Blue Ocean Strategy (BOS)

Tarikh                    :  19 November 2016 (9.00 pagi  –  01.30 petang)

Lokasi                    : Dewan Serbaguna Asrama Puteri Imtiyaz

Penyampai          :  En Mohd Taib Bin Pardi @ Abd Aziz

 

Blue Ocean Strategy (BOS) jika diterjemah ke bahasa ibunda ia membawa maksud strategi lautan biru. Konsep ini telah mula dikaji sejak hampir 100 tahun dahulu tetapi disusun dan digunakan secara meluas oleh W.Chan Kim dan Renee Mauborgne sekitar tahun 2005.

Apakah yang dimaksudkan dengan BOS? Penulis memahami BOS sebagai salah satu strategi yang mesti dipandukan dengan visi dan misi yang jelas. BOS harus dibentuk sama arah dan tujuannya agar visi dan misi yang ingin dicapai dapat dilaksanakan. Konsep SWOT Analysis digunapakai dan bagaimana sesebuah organisasi atau individu ingin memaksimakan “strength” dan “opportunity” dan meminimakan “weaknesess” dan “treat”.

Mengapa BOS harus diaplikasikan didalam sesebuah organisasi, BOS akan menjadikan kita berfikir lain dari yang biasa atau ayat yang mungkin kita biasa dengar ialah “think out of the box”. Kita mesti memikirkan strategi yang boleh menghasilkan “value” yang tinggi. Sebagai contoh, penceramah mengambil Air Asia sebagai perbandingan, sebuah syarikat pengangkutan udara yang terkenal dengan motto “Everyone Can Fly”. Strategi yang dibawa telah berjaya melonjakkan Air Asia sebagai pilihan utama pengangkutan udara di Malaysia, bukan itu sahaja dalam tempoh yang singkap Air Asia telah berjaya melebarkan sayapnya ke serata dunia.

Bagaimana kita ingin menghasilkan sesuatu strategi yang tidak boleh dilawan oleh pesaing kita dan dalam masa yang sama ia masih relevan di pasaran. Jika kita sekadar meniru teknik dan strategi orang lain sejauh mana kita mampu pergi kerana paling hebat pun kita hanya akan berada setaraf dengan orang yang kita tiru dan tidak lebih dari itu. Sebagai contoh idealogi penjual nasi lemak yang sudah berpuluh tahun berniaga, kemudian ada pesaing baru yang ingin turut menjual nasi lemak dengan meniru cara masak dan penyediaan yang diguna pakai oleh peniaga berpengalaman, hasilnya pasti tidak akan sama.

Strategi yang hebat mampu untuk merubah sesuatu. Kita tidak boleh membuat kesimpulan bahawa jika kita kurang memiliki fasiliti yang lengkap kita tidak mampu untuk duduk sama tinggi dengan orang yang berjaya. Penjanaan “nilai” adalah amat penting. Kita seharusnya menggunakan kepakaran yang kita ada dan berani untuk berubah kerana salah satu objektif BOS ialah membangunkan kefahaman baru dan mengaplikasikannya.

Mengapa ia dipanggil Strategi Laut Biru? Ia diterjemahkan sebagai kuasa untuk mencipa atau memikirkan sesuatu idea yang baru dan ia tidak pernah difikirkan oleh orang lain. Sebagai contoh, orang yang menjual tudung atau selendang, biasanya strategi yang digunakan ialah memberikan percuma tudung jika membeli didalam kualiti yang banyak, ini dipanggil sebagai “Red Ocean Strategy’ (ROS), jika kita telah memikirkan strategi menggunakan BOS, mungkin kita akan menghasilkan strategi yang berbeza dengan orang lain. Sebagai contoh kita tidak memberikan percuma tudung didalam pembelian yang lebih dari 3 pasang atau lebih tapi kita memberikan percuma “hand sock” dalam setiap pembelian tudung atau selendang. Warnanya akan disenadakan mengikut tudung yang dibeli.

Secara dasarnya inovasi nilai menjadi pokok utama untuk mencipta perubahan. Jika kita masih memilih ROS, kita akan berada di tahap yang sama untuk tempoh yang panjang, kerana kita menghasilkan produk yang sama dan terpaksa bersaing dengan pesaing yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Sebaliknya jika kita mengaplikasikan BOS kita akan menghasilkan sesuatu yang baru dan tidak dijangka, kita akan mewujudkan pasaran baru tanpa saingan dan secara tidak langsung akan menambahkan permintaan.

BOS amat menekankan pendekatan fokus kepada perkara yang utama sahaja dan amalkan konsep ERRC (eliminate, reduce,raise and create). Kita harus berani untuk menghadapi halangan yang mendatang dan sentiasa pastikan segala apa yang kita lakukan mestilah relevan untuk dipasarkan. Penulis ingin mengambil contoh sekolah, apakah perbezaan kita dengan sekolah lain dan bagaimana kita memanipulasikan potensi yang kita ada untuk mencari kelainan dengan sekolah lain dan menghasilkan strategi baru yang tidak diwujudkan oleh sekolah lain, sebagai contoh strategi sekolah ialah dengan membuka 2 kolam renang berasingan untuk pelajar dan menyediakan ruang untuk aktiviti memanah dan berkuda. Perubahan ini memang akan memberikan kesan walaupun ia bakal mengambil tempoh yang panjang.

Sebagai kesimpulannya dapat penulis nyatakan kita harus melihat apa yang sebenarnya berlaku, dimana kita berada dan apakah faktor-faktor yang ingin kita bawa mestilah disatukan dengan ERRC. Kita lakukan perubahan dan ambil mereka yang pakar didalam bidang mereka dan mulakan langkah demi langkah untuk mencapai misi dan visi serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan peluang yang ada dan menambahkan kekuatan. Seterusnya apa yang paling utama kedua-dua pihak mendapat manfaat dari strategi yang telah dibangunkan.

 

 

Disediakan Oleh :

Zurin Zurina Binti Atan

——————————-

Team Media As Syddiq

——————————-

Blog sekolah : https://sekolahislamassyddiq.wordpress.com/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s