Kursus asas profesionalisme keguruan 2016 (Slot 7)

SLOT  7     : TARBIYAH MERENTASI KURIKULUM

Penyampai  : Tuan Hj. Shamjuddin bin Romani

DEFINISI TARBIYAH

  • Proses pengembangan dan bimbingan ,meliputi jasad ,akal dan jiwa yang dilakukan secara berterusan , dengan tujuan  agar anak  dapat memiliki 10 muwasofat dan hidup berdikari di tengah masyarakat .
  • Kegiatan yang di sertai dengan penuh kasih sayang ,kelembutan hati, perhatian , bijak dan menyenangkan. ( tidak membosankan )
  • Menyempurnakan fitrah kemanusiaan, memberi kesenangan dan kemuliaan tanpa batas sesuai syariat Allah SWT.
  • Proses yg dilakukan dengan pengaturan yg bijak dan dilaksanakan secara bertahap dari yang mudah kepada yang sulit.
  • Mendidik anak melalui penyampaian ilmu, menggunakan metode yang mudah diterima sehingga ia dapat mengamalkannya dalam kehidupan sehari-hari.
  • Kegiatan yg mencakup pengembangan, pemeliharaan, penjagaan, pengurusan, penyampaian ilmu, pemberian petunjuk, bimbingan, penyempurnaan, dan perasaan memiliki terhadap anak.

DEFINISI KURIKULUM

  • Kurikulum merangkumi semua pengalaman yang didapati di dalam dan luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan bilik darjah.  – (ISHAK RAMLEY)

Beliau turut mengkelaskan kurikulum kepada tiga bahagian iaitu:

1 . Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah  seperti guru iklim persekolahan , kurikulum, kokurikulum, sukan dan permainan kelab.

  1. Kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas iaitu proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) , subjek di ajar, suasana kelas dan guru.
  2. Kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan pengalaman individu ataupun berkumpulan seperti  penerusan tarbiyah.

 

TARBIAH MERENTAS KURIKULUM  DALAM BILIK DARJAH (P & P)

CONTOH-CONTOH MATA PELAJARAN YANG BOLEH DI HUBUNGKAITKAN DENGAN TARBIYYAH ISLAM :

  • DEENIAH
  1. PENDIDIKAAN ISLAM

Guru perlu  merasai kebesaran dan  kemuliaan mata pelajaran  ini.  Pengajarannya tidak hanya menitik beratkan kepada lulus atau pun tidak sahaja. Ianya  merupakan bahan dakwah kepada Allah.

Guru pendidikan Islam hendaknya sentiasa memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar agar mereka suka hal ini

  1. GURU AL QURAAN

Guru al-Quran hendaknya berusaha bagi menjelaskan mengenai keutamaan    AlQuran. Mengambil contoh-contoh  yang ada dalam Al- Quran. Perkara utama yang perlu di ambil serius ialah  bagaimana menerapkan pelaksanaan Al-Quran  dalam kehidupan para pelajar.Berakhlak dengan akhlak Al-Quran

Sayidah Aisyah  ra ketika di tanya tentang akhlak Rasulullah , beliau menjawab –

كان خلقه القران

“ Rasulullah berakhlak seperti apa yang ada di dalam al- Quran.

  1. SIRAH

Para guru perlu memberi kan contoh-contoh yang boleh menghidupkan hati  serta memberikan kekuatan iman dan semangat yang tinggi. Natijah cerita-cerita dalam sejarah dapat memberi kesan mendalam ke atas jiwa pelajar.  Allah berfirman  dalam surah yusuf ayat 111.

لقد كان فئ قصصهم عبرة لأولى الألباب

“ Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang berakal. “

  • MATEMATIK
  1. Guru matematik hendaknya dapat memberikan penjelasan mengenai fahaman-fahaman matematik dengan contoh-contoh yang Islamik.Diskaun dikaitkan dengan anugerah solat,

hutang dikaitkan dengan surat perjanjian ,masa dikaitkan dengan keimanan  (Al asr), bilangan zakat harta dan harta warisanguru boleh ceritakan mengenai alam , peredarannya , hukum alam , plenet ,pengajaran  ada hubungkait dengan aqidah Islam.

  • GEOGRAFI
  1. Sampaikan kepada pelajar-pelajar , maklumat bahawasanya alam jagat ini , baik langit mahu pun bumi ,tempat kita hidup dan tinggal ,adalah bagaikan rantaian yang tersusun rapi dan halus ,maka sudah tentu ada Zat yang bijaksana menciptakannya.
  • SEJARAH
  1. Mengajar tentang sejarah Para Sahabat Sahabat awal, sejarah perang Salib, pembukaan Kota Constantinople ,Sejarah Islam di Malaysia .
  • FIZIK / KIMIA/ BIOLOGI/ SAINS
  1. Dapat memberikan penjelasan mengenai penemuan-penemuan ilmiah untuk memastikan wujudnya Allah SWT dan sifat kebijaksanaannya serta sifat kekuasaannya.
  2. Menghubungkan kewujudan benda yang nampak dengan Allah SWT.
  3. Hubungkan dengan ayat-ayat Allah( al- Quran ).

Contoh:-Kejadian gerhana, sisetm pernafasan dan fotosintisis, kejadian siang dan malam, tidur malam.

  • BAHASA DAN SASTERA
  1. Guru bahasa dan sastera perlu  meyelitkan pengajarannya dengan Islam  dalam cerita syair, sajak.
  2. Guru-guru juga dianjurkan agar menyaring tajuk-tajuk yang menyimpang daripada Aqidah Islam . Hal ini kerana apa yang terkandung dalam bahasa dan sastera mempunyai pengaruh dalam pembentukan pemikiran umum.

Perkara yang perlu diberikan perhatian penting adalah  jika seorang guru mendapati sesuatu yang bercanggah dengan asas-asas akidah islamiyah atau roh islam di dalam buku atau kurikulum ,guru perlu mengingatkan percanggahan itu kepada pelajar-pelajar dengan menjelaskan hakikat yang sebenarnya.

CONTOH :

  1. Seorang guru matematik hendaknya memberitahu pelajar-pelajarnya bahawa apa yang dinamakan faedah bank pada hakikatnya adalah riba .sebenarnya Allah telah menghalalkan perniagaan dan mengharamkan riba.
  2. Seorang guru sains atau biologi hendaknya menjelaskan kepada para pelajarnya mengenai percanggahan antara apa yang mereka pelajari di bawah teori evolusi dengan pandangan-pandangan islam Penciptaan manusia dalam keadaan sebaik-baik bentuk tiori darwin bercanggah dengan islam.
  3. Gambar-gambar yang terdapat dalam buku teks, buku kerja yang bercanggah dengan islam perlu di beri penjelasan oleh guru ,kemudian menghubungkan pelajaran  dengan kehendak Islam.( khususnya di peringkat rendah )

Guru perlu memulakan pengajaran dengan doa tazkirah ( dalam masa 5 minit ) menamatkan pengajaran dengan tasbih kaffarah dan surah al-asr.

PESANAN USTAZ DAHLAN MUHAMMAD ZAIN

“ Kita akan berasa sempit apabila kita memikirkan  kita lah yang memulakan dan mengakhiri dakwah ini, tetapi apabila kita merasakan kita hanyalah satu masa –mata  rantai panjang, Kita akan merasa gembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu aka nada orng yang meyambung perjuangan kita. Orang itu tidak lain dan tidak bukan adakah generasi muda “

“ Pewaris yang  serba lengkap adalah pewaris  yang mengikuti tarbiyah, juga lengkap dari segi persediaan hati, thaqafah,tanzim,jihad , haraki( organisasi) dan Syakhsiyyah Islamiyah . Ringkasnya , lengkap dalam kemampuan roh , a’qli dan jasmani.Pewaris seperti ini , InsyaAllah mampu mewarisi dan meneruskan ( perjuangan ) Islam yang suci murni.”

 

Disediakan Oleh :

Yaqin

(Ainul Yaqin Bt Bakharudin)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s