Travelog To PBAKL 2018

Kelab ICT, Kelab Pembimbing Rakan Sebaya dan Pasukan Nasyid Isyhad adalah merupakan kelab yang ditubuhkan di bawah unit Kokurikulum SMIAS yang telah mengadakan Program Travelog To PBAKL 2018. Program ini berlangsung pada 3 dan 4 Mei 2018 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur.

Antara objektif program ini adalah bertujuan:

  1. Mendidik ahli kelab untuk berdikari dan saling membantu antara ahli
  2. Meningkatkan minat membaca buku dalam ahli kelab
  3. Memberi motivasi ke arah pengurusan diri dan wang dengan baik

 

This slideshow requires JavaScript.

Advertisements

Hari Tauaman As Syddiq Haluan kali ke 2

Gabungan antara Unit Kokurikulum Sekolah Rendah Islam As Syddiq dan Unit Kokurikulum Sekolah Menengah Islam As Syddiq telah menganjurkan Hari Tauaman As Syddiq Haluan kali ke-2 berkonsepkan keusahawanan. Hari Tauaman telah berlansung pada 28 April 2018 bertempat di Dataran Sekolah Islam As Syddiq.

Antara objektif program adalah bertujuan:

  • Memberi pengalaman merancang, mengurus dalam aktiviti jualan kepada pelajar Sekolah Islam As Syddiq.
  • Melahirkan minat di kalangan pelajar bagi menyertai aktiviti kokurikulum, permainan dan pameran.
  • Mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.