Biar Jauh Beribu Batu…

IMG_7451

Ahlan wasahlan SMP IT Ar Raihan Bandar Lampung

Pada tarikh 17 Oktober 2018, Rabu –  Sekolah Menengah Islam As Syddiq dilawati seramai 88 orang pelajar dan 8 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Pertama Islam Terpadu Ar Raihan (SMP IT Ar Raihan) Bandar Lampung, Pulau Sumatera, Indonesia.

Lawatan sambil belajar sesingkat dua jam ini telah mengeratkan lagi ukhuwah antara warga As Syddiq dengan tetamu dari SMP IT Ar Raihan disamping dapat bertukar-tukar ide dan pengalaman di antara kedua-dua sekolah.

Sesi lawatan bermula seawal jam 9.00 pagi dengan menyambut kehadiran tetamu yang menaiki tiga buah bas di padang dan seterusnya melawat sekitar kawasan sekolah. Satu sesi perkongsian bijak telah diadakan di Dataran Plus SMIAS seusai persembahan coral speaking daripada pelajar SMIAS.

Wakil daripada SMP IT Ar Raihan, Pak Ashepi Zulham selaku VP Student Affair telah memberi ucapan pengenalan manakala Mudir SMIAS, Tn. Hj. Zulkifli Senin memberi ucapan balas dalam sesi perkongsian bijak tersebut. Tetamu yang hadir dihidangkan jamuan dan sesi bergambar diadakan sebelum tetamu berangkat pulang.

-end- //khj

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.