Bengkel Penulisan Karangan Bahasa Melayu PT3-SPM Penuh Informasi

IMG-20180905-WA0018
Antara peserta bengkel yang terlibat bergambar bersama-sama guru dan urusetia

BATU PAHAT, 1 September – Selama tiga hari bermula 30 Ogos (Khamis) para pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 3 telah berkampung di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Semberong, Ayer Hitam bagi menyertai Bengkel Penulisan Karangan Bahasa Melayu yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu SMIAS bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berilmu, beramal dan cemerlang dalam penulisan karangan Bahasa Melayu khususnya dalam PT3 dan SPM yang bakal menjelang tiba.

       Antara objektif bengkel ini diadakan adalah sebagai pendedahan kepada para pelajar tentang teknik menjawab soalan karangan penulisan di samping pelajar dapat menghasilkan penulisan karangan Bahasa Melayu yang lebih kreatif dan cemerlang serta kecemerlangan dalam subjek Bahasa Melayu dapat ditingkatkan.

          Pelbagai aktiviti dan pengisian sepanjang tiga hari tersebut seperti latihan menulis, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), ceramah, riadah dan lain-lain.

          Seramai empat orang guru pengiring dan 81 orang peserta yang terdiri daripada 44 orang dari Tingkatan Tiga dan 37 orang dari Tingkatan Lima telah memberi komitmen yang terbaik bagi menjayakan bengkel ini. -end-

IMG-20180905-WA0018
Tingkatan 5 Lelaki
IMG-20180905-WA0021
Tingkatan 5 Perempuan
IMG-20180905-WA0019
Tingkatan 3 Lelaki
IMG-20180905-WA0020
Tingkatan 3 Perempuan
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.