Taklimat dan Latihan Pengurusan Kebakaran Sekolah

 

foto ramai2.jpeg

“Masa kecil menjadi kawan, sudah besar menjadi lawan.” Sebuah teka-teki yang rata-rata semua orang tahu jawapannya…’Malang tidak berbau’, ‘Sediakan payung sebelum hujan’, ‘Ingatlah orang tersayang’… dan lain-lain adalah antara kata-kata yang sering kita dengar bertujuan untuk mengingatkan kita agar sentiasa berwaspada dan prihatin terhadap bahaya yang mungkin terjadi di sekeliling kita.

Alhamdulillah telah berlangsungnya satu taklimat dan latihan pengurusan kebakaran yang melibatkan seluruh warga As Syddiq yang telah diadakan baru-baru ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada wakil pasukan Bomba Dan Penyelamat Rengam yang diketuai oleh En. Ismail yang telah memberi panduan serta praktikal tentang tindakan awal yang perlu dilakukan apabila berlaku kebakaran.

Sesi latihan bermula seawal jam 9.00 pagi dengan gimik deringan loceng yang panjang sehingga tibanya lori bomba beserta siren kecemasan di sekolah. Satu sesi soal jawab juga diadakan bagi menambahkan kefahaman kepada para pelajar serta guru-guru berkenaan kebakaran. Sesi tamat pada jam 11.00 pagi dengan ucapan penutup yang disampaikan oleh Tn. Hj. Zulkifli bin Senin selaku mudir SMIAS.

-end- //khj

VIDEO DAN FOTO di bawah

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.