Kursus asas profesionalisme keguruan 2016 (Slot 5)

Laporan Kursus Guru Baru di Kedah 2016 ( Slot 5 )
1. Pengenalan

Bismillahirahmanirahim..Alhamdulillah, baru-baru ini guru-guru baru dan sebahagian guru-guru lama berpeluang untuk menjalani kursus guru baru yang diadakan di negeri jelapang padi iaitu negeri Kedah. Sepanjang program berlansung, guru-guru telah diberikan tugasan untuk mencatat isi-isi penting yang diperolehi sepanjang program berlansung untuk diserahkan kepada pihak pengurusan. Pembahagian tugas telah dibahagikan kepada 7 kumpulan iaitu merangkumi 7 slot yang dijalani sepanjang program berlansung. Saya Muhamad Syukri bin Samsudin yang mana merupakan seorang guru baru telah diberikan tugas yang sama dan diberi tanggungjawab untuk menghasilkan laporan bagi slot yang ke lima program tersebut. Berikut adalah hasil laporan yang dapat saya sediakan untuk pihak pengurusan.
2. Tajuk

Pengurusan Bilik Darjah

3. Isi Kandungan

Pengurusan bilik darjah adalah satu proses yang memerlukan guru untuk menguruskan bilik darjah agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Keberkesanan pengurusan bilik darjah bergantung pada 4 faktor :

i. Kemahiran komunikasi.
ii. Kemahiran merancang dan mengurus.
iii. Kemahiran mengajar.
iv. Keupayaan guru menggunakan motivasi dan pengukuhan.

Seterusnya, pengurusan bilik darjah memerlukan konsep untuk memastikan kelicinan pengurusan bilik darjah. Konsep-konsep yang perlu diterapkan ialah :

– Tindakan dan strategi untuk mengekalkan peraturan bilik darjah.
– Perlu memastikan keadaan bilik darjah dalam keadaan kondusif dan berdisiplin.

Kesemua perkara yang melibatkan pegurusan bilik darjah adalah amat penting. Hal ini adalah untuk memastikan pelajar yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilatih untuk menjadi insan yang lebih bermutu dan berkualiti seterusnya memudahkan hasrat sekolah untuk melahirkan pelajar-pelajar cemerlang yang memenuhi aspek-aspek

JERI iaitu :

J – Jasmani
E – Emosi
R – Rohani
I – Intelektual

Di samping itu, guru-guru juga telah diberi suntikkan baru melalui sepotong kata-kata semangat yang berbunyi “ Ketahuilah tiada jalan singkat untuk berjaya melainkan dengan usaha yang betul ”. Lantaran hal tersebut, guru-guru haruslah memainkan peranan yang penting iaitu meningkatkan pengetahuan , membina nilai-nilai murni, membentuk tingkah laku yang baik dan menerapkan aspek-aspek penting seperti pengajaran, bimbingan, kepimpinan dan menjadi role model ( qudwah hasanah ) kepada pelajar-pelajar.

Pengurusan bilik darjah mempunyai 4 aspek penting yang perlu diketahui oleh setiap tenaga pengajar iaitu :

i. Pengurusan fizikal bilik darjah ( susunan meja dan kerusi bilik darjah ).
ii. Disiplin.
iii. Komunikasi berkesan.
iv. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran.

Melalui 4 aspek ini kita dapat mengesan yang pertama ialah punca berlaku masalah disiplin dalam bilik darjah. Contohnya guru yang kurang berfungsi, wujud kumpulan-kumpulan tertentu dalam kalangan pelajar, proses pengajaran dan pembelajaran yang kurang berkesan dan halangan-halangan dalam komunikasi.

Antara halangan-halangan dalam komunikasi adalah seperti berikut :
– Memerintah
– Mengarah
– Mengancam
– Amaran
– Berkhutbah

Ciri-ciri untuk memperbaiki kemahiran komunikasi di dalam bilik darjah pula adalah seperti berikut :

i. Demokrasi dalam komunikasi.
ii. Bahasa yang berkesan.
iii. Kesediaan mendengar.
iv. Menghormati perasaan orang lain.
v. Menyesuaikan diri dengan situasi.

Seterusnya, prinsip-prinsip pengajaran yang baik pula ialah :

i. Melibatkan diri dengan aktif dalam pengajaran.
ii. Mengunakan berbagai dan pelbagai kaedah.
iii. Mencari isi pengajaran yang dapat dikaitkan dengan pembelajaran.
iv. Mengambil berat dalam perbezaan individu.
v. Melakukan perancangan pengajaran dan pembelajaran dengan tersusun.

4. Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dibuat sepanjang guru berada didalam slot yang ke lima ini ialah menyedari kepentingan dalam menguruskan pengurusan bilik darjah yang mana memainkan peranan yang besar dalam kejayaan membina nilai-nilai insaniah yang merangkumi aspek-aspek JERI iaitu Jasmani, Emosi, Rohani dan Jasmani dalam sesebuah institusi pendidikan. Akhir sekali, penceramah telah memberi satu kata-kata yang berbentuk renungan kepada guru-guru dalam menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan iaitu “ Kita guru jika kita berjaya meramaikan manusia yang berjaya, kita guru jika kita berjaya mengurangkan manusia yang kecewa, kita guru jika kita berjaya meramaikan manusia yang beradab dan kita guru jika kita berjaya mendekatkan manusia dengan Tuhannya ( Allah S.W.T )”

Disediakan oleh :

Muhamad Syukri bin Samsudin

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s