PERSIAPAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG DAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad adalah pesuruh Allah”.

Selawat dan salam keatas Baginda s.a.w.

Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk.

Sungguh, jalan dakwah ini bukan mudah,tetapi kepahitan itulah yang menjadi saksi untuk melayakkan kita menggapai kemanisan SyurgaNya.

Sehari sebelum majlis berlangsung.

Para guru, pelajar dan ibu bapa datang membantu persiapan sempena majlis yang akan berlangsung pada hari esok. ( Sabtu, 15 Mac 2014 )

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W. bersada yang maksudnya, “Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya.”
(Hadis Riwayat Muslim).

PEMBINAAN SURAU AS SYDDIQ : Menyumbang ke arah pembentukan Generasi Rabbani

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad adalah pesuruh Allah”.

Selawat dan salam keatas Baginda s.a.w.

Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk.

Sungguh, jalan dakwah ini bukan mudah,tetapi kepahitan itulah yang menjadi saksi untuk melayakkan kita menggapai kemanisan SyurgaNya.

MasyaAllah.

SubhanAllah.

Baiknya ALLAH~

Dengan penuh kerendahan hati, post ini kami tujukan kepada mana-mana pihak yang sudi untuk membantu pihak sekolah dalam usaha untuk membina salah satu kemudahan sekolah bagi keselesaan para pelajar Sekolah Islam As Syddiq. Berikut merupakan lembaran yang dapat pihak kami sajikan buat pengetahuan pihak tuan-tuan dan puan-puan:

Image

Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan berminat untuk membantu pembinaan surau Sekolah Islam As Syddiq, berikut merupakan maklumat yang diperlukan untuk tujuan tersebut :

ImageKebaikan dan keikhlasan tuan-tuan dan puan-puan amat kami hargai dan kami dahulukan dengan ucapan,
Image
Semoga kebaikan dan keikhlasan  tuan-tuan dan puan-puan dalam menjayakan projek pembinaan ini, Allah SWT ganjarkan dengan kebaikan yang berlipat ganda.

“Siapakah orang yang mahu memberi pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat gandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya. Dan selain itu ia akan memperoleh pahala yang besar”. (Al-Hadid: 11)

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai; Seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (Al-Baqarah: 261)

Usaha mengumpul dana telah dijalankan sejak tahun 2011. Namun begitu, kami masih dalam proses pembinaan secara perlahan-lahan. Sumbangan kalian amat kami hargai.
( Tonton video Pelancaran dana Surau di sini : https://www.youtube.com/watch?v=Bg2asnfMjRo&list=LLO4Tf3-gnAcEAiATfP4hLVQ )

SALAM IMTIHAN

SALAM IMTIHAN

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad adalah pesuruh Allah”.

Selawat dan salam keatas Baginda s.a.w.

Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk.

Sungguh, jalan dakwah ini bukan mudah,tetapi kepahitan itulah yang menjadi saksi untuk melayakkan kita menggapai kemanisan SyurgaNya.

MasyaAllah.

SubhanAllah.

Baiknya ALLAH~

Adik-adik yang dikasihi,

Mukmin motivasinya tinggi.
Tidak akan putus asa dengan rahmatNYA.
Bila diberi nkmat, mereka bersyukur.
Bila diuji, mereka bersabar dan tidak ada yang menyedihkan.
Yang tinggal azam dan usaha seterusnya tawakkal dengan kehendakNYA.

SALAM IMTIHAN BUAT PARA PELAJAR SMIAS.

Tarikh : 2 Mac 2014 – 7 Mac 2014

Ingat adik-adik… MAN JADDA, WAJADA.

:: BITTAUFIQ WANNAJAH FIL IMTIHAN::

MAKLUMAN BERKENAAN CUTI TAHUN BARU CINA 2014

cuti_sekolah

Tarikh mula bercuti : 31 Januari 2014
Tarikh tamat cuti : 3 Fabuari 2014

Sehubungan dengan itu, para pelajar dibenarkan pulang ke kampung halaman masing-masing pada 30 Januari 2014 selepas jam 2 petang dan pulang semula ke asrama As Syddiq pada 3 Februari 2014 sebelum jam 6 petang.

Sekian, harap maklum.

Selamat bercuti.

“Rebutlah keuntungan (dalam) lima perkara sebelum (datang) lima perkara: masa hidup sebelum mati; sihat sebelum sakit; lapang sebelum sibuk; muda sebelum tua dan masa kaya sebelum miskin.”