Suasana Hari Pertama Persekolahan Di As Syddiq 2017

Hari masih lagi gelap azan subuh hanya mula kedengaran sekitar 05.47 minit pagi. Pelajar-pelajar yang tinggal di asrama seawal jam 4.00 pagi ada yang sudah mula bangun, menyiapkan diri mengambil peluang untuk melakukan solat tahajjud ataupun solat-solat sunat yang lain sementara menunggu masuknya waktu subuh.
Itulah rutin pertama yang dilakukan oleh pelajar-pelajar As-Syddiq yang menginap di asrama.

Hari ini hari pertama persekolahan, pelbagai gelagat dapat dilihat. Masing-masing dilihat begitu teruja untuk bertemu rakan-rakan yang telah lama tidak berjumpa, menemui guru-guru yang banyak mendidik dan mengecas kembali tarbiah yang telah tertanam didalam diri.

2016 baru sahaja dilabuhkan, kini tirai 2017 mula mengambil tempat. Pelbagai momen suka duka mengiringi perjalanan untuk membangunkan pewaris yang mampu memiliki 10 Musofat. As Syddiq bukan sahaja dibangunkan untuk melahirkan pemimpin yang bertarbiah, kami juga bergantung harap agar mereka turut menerapkan elemen Al Quran dan Hadis didalam melayari kehidupan duniawi.

Pada tahun ini SMIAS dan SRIAS mencatatkan jumlah peningkatan pelajar yang begitu drastik. Lonjakan permintaan dari ibubapa yang mula menyedari akan kepentingan ilmu agama mendorong mereka untuk menghantar anak-anak ke sekolah aliran agama. Bermula Oktober tahun lepas lagi team pemasaran As Syddiq telah mula menyusun strategi untuk melebarkan lagi sayap tarbiah di kalangan masyarakat khususnya penduduk di Negeri Johor menerusi hebahan pamphlet, brochure, laman sosial facebook dan wordpress dan tidak ketinggalan promosi percuma dan paling berkesan yang disampaikan dari mulut ke mulut.

Ini dapat dilihat menerusi jumlah permohonan yang diterima dan kapasiti yang dibenarkan bagi setiap kelas. Pihak sekolah lebih selektif didalam membuat pemilihan pelajar sehinggakan ada ibubapa yang datang merayu agar anaknya ditempatkan ke sekolah ini. Untuk rekod setakat hari ini, jumlah pelajar tingkatan 2,3 dan 5 yang telah berjaya melepasi rekod pemilihan berjumlah 126 orang pelajar, jumlah ini belum termasuk pelajar tingkatan 1 dan 4 yang akan mula mendaftar pada minggu hadapan. Jumlah ini dijangka meningkat seramai 221 orang pelajar.

Alhamdulillah As Syydiq kini mula dikenali dan menjadi sebutan dibibir masyarakat. Mari kita soroti imbasan perjalanan permata-permata As Syddiq yang sudah memulakan langkah bagi tahun 2017. Semoga anak-anak ini terus diberikan kekuatan didalam menempuh segala cabaran yang mendatang.

 

Suasana sekitar SRIAS :

Suansana sekitar SMIAS :

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s