All posts by Sekolah Menengah Islam As Syddiq

DIALOG PRESTASI

Alhamdulillah…Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya telah berlangsung satu majlis ‘’Dialog Prestasi Pelajar Tingkatan 5’’ bertempat di Dataran Plus Sekolah Menengah Islam As Syddiq pada tarikh 18 Oktober 2016 – Rabu bermula jam 9.00 pagi sehingga 1 tengahari.photo_2017-10-20_08-26-44photo_2017-10-20_08-27-31photo_2017-10-20_08-29-07photo_2017-10-20_08-27-19photo_2017-10-20_08-27-47photo_2017-10-20_08-27-51photo_2017-10-20_08-27-37.jpg

Advertisements

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 2017

Bismillahirrahmanirrahim..

Didoakan kepada semua pelajar yang menduduki PT3 bermula pada 9 sehingga 12 Oktober 2017. Semoga diberikan ilham dan ketenangan untuk menjawab soalan. Semoga semuanya diberikan kesihatan yang baik dan beroleh kejayaan cemerlang dlm PT3 2017. In sha Allah
Hari Pertama Ujian Bertulis PT3 2017 ~ sesi taklimat dan bacaan doa.

photo_2017-10-10_08-38-27photo_2017-10-10_08-38-10photo_2017-10-10_08-38-04

Kembara APel ke Selatan Tanah Air

Jelajah APel didalam siri pemantauan ke semua IPS dibawah HALUAN hampir sampai ke penghujungnya. Lawatan dari satu sekolah ke satu sekolah bagi sesi mentoring & coaching meninggalkan impak kepada semua sekolah yang telah dilawati. Pengembaraan yang bermula sejak bulan Mac yang lalu telah membolehkan pihak APel melawat sebanyak 7 buah sekolah meliputi rendah dan menengah.

Baru-baru ini pihak APel telah berkesempatan untuk menziarah 2 buah lagi sekolah yang terletak di Negeri Johor Darul Takzim. Team seramai 8 orang telah mula bergerak dari 2 destinasi berbeza, iaitu dari utara dan pantai timur. Kali ini pihak Apel telah diwakili oleh Pengerusi Apel iaitu Tn Hj Mohd Asri Bin Abd Hamid, Setiausaha iaitu Tn Hj Mohamad Ritzuan Bin Baharin, Pn Hjh A’rifah Bt Abd Kadir selaku Ketua Pemantau, Tn Hj Subberi Bin Ramli, Tn Hj Manaf Bin Hashim, En Mahmud Jaafar selaku pemantau serta dibantu oleh En Shaheezam dan Pn Zurin.

Mengimbau kembali penubuhan 2 buah sekolah di Simpang Renggam Johor ini, ia bukanlah satu hasrat yang mudah untuk dilaksanakan. Menurut Guru Besar Sekolah Rendah Islam As Syddiq (SRIAS) iaitu Tn Hj Yusof Bin Kaslan, sekolah ini dibangunkan bukan hanya untuk memenuhi keperluan penduduk setempat yang mahukan pendidikan berteraskan agama buat anak-anak mereka tetapi juga untuk melahirkan pelajar yang memiliki ciri-ciri 10 muwasofat.

Sekolah yang telah mula dibangunkan sejak 2001 kini telah mencecah usia 16 tahun, pelbagai penambahbaikkan telah dapat dilihat dari sudut fasiliti, pengurusan sumber tenaga juga jumlah peningkatan pelajar dari tahun ke tahun. Seperti kelaziman, pemantauan APel dijalankan bukan untuk mencari salah tetapi ia lebih kepada pemantapan dari sudut dokumentasi sekolah. Ini penting bagi proses penambaikkan sesebuah institusi untuk melahirkan pelajar yang beradab, berilmu dan pencinta Al-Quran.

Sebagai sekolah yang telah agak lama bertapak, panel pemantauan APel mendapati SRIAS telah memenuhi standard yang telah digariskan. Ini berikutan SRIAS juga turut dipantau oleh Kementerian Pelajaran menerusi Jabatan Pendidikan Swasta bagi membolehkan pendaftaran sekolah dilakukan secara rasmi. Pencapaian memperoleh 88.7% menerusi 8 instrumen yang telah digariskan membuktikan pihak pengurusan SRIAS telah bekerja keras untuk memastikan semua kriteria memenuhi piawaian yang telah ditetapkan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru-guru penolong kanan SRIAS. Kejayaan ini sebenarnya memerlukan persefahaman dan kebersamaan semua pihak. Jalinan inilah yang banyak membantu perjalanan sekolah berjalan dengan lancar.

Kunjungan APel ke SRIAS sememangnya dimanipulasikan sepenuhnya, sebaik sahaja selesai pemantauan di sebeah pagi, guru besar telah menyusun rapi jadual disebelah petang agar diadakan latihan dalam perkhidmatan (LDP) yang dikendalikan oleh Tn Hj Mohammad Ritzuan bersama Tn Hj Asri, sesi LDP  ini lebih berfokus kepada kaedah PDP berkesan serta mengimbau kembali tujuan asal institusi ini dibangunkan, apakah peranan yang dimainkan oleh guru dan bagaimana untuk mencapai objektif yang dirancang. Kunjungan hari pertama kami berakhir dengan majlis makan malam yang turut dihadiri oleh semua guru dan pengurusan SRIAS dan juga SMIAS. Jelas terpancar diriak wajah semua guru SRIAS apabila melihat hasil usaha mereka dihargai dan diberi pujian oleh panel pemantau APel.

Hari kedua team APel disambut dengan cuaca yang agak dingin berbanding hari sebelumnya, hujan lebat di malam hari memberikan emosi sedikit berbeza berbanding biasa. Hari ini giliran Sekolah Menengah Islam As Syddiq atau SMIAS menjadi lokasi pemantauan. Walaupun singkatan bagi sekolah ini adalah SMIAS, tetapi dikalangan warga APel mahupun warga IPS lain, panggilan As-Syddiq lebih sinonim untuk merujuk SMIAS, mungkin kerana As-Syddiq satu-satunya sekolah yang menggunakan Sekolah Menengah Islam bukan Sekolah Menengah Agama seperti kebanyakkan nama-nama sekolah lain yang menggunapakai aliran deeniah didalam sistem persekolahan.

Jika semalam sarapan pagi dihidangkan dengan hidangan tradisi Johor iaitu lontong, hari ini kami sekali lagi dihidangkan dengan juadah istimewa yang popular di Muar, salah satu daerah di Johor iaitu Mee Bandung, bukan itu sahaja, kehadiran kami turut dihidangkan dengan ubi rebus serta kuih muih tradisi Johor. Sememangnya sarapan sebegini menambahkan lagi selera kami yang sekali sekala datang ke negeri Johor. Ketua Pemantau, Pn A’rifah sempat mengusik barisan guru yang datang meraikan kehadiran kami, “pantau tetap pantau ya”.

Umum di serantau IPS mengetahui akan bencana yang menimpa SMIAS pada suku pertama 2017 yang lalu apabila tingkat 1 yang menempatkan bilik guru perempuan terbakar akibat lintar pintas, kejadiaan yang menjadi mimpi sedih semua warga SMIAS masih lagi segar didalam ingatan, ketika kunjungan kami diadakan tingkat tersebut masih lagi didalam proses penambahbaikan kerana ia bukan sahaja melibatkan ruang ditingkat 1 tetapi ia juga memberi kesan kepada struktur di tingkat 2 dan sekitarnya.

Sesungguhnya disebalik kejadiaan tersebut, ia memberikan hikmah yang amat besar kepada pengurusan SMIAS yang dinakhodai oleh mudirnya Tn Hj Shamjuddin Bin Romani bersama sayap-sayap kiri dan kanan yang sentiasa kuat menyokong dan mendukung amanah yang diberikan. Bilik gerakan yang menjadi bilik sementara bagi bilik guru perempuan menjadi medan untuk pihak APel menyemak susun atur dokumentasi sekolah yang acapkali menjadi kunjungan dari pihak kementerian pendidikan untuk pemantauan.

Sewajarnya tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga SMIAS diatas kejayaan melengkapkan dan menyediakan semua dokumen seperti yang telah digariskan oleh pihak APel. Maka tidak hairanlah jika pihak kementerian menerusi pemantauan Standard Kualiti Pendidikan Swasta (SKIPS) telah memberikan pengiktirafan sebanyak 4 bintang kepada SMIAS. Melihatkan kepada keseragaman, ketelitian dan kecekapan GPK-GPK yang berada di SMIAS maka pihak pasukan pemantau APel telah bersetuju untuk memberikan skala cemerlang dengan memperoleh 97 markah kepada SMIAS. Ini menjadi penanda aras kepada semua IPS lain agar menjadikan SMIAS sebagai contoh sebuah institusi yang mampu bersaing dengan sekolah-sekolah arus perdana, kita tidak seharusnya menjadikan kekurangan yang kita miliki sebagai kekangan untuk kita melakukan yang terbaik, melengkapkan mana yang kurang, membetulkan mana yang salah dan sentiasa berusaha untuk melakukan penambahbaikkan.

Sekali lagi tahniah diucapkan kepada semua warga SRIAS dan SMIAS yang telah menunjukkan prestasi yang membanggakan dan teruskan kecemerlangan untuk melahirkan pelajar yang mampu untuk menjadi pemimpin di masa hadapan.

Menarik di As Syddiq

  • Pengurusan pentadbiran & Kewangan diurus oleh pegawai yang sama bagi kedua-dua sekolah (SRIAS & SMIAS)
  • Pelajar sekolah rendah & menengah berkongsi kantin dan menu yang sama melalui kekuatan 2 orang chef dan 2 orang pembantu yang kesemuanya wanita.
  • IMG-20170917-WA0032IMG-20170914-WA0033IMG-20170914-WA0041

 

SELAMAT MENJAWAB DAN SEMOGA BERJAYA ANAK-ANAK AS SYDDIQ

Seluruh warga sekolah mendoakan kesihatan dan kecemerlangan anak-anak Tingkatan 5 yang sedang menduduki Peperiksaan Percubaan SPM bermula 20 Ogos 2017 sehingga 11 September 2017..semoga Allah mengurniakan taufiq dan hidayah buat semua pelajar-pelajar tingkatan 5 khususnya di As Syddiq..

Allhummaftah ‘alaiya futuuhal ‘aarifiina bihikmatika

wansyur ‘alaiya rohmataka wazakkirni maa nasiitu Yaa zaljalaliwalikram

“Ya Allah bukakanlah (hatiku untuk ilmu) sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang makrifat melalui kebijaksanaan-Mu dan berikan untukku rahmat-Mu dan ingatkan aku atas ilmu yang aku lupa, wahai Tuhan Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan.”

 

#allTheBest

#PercubaanSPM

#SMIAS

——————————-

Team Media As Syddiq

——————————-

Blog sekolah : https://sekolahislamassyddiq.wordpress.com/

 

PROGRAM CSR ETIQA (Corporate Social Responsibility)

Alhamdulillah… Dipanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya program CSR ETIQA dapat dilaksanakan 19 Ogos 2017 bertempat di  Kompleks Pendidikan Sekolah Islam As Syddiq bermula jam 8.30 hingga 12.00 tengah hari. Program CSR Etiqa bersama pihak Haluan dan Etiqa Takaful bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara  warga As-Syddiq dan warga ETIQA serta dapat mengindahkan kawasan sekolah di samping membaiki fasiliti di kawasan sekolah.

Suasana sekitar program :

——————————-

Team Media As Syddiq

photo_2017-08-21_10-22-37photo_2017-08-21_10-22-25photo_2017-08-21_10-21-59photo_2017-08-21_10-20-15photo_2017-08-21_10-22-33——————————-

https://sekolahislamassyddiq.wordpress.com

 

PROGRAM KHIDMAD MINGGUAN

Alhamdulilah, bersyukur kepada Allah SWT diatas nikmat Iman dan Islam. Selepas itu diberi pula kepada kita nikmat kefahaman dan kesedaran Islam yang sebenar sehingga kita boleh berada bersama-sama menjayakan program khidmad mingguan asrama.

Tarikh : 10-11.08.2017

Masa : 7.00 petang- 12.00 tengah hari

Tempat : Sek. Men. Islam  As Syydiq, Simpang Renggam

Suasana sekitar program :

——————————-
Team Media As Syddiq

——————————-
https://sekolahislamassyddiq.wordpress.com

IMG-20170811-WA0008

IMG-20170811-WA0002IMG-20170811-WA0009

SEKITAR SUASANA PEPERIKSAAN PERCUBAAN SMA 2017

“Jangan direnung letihnya usaha

Tetapi renunglah manisnya sebuah kejayaan”

Alhamdulillah.. hari ini merupakan hari pertama berlansungnya Peperiksaan Percubaan SMA 2017 di Sekolah Menengah Islam As Syddiq.

Didoakan semoga semua pelajar yang sedang menjawab soalan peperiksaan walaupun di mana berada, khususnya di Sekolah Islam As syddiq diberikan taufiq dan hidayah dalam menjawab soalan2 yang dihadapi.

Semoga apa yang dijawab di dalam ujian ini dapat menambahkan lagi keimanan dan ketaqwaan kepada Maha Pencipta yang Maha Pemberi Ujian serta Maha Mengetahui.

#SMA
#PeperiksaanPercubaan
#SMIAS
——————————-
Team Media As Syddiq
——————————-
Blog sekolah : https://sekolahislamassyddiq.wordpress.com/

LAPORAN PERKHEMAHAN PERDANA TAHUNAN KOKURIKULUM 2017

Pada 13 Julai hingga 14 Julai 2017 yang lalu, satu Perkhemahan Perdana Tahunan Kokurikulum 2017 anjuran unit kokurikulum dan unit tarbiyah Sekolah Menengah Islam As Syddiq  telah diadakan di kawasan Padang Sekolah Islam As Syddiq  bagi pelajar perempuan dan Tapak Komersial Pertanian Sawit bagi pelajar lelaki. Perkhemahan tersebut melibatkan semua pelajar tingkatan 1 hingga 5. Perkhemahan ini diadakan selama 2 hari 1 malam dan seramai 210 orang pelajar telah terlibat. Matlamat program ini diadakan bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya.

Sebelum aktiviti ini berlangsung, para pelajar diberi taklimat mengenai keselamatan diri serta hal yang berkaitan dengan perkhemahan yang dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Nizam bin Ismail. Para pelajar melaungkan kata-kata semangat sebelum bergerak ke tapak perkhemahan masing-masing. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Alhamdulilah, semua pelajar berjaya mengikuti tentatif program yang telah disediakan oleh pihak penganjur

Butiran aktiviti           :

KHAMIS (13 JULAI 2017)

Masa Aktiviti
7.30 – 8.00 pagi Mengaji Al-Quran
8.00 – 8.30 pagi ·         Pendaftaran

·         Berkumpul di dataran SMIAS

·         Taklimat perkhemahan

Masa Aktiviti
8.30 – 10.30 pagi SLOT 1

·         Pengagihan peralatan/khemah

·         Bergerak ke tapak perkhemahan

·         Pembersihan kawasan/ Mendirikan khemah

10.30 – 11.00 pagi Sarapan pagi
11.00 – 1.00 petang Ice Breaking

·         Nama kumpulan

·         Logo/bendera kumpulan

·         Bentang

1.00 – 2.00 petang ·         Makan tengahari

·         Solat zohor

2.00 – 4.00 petang Pertandingan Mereka Cipta Replika/ Membina Gajet
4.00 – 5.00 petang ·         Solat asar

·         Al-Mathurat

5.00 – 6.00 petang Ikhtiar Hidup

·         Kembara tarbawi

·         Kentang bakar/telur

6.00 – 7.00 petang ·         Makan malam

·         Mandi

7.00 – 9.00 malam ·         Solat Maghrib

·         Kuliah / tazkirah

·         Solat Isyak

9.00 – 11.00 malam ·         Malam Kebudayaan

·         BBQ

11.00 – 12.00 malam Katibah

JUMAAT (14 JULAI 2017)

 

Masa Aktiviti
12.01 – 5.00 pagi Katibah / Qiamullail
5.00 – 7.00 pagi ·         Mandi

·         Solat subuh

·         Kuliah Subuh

·         Al-Mathurat

7.00 – 10.00pagi Riadah & Sukaneka

Pertandingan Memasak

·         Sarapan pagi

 

10.00 – 11.00 pagi Gotong – royong

·         Kemas khemah

 

11.00 – 12.00

tengahari

·         Majlis Penutup

·         Penyampaian hadiah

Secara keseluruhannya, Perkhemahan Tahunan Kokurikulum 2017 pada kali ini memberikan 1001 kenangan manis kepada pelajar-pelajar dan semua guru. Banyak pengalaman yang telah diperolehi oleh semua guru untuk menjadi seorang pendidik yang berguna untuk masyarakat dan negara. Segala aktiviti dalam program ini telah dilaksanakan dengan sebaiknya serta semua pelajar telah memberikan komitmen yang menyeluruh terhadap semua aktiviti yang dijalankan.

Suasana sekitar program :

——————————-
Team Media As Syddiq

——————————-
https://sekolahislamassyddiq.wordpress.com

SUMBANGAN BUBUR LAMBUK & SEDEKAH RAMADHAN

Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima,.. syukur alhamdulilah dipanjatkan kepada ilahi dengan rahmat kurniaNya tanggal 12 Jun 2017 bersamaan 17 Ramadhan 1438, jam 3.00 petang telah berlansung satu program ‘’ Sumbangan Bubur Lambuk dan Sedekah Ramadhan’’ anjuran Syarikat Plus Berhad bertempat di dataran Plus SMIAS.

Program ini mengambil masa selama 2 jam lebih dengan melibatkan  semua  pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan 4 Sekolah Menengah Islam Assyddiq. Agenda utama program ini adalah untuk memberi sumbangan bubur lambuk kepada para pelajar dan menyampaikan sumbangan sedekah bantuan musibah kebakaran.

Setelah para jemputan memenuhi ruang yang disediakan, majlis pun dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Nizam bin Ismail. Ianya diikuti dengan ucapan perasmian oleh pengurus Syarikat Plus Berhad Machap, dan diakhiri dengan ucapan pengetua Sekolah Menengah Islam As Syddiq, Tuan Hj Shamjuddin bin Romani.

Setelah selesai sesi ucapan, majlis diteruskan dengan sesi  penyerahan bubur lambuk kepada para pelajar dan sumbangan bantu musibah kebakaran kepada murobbi SMIAS.

Alhamdulillah majlis bersurai pada jam 5,00 petang dan ahli plus diberikan sedikit buah tangan dari pihak sekolah. Akhir kalam jazakallah khairan kasiran diucapkan kepada semua yang terlibat dalam sumbangan bubur lambuk dan sedekah ramadhan bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar. Sekian..

Suasana sekitar majlis :

LAPORAN DISEDIAKAN

PUAN NOOR RAHIZAH BT ABDUL RAHMAN

——————————-

Team Media As Syddiq

——————————-

https://sekolahislamassyddiq.wordpress.com

 

PROGRAM TUISYEN BAHTERA GEMILANG

Alhamdulillah… Dipanjatkan syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan inayahNya ‘’ Program Tuisyen Bahtera Gemilang ‘’ Sekolah Menengah Islam As Syddiq telah dapat dilaksanakan pada 5 hingga 9 Jun 2017. Program ini telah dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana teknik menjawab soalan PT3 dan SPM. Sasaran  utama program ini dijalankan melibatkan para pelajar Tingkatan 3 dan 5 Sekolah Menengah Islam As Syddiq.

Antara objektif program ini dijalankan adalah untuk menggalakkan pelajar mengulangkaji pelajaran semasa cuti. Bukan itu sahaja, program ini juga bertujuan memberi peluang pelajar belajar bersama guru berpengalaman yang merupakan penanda kertas peperiksaan sebenar bagi meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar dari semasa ke semasa untuk persiapan menghadapi peperiksaan sebenar iaitu PT3 dan SPM .

Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Sepanjang program ini berlangsung, para pelajar memberikan kerjasama yang baik. Pelajar tingkatan 3 dan 5 di tempatkan di kelas masing-masing dan aktiviti pembelajaran berjalan lancar seperti yang telah di susun dan dijadualkan oleh pihak pengurusan SMIAS dengan bantuan guru-guru yang berpengalaman.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga dengan adanya program ini ianya dapat mencapai matlamat dan objektif yang digariskan di samping mendapat redha Ilahi…”Kalau ada keinginan yang kuat, niat ikhlas disertai usaha dan doa, In sha allah berhasil”.

Firman Allah swt,

“….Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha mengetahu apa yang kamu kerjakan”

Surah Al-Mujadalah : 11

 

Suasana sekitar program :

LAPORAN DISEDIAKAN

PUAN NOOR RAHIZAH BT ABDUL RAHMAN

——————————-

Team Media As Syddiq

——————————-

https://sekolahislamassyddiq.wordpress.com