti dan kita harus merasakan perasaan tersebut. Bagaimana kita mahu mengingatkan diri kita dengan mati? Prof turut berkongsi pengalaman beliau yang terlalu sibuk dengan kerja sehingga “burn out” kemudian Allah uji dengan kesakitan.

Ziarah kubur juga salah satu cara kita untuk menginsafi diri dan memikirkan betapa sakitnya sakaratul maut untuk orang yang zalim. Jika manusia didunia ini mengetahui dan memahami akan dasyatnya hari Kiamat nescaya semua orang akan beramal tanpa henti.

Prof turut berkongsi satu mutiara kata yang berbunyi “I will live this day as if it is my last day”. Kita tidak akan tahu bila nyawa kita akan diambil dan bagaimana usia kita akan dihabiskan. Dasyatnya alam kubur jika kita tidak beramal dengan apa yang telah kita pertanggungjawabkan. Cuba nilai diri, kenapa Allah berikan kita kehidupan adakah untuk bersenang lenang atau ladang untuk kita bercucuk tanam untuk mendapatkan hasilnya. Selalu bayangkan jika hari ini hari terakhir kita diberikan peluang untuk hidup.

Sentiasa terus ingat mati,lakukan sesuatu agar kita dapat sentiasa mengingati mati. Prof mencadangkan beberapa perkara yang mungkin dipraktikkan oleh masyarakat kini. Kita selalu beranggapan mati hanya akan menjengah bila kita sudah berusia tetapi kita juga menyedari akan kematian itu boleh mati pada bila-bila masa sahaja.

Berikut antara cara untuk kita mengingati mati :-

  1. Membeli kain kapan dan simpan di rumah sebagai ingatan tetapi jangan hanya disimpan kemudian lupa dimana letaknya tapi simpan ditempat yang kita boleh lihat sentiasa.
  2. Tuliskan didalam dompet yang “aku akan mati esok” dan setiap kali kita membuka dompet maka kita akan melihat kertas tersebut.
  3. Cari poster berkaitan kematian dan azab kubut dan lekatkan di ruang yang sering kita duduki dan boleh kita baca dan lihat setiap hari.

Selain dari itu, prof turut mrncadangkan agar kita menyenaraikan apakah yang akan kita lakukan jika hari ini hari terakhir kita hidup. Sudah pastinya kita akan melakukan perkara-perkara berikut:-

  1. Bertaubat dengan sebenar-benar taubat
  2. Memperbaiki solat wajib dan memperbanyak solat sunat
  3. Memperbanyakkan bacaan al-Quran
  4. Berda’wah secara berterusan dan istiqamah
  5. Ikhlaskan hati untuk selalu berinfaq
  6. Meningkatkan kualiti kerja dan perkhidmatan

Prof sekali lagi menekankan agar kita semua sentiasa memperbaiki diri dan mengingati mati dan terus mengingati mati, kerana mati itu boleh datang bila-bila masa sahaja tanpa mengenal usia mahupun ketika tidak mungkin terlambat mahupun tercepat kerana semuanya sudah tertulis.

Pendidikan sebenarnya banyak melibatkan hati. Hati antara murrabi dan pelajar, sentiasa mengikhlaskan diri untuk mendapatkan redha dariNYA. Seruan Prof, kita hendaklah kembali kepada Islam dan Al-Quran.

Sebelum mengakhiri kertas kerjanya Prof sekali lagi menyeru pada hadirin untuk terus mengingati mati.

 

Sekitar majlis Konvensyen Guru HALUAN

 

Disediakan Oleh,

Zurin Zurina Bt Atan

Advertisements

2 thoughts on “Konvensyen Guru HALUAN”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s