Generasi Pertama SMIAS Membuahkan Hasil – Tahniah Calon SPM 2015

Alhamdulillah, seramai 9,721 orang calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 seluruh Malaysia mengakhiri debaran mereka dengan mengambil keputusan yang dikeluarkan secara rasmi semalam (03 Mac 2016) disekolah masing-masing. Debaran turut kami rasakan malah bertambah kencang kerana ini merupakan keputusan pertama bagi calon-calon dari As-Syddiq seramai 20 orang.

Seawal jam 8.00 pagi setiausaha peperiksaan Pn Nusaibah Wahidah Bt Md Yamin telah bergegas ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kluang untuk mengambil keputusan peperiksaan. Suasana di SMIAS begitu meriah kerana menerima kehadiran ALUMNAI SMIAS yang telah mula datang sejak 02 Mac lagi. Pihak sekolah dengan kerjasama ALUMNAI telah merancang pelbagai aktiviti sehari sebelum mengambil keputusan seperti program tazkirah, solat jemaah bersama, sesi perkongsiaan dan bbq.

Sementara menantikan kehadiran Pn Nusaibah dari PPD, pihak sekolah turut merancang program sebagai selingan bagi menantikan detik menerima keputusan. Dr Ahmad Azhar Bin Mesran, selaku sukarelawan Tarbiah SMIAS telah dipertanggungjawabkan untuk menyusun program bagi mengisi ruang yang ada.

Seawal jam 9.00 pagi, calon-calon ini telah mula memenuhi ruang legar Dataran Plus dengan memakai pakaian rasmi sekolah. Jelas kelihatan kegusaran diwajah masing-masing menanti detik menerima keputusan. Program pada pagi tersebut telah dipengerusikan oleh saudara Muhammad Iqbal B. Ashari.

Usai membaca doa dan ucapan alu-aluan, slot dimulakan dengan perkongsiaan pengalaman bersama Dr Ahmad Azhar yang merupakan salah seorang bekas pelajar dari MATRI (salah sebuah sekolah dibawah HALUAN) yang telah pun tamat pengajian didalam bidang pergigian dari salah sebuah universiti di Mesir. Menurut beliau kejayaannya hari ini bukan semata-mata berdasarkan akademik tetapi ia turut disokong dengan pengisian rohani yang berterusan.

Seterusnya, taklimat dari En Soddiq Bin Abu Bakar selaku wakil pemasaran bagi Institut Pengajian Tinggi (IPTI) dibawah HALUAN. Beliau telah menerangkan tentang kemana hala tuju pelajar-pelajar ini sebaik sahaja menerima keputusan SPM.

Sekitar jam 11.00 pagi, Pn Nusaibah muncul di Dataran Plus bersama fail keputusan SPM. Alhamdulillah dan syukur kepada Allah SWT kerana dari riak wajah Pn Nusaibah jelas terpancar keriangan walaupun mungkin kami bukanlah sekolah yang terbaik tetapi kami yakin calon-calon SPM 2015 ini telah melakukan yang terbaik.

Menurut pengetua yang kini berada di luar negara diatas urusan kerja, beliau sempat menitipkan kepada kami guru-guru  kecemerlangan didalam akademik adalah sebahagian dari Key Performance Indicator (KPI) sekolah. Sejujurnya beliau mewakili Ahli Lembaga Pengurusan (ALP) As Syddiq amat berterima kasih kepada komitment semua didalam menghadapi SPM 2015. Beliau turut menambah, ingati semula objektif sekolah selepas tamat SPM mereka seharusnya memiliki 3 kriteria ini iaitu :-

  • Memiliki 10 musofat muslim
  • Kemahiran insaniah / generik
  • Menjadi daie dan murrabi (pemimpin)

 

Berikut peratusan lulus keputusan calon-calon SPM 2015 SMIAS

  1. Bahasa Melayu 100%
  2. Sejarah 100%
  3. Sains 100%
  4. Pendidikan Seni Visual 100%
  5. Matematik Tambahan 100%
  6. Perdagangan 100%
  7. Prinsip Akaun 100%
  8. Fizik 100%
  9. Kimia 100%
  10. Biologi 100%
  11. Tasawwur Islam 100%
  12. Pendidikan Syariah Islamiah 100%
  13. Bahasa Inggeris 90%
  14. Matematik 90%
  15. Bahasa Arab 85.7%%
  16. Pendidikan Al-Quran Sunnah 85%

 

Terbaik dari SMIAS

  1. Muhammad Fateh Al Mubaraq Bin Shamjuddin (8A)
  2. Maryam Jameelah Bt Hassan (8A)
  3. Ahmad Usamah Bt Mohd Izra’ie (6A)
  4. Nurul Amirah Aida Bt Johari (6A)
  5. Nazifah Bt Abd Hakim (6A)
  6. Nur Amani Bt Md Eswan (5A)
  7. Nur Zaimatunnisa’ Bt Kosu (5A)

 

Sekitar tempat mengambil keputusan SPM 2015

Advertisements

2 thoughts on “Generasi Pertama SMIAS Membuahkan Hasil – Tahniah Calon SPM 2015”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s