Category Archives: Kokurikulum

AKTIVITI MEMASAK

Tarikh: 08 November 2017

Tempat:  Kantin Sekolah Islam As Syddiq

Objektif Program :

  • Memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam semua bidang kurikulum dan ko-kurikulum khasnya dalam aspek pengurusan diri.
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk mengetengahkan bakat yang dimiliki.
  • Meningkatkan daya saing dan memupuk semangat kerja berpasukan.
  • Membimbing sikap berdikari dalam diri pelajar.

Capture.PNG m1Capture.PNG M2Capture.PNG M3Capture.PNG M4

Advertisements

AKTIVITI MEMANAH

Tarikh: 08 November 2017

Tempat:  Padang Sek Redah Islam As Syddiq

Objektif Program :

  • Memberi pendedahan kepada semua pelajar tentang teknik yang betul / sebenar semasa memanah.
  • Memberi peluang kepada pemain untuk mengetengahkan bakat yang dimiliki.
  • Melahirkan pelajar yang seimbang dan cemerlang dari aspek kurikulum dan kokurikulum.
  • Menguji tahap kemahiran individu semasa memanah.

 Capture.PNG 1Capture.PNG 2Capture.PNG 4Capture

AKTIVITI INOVATIF KREATIF

Tarikh: 05 November 2017

Tempat:  Dataran Plus SMIAS

Objektif Program :

  • Membentuk sikap kerjasama di antara pelajar.
  • Memberi peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti inovatif kreatif daripada bahan kitar semula.
  • Mengembangkan daya kreativiti, inovasi dan potensi diri pelajar khususnya dalam aspek-aspek berkaitan kepenggunaan, kepelbagaian dan lain-lain lagi.Capture.PNG 1Capture.PNG 2Capture.PNG 3Capture.PNG 4Capture.PNG 5

AKTIVITI GOTONG ROYONG ASRAMA PUTERI

Tarikh:

30 Oktober – 02 November 2017

Tempat:  Asrama puteri

Objektif Program :

  • Merapatkan silaturrahim di antara guru dan murid Sek Men Islam As Syddiq.
  • Memberi peluang kepada murid –murid bekerjasama dengan guru-guru dengan lebih optimum.
  • Memulihara dan membersihkan kawasan sekolah agar lebih terjamin keselamatan murid-murid sewaktu belajar.
  • Menceriakan kawasan sekolah dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.

Aktiviti :

  • Gotong royong asrama
  • Melukis mural
  • Hiasan DIY

CaptureCapture.PNG 1Capture.PNG 2Capture.PNG4

AKTIVITI GOTONG ROYONG ASRAMA PUTERA

Tarikh:

30 Oktober – 02 November 2017

Tempat: Asrama induk lelaki

Objektif Program :

  • Merapatkan silaturrahim di antara guru dan murid Sek Men Islam As Syddiq.
  • Memberi peluang kepada murid –murid bekerjasama dengan guru-guru dengan lebih optimum.
  • Memulihara dan membersihkan kawasan sekolah agar lebih terjamin keselamatan murid-murid sewaktu belajar.
  • Menceriakan kawasan sekolah dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.

Aktiviti :

  • Membersihkan kawasan asrama padang dan asrama induk.
  • Mengecat bahagian sudut tertentu di bangunan asrama.
  • Membersihkan bahagian tandas, ampaian dan lain-lain.

CaptureCapture.PNG 1Capture.PNG 2Capture.PNG 3

PROGRAM KHIDMAD MINGGUAN

Alhamdulilah, bersyukur kepada Allah SWT diatas nikmat Iman dan Islam. Selepas itu diberi pula kepada kita nikmat kefahaman dan kesedaran Islam yang sebenar sehingga kita boleh berada bersama-sama menjayakan program khidmad mingguan asrama.

Tarikh : 10-11.08.2017

Masa : 7.00 petang- 12.00 tengah hari

Tempat : Sek. Men. Islam  As Syydiq, Simpang Renggam

Suasana sekitar program :

——————————-
Team Media As Syddiq

——————————-
https://sekolahislamassyddiq.wordpress.com

IMG-20170811-WA0008

IMG-20170811-WA0002IMG-20170811-WA0009

LAPORAN PERKHEMAHAN PERDANA TAHUNAN KOKURIKULUM 2017

Pada 13 Julai hingga 14 Julai 2017 yang lalu, satu Perkhemahan Perdana Tahunan Kokurikulum 2017 anjuran unit kokurikulum dan unit tarbiyah Sekolah Menengah Islam As Syddiq  telah diadakan di kawasan Padang Sekolah Islam As Syddiq  bagi pelajar perempuan dan Tapak Komersial Pertanian Sawit bagi pelajar lelaki. Perkhemahan tersebut melibatkan semua pelajar tingkatan 1 hingga 5. Perkhemahan ini diadakan selama 2 hari 1 malam dan seramai 210 orang pelajar telah terlibat. Matlamat program ini diadakan bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya.

Sebelum aktiviti ini berlangsung, para pelajar diberi taklimat mengenai keselamatan diri serta hal yang berkaitan dengan perkhemahan yang dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Nizam bin Ismail. Para pelajar melaungkan kata-kata semangat sebelum bergerak ke tapak perkhemahan masing-masing. Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Alhamdulilah, semua pelajar berjaya mengikuti tentatif program yang telah disediakan oleh pihak penganjur

Butiran aktiviti           :

KHAMIS (13 JULAI 2017)

Masa Aktiviti
7.30 – 8.00 pagi Mengaji Al-Quran
8.00 – 8.30 pagi ·         Pendaftaran

·         Berkumpul di dataran SMIAS

·         Taklimat perkhemahan

Masa Aktiviti
8.30 – 10.30 pagi SLOT 1

·         Pengagihan peralatan/khemah

·         Bergerak ke tapak perkhemahan

·         Pembersihan kawasan/ Mendirikan khemah

10.30 – 11.00 pagi Sarapan pagi
11.00 – 1.00 petang Ice Breaking

·         Nama kumpulan

·         Logo/bendera kumpulan

·         Bentang

1.00 – 2.00 petang ·         Makan tengahari

·         Solat zohor

2.00 – 4.00 petang Pertandingan Mereka Cipta Replika/ Membina Gajet
4.00 – 5.00 petang ·         Solat asar

·         Al-Mathurat

5.00 – 6.00 petang Ikhtiar Hidup

·         Kembara tarbawi

·         Kentang bakar/telur

6.00 – 7.00 petang ·         Makan malam

·         Mandi

7.00 – 9.00 malam ·         Solat Maghrib

·         Kuliah / tazkirah

·         Solat Isyak

9.00 – 11.00 malam ·         Malam Kebudayaan

·         BBQ

11.00 – 12.00 malam Katibah

JUMAAT (14 JULAI 2017)

 

Masa Aktiviti
12.01 – 5.00 pagi Katibah / Qiamullail
5.00 – 7.00 pagi ·         Mandi

·         Solat subuh

·         Kuliah Subuh

·         Al-Mathurat

7.00 – 10.00pagi Riadah & Sukaneka

Pertandingan Memasak

·         Sarapan pagi

 

10.00 – 11.00 pagi Gotong – royong

·         Kemas khemah

 

11.00 – 12.00

tengahari

·         Majlis Penutup

·         Penyampaian hadiah

Secara keseluruhannya, Perkhemahan Tahunan Kokurikulum 2017 pada kali ini memberikan 1001 kenangan manis kepada pelajar-pelajar dan semua guru. Banyak pengalaman yang telah diperolehi oleh semua guru untuk menjadi seorang pendidik yang berguna untuk masyarakat dan negara. Segala aktiviti dalam program ini telah dilaksanakan dengan sebaiknya serta semua pelajar telah memberikan komitmen yang menyeluruh terhadap semua aktiviti yang dijalankan.

Suasana sekitar program :

——————————-
Team Media As Syddiq

——————————-
https://sekolahislamassyddiq.wordpress.com

SUMBANGAN BUBUR LAMBUK & SEDEKAH RAMADHAN

Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima,.. syukur alhamdulilah dipanjatkan kepada ilahi dengan rahmat kurniaNya tanggal 12 Jun 2017 bersamaan 17 Ramadhan 1438, jam 3.00 petang telah berlansung satu program ‘’ Sumbangan Bubur Lambuk dan Sedekah Ramadhan’’ anjuran Syarikat Plus Berhad bertempat di dataran Plus SMIAS.

Program ini mengambil masa selama 2 jam lebih dengan melibatkan  semua  pelajar tingkatan 1, 2, 3 dan 4 Sekolah Menengah Islam Assyddiq. Agenda utama program ini adalah untuk memberi sumbangan bubur lambuk kepada para pelajar dan menyampaikan sumbangan sedekah bantuan musibah kebakaran.

Setelah para jemputan memenuhi ruang yang disediakan, majlis pun dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Nizam bin Ismail. Ianya diikuti dengan ucapan perasmian oleh pengurus Syarikat Plus Berhad Machap, dan diakhiri dengan ucapan pengetua Sekolah Menengah Islam As Syddiq, Tuan Hj Shamjuddin bin Romani.

Setelah selesai sesi ucapan, majlis diteruskan dengan sesi  penyerahan bubur lambuk kepada para pelajar dan sumbangan bantu musibah kebakaran kepada murobbi SMIAS.

Alhamdulillah majlis bersurai pada jam 5,00 petang dan ahli plus diberikan sedikit buah tangan dari pihak sekolah. Akhir kalam jazakallah khairan kasiran diucapkan kepada semua yang terlibat dalam sumbangan bubur lambuk dan sedekah ramadhan bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar. Sekian..

Suasana sekitar majlis :

LAPORAN DISEDIAKAN

PUAN NOOR RAHIZAH BT ABDUL RAHMAN

——————————-

Team Media As Syddiq

——————————-

https://sekolahislamassyddiq.wordpress.com

 

Karnival Pendidikan Islam (MTQ) Peringkat Daerah Antara Sekolah Menengah Daerah Kluang tahun 2017.

IMG-20170807-WA0001IMG-20170807-WA0002

Tanggal 28 Mac 2017 bersamaan hari Selasa, telah berlangsungnya Karnival Pendidikan Islam (MTQ) Peringkat Daerah Antara Sekolah Menengah Daerah Kluang anjuran PPD Kluang bagi tahun 2017 yang bertempat di SMK Datuk Abdul Rahman Andak (SEDARA) dan SMK Datuk Ibrahim Majid Simpang Renggam, Kluang Johor. Karnival ini telah mempertandingkan sebanyak 13 acara yang disertai oleh 28 buah sekolah di daerah Kluang. SM Islam As-Syddiq mengambil bahagian dan mewakili sekolah untuk 6 acara sahaja.

Pihak SM Islam As-Syddiq ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Muhamad Naufal bin Ahmad Khushairi kerana telah berjaya merangkul Naib Johan dalam acara Kalimatus Sobah manakala peserta lain hanya membawa pulang hadiah saguhati dan sijil penyertaan. Pihak karnival juga mengucapkan sekalung penghargaan kepada Puan Noor Rahizah Abd Rahman selaku AJK Hadiah dan Cenderamata dan Ustaz Mujahid Khamis sebagai Hakim Acara Hafazan Al-Quran (L) atas kerjasama yang diberikan dalam melancarkan perjalanan majlis.

Banyak perkara dan hikmah di sebalik penganjuran Karnival MTQ ini. Selepas ditemu bual, rata-rata peserta SMI As-Syddiq dapat memperoleh pengalaman dan pengetahuan baru selain aktiviti dalam bilik darjah. Selain itu juga mereka dapat menambah kenalan baru dari sekolah-sekolah Daerah Kluang. Sebagai contoh, peserta taranum Muhammad Ting 5, rasa berbangga dapat belajar tentang taranum Al-Quran dan cuba untuk bertanding ke peringkat lebih tinggi kerana sebelum ini beliau pun tiada pengalaman bertaranum bidang Qiraat.

Berbeza dengan Muhamad Naufal Ting 5, beliau rasa sangat bersyukur walaupun Naib Juara yang diperoleh berjaya dikekalkan seperti tahun lepas, namun pertandingan tahun ini dirasakan mencabar kerana jumlah peserta lain yang ramai dan saingan yang lebih sengit. Begitu juga dengan Thaqif dan Syuraih Ting 5, walaupun dapat menjangkakan tidak mendapat sebarang mata, namun mereka masih berpuas hati dapat mencuba nasib dan berbangga kerana dapat mewakili sekolah untuk memperoleh mata merit dalam Sijil Ko-kurikulum.

Akhir kata, diharapkan Karnival Pendidikan Islam MTQ dapat dianjurkan lagi pada tahun-tahun yang akan datang dan SMIAS dapat menghantar lebih ramai pelajar dalam setiap acara yang dipertandingkan. Hal ini kerana berasaskan kelebihan-kelebihan dan hikmah yang diperoleh oleh para pelajar sangat bernilai untuk masa akan datang.

Suasana sekitar program :

——————————-
Team Media As Syddiq

——————————-
https://sekolahislamassyddiq.wordpress.com

 

 

MESYUARAT AGONG UNIT KELAB & RUMAH SUKAN SEKOLAH MENENGAH ISLAM AS SYDDIQ 2017

Alhamdulillah dipanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana pada hari Khamis, 19 Januari 2017 aktiviti kokurikulum Sekolah Menengah Islam As Syddiq diteruskan lagi dengan sesi Mesyuarat Agong bagi unit Kelab & Rumah Sukan 2017. Bagi tahun 2017,sebanyak  tujuh unit kelab telah ditubuhkan yang terdiri dari Kelab Buletin,Kelab Kreatif & Rekacipta, Kelab Bahasa,Kelab Sains & Matematik , Kelab Keusahawanan & Pertanian  Lelaki dan Perempuan  serta Kelab Kebudayaan ( Nasyid ) bagi pelajar lelaki. Bagi rumah sukan pula terdiri dari 3 buah rumah sukan iaitu Rumah Merah, Rumah Kuning dan Rumah Hijau.

Sebelum sesi mesyuarat agong  diadakan, pelajar-pelajar putera dan puteri diminta berkawad terlebih dahulu dan ianya telah diketuai oleh saudara Mohd Isyraq Zukry bin Jasni dari Tingkatan 5. Selesai sesi kawad kaki, pada jam 2.30 petang pelajar semua berkumpul mengikut kelab masing-masing bagi memulakan sesi Mesyuarat Agong untuk pemilihan Majlis Tertinggi dan AJK setiap kelab. Seterusnya pada jam 3.00 petang sesi Mesyuarat Agong bagi rumah sukan diadakan bagi memilih Majlis Tertinggi dan AJK setiap rumah sukan.  Sesi Mesyuarat Agong ini berakhir pada jam 4.00 petang. Diharapkan kepada semua pelajar yang terpilih sebagai Majlis Tertinggi dan AJK bagi unit kelab dan rumah sukan dapat menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan…

Suasana aktiviti :

LAPORAN DISEDIAKAN :

USTAZAH MAISURA BINTI MOHD ISA