SEKOLAH MENENGAH ISLAM AS-SYDDIQ

SMIAS.png

MOTTO

“Tarbiah melahirkan pemimpin”

VISI

“Pendidikan melahirkan pemimpin bertakwa dan berketerampilan”

MISI

“Membangunkan system persekolahan bersepadu bagi melahirkan insan cemerlang yang diredai ALLAH”

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Islam As-Syddiq adalah hak milik sayarikat As Syddiq Resource Berhad. Sekolah Menengah Islam As-Syddiq atau akronimnya SMIAS diberi nama berdasarkan lokasi sekolah terletak di Kampung Sahari, Simpang Renggam. Sekolah ini telah dirancang penubuhannya sejak tahun 2007.

Sekolah Menengah Islam As-Syddiq telah ditubuhkan pada Januari 2011 di alamat Jalan Sekolah, Kampung Sahari, Blok 3, Simpang Renggam, Johor. Oleh kerana pada tarikh tersebut bangunan sekolah masih dalam pembinaan, pembelajaran para pelajar Tingkatan 1 yang bermula pada 1 Januari 2011 dijalankan di Surau Sekolah Rendah Islam As-Syddiq.

Bilangan pelajar generasi pertama SMIAS seramai 20 orang(12 lelaki dan 8 perempuan). Kemasukan para pelajar adalah daripada murid-murid Sekolah Rendah Ghufran dan juga  dari sekolah rendah yang lain. Pada peringkat awalnya, jawatan pengetua dipangku oleh Tuan Haji Shamjuddin Bin Romani dan dibantu oleh 4 orang guru.

Proses permohonan pendaftaran sekolah kepada pihak kementerian Pelajaran Malaysia telah dilaksanakan dan mendapat kelulusan pada April 2011 dengan nombor rujukan SRJ 3339. Tuan haji Md. Yamin bin Md Noor (setelah bersara dari SMK Parit Raja, Batu Pahat) telah dicadangkan menyandang jawatan pengetua pada Mac 2011.

 

Untuk melihat suasana SMIAS : Suasana SMIAS

(Video lain boleh ditonton di You Tube dalam Channel

[MEDIA] As Syddiq Islamic School )

12 thoughts on “SEKOLAH MENENGAH ISLAM AS-SYDDIQ”

  1. Assalammualaikum saya ingin bertanya mengenai enrolment utk tingkatan 1, kalau anak saya bukan warganegara boleh daftar masuk ke sekolah ini ke?

    Apakah cost yg terlibat?

    Aliran pembelajaran adakah agama + academic atau agame keseluruhannya.

    Terima kasih

    Like

    1. Waalaikumsalam

      Merujuk kepada pertanyaan Puan, berikut merupakan syarat-syarat kemasukan pelajar Tingkatan 1 bagi tahun 2017 :-

      Lepasan Darjah Enam Sekolah Kebangsaan/ Sekolah Rendah Agama (kerajaan/ swasta)
      Lulus UPSR sekurang-kurangnya 3A 2B atau setaraf bagi pelajar luar negara
      Lulus ujian penilaian Rendah Agama Islam (PRAI) & Sijil Darjag Enam Agama (SDEA)
      Mampu menguasai bacaan Al-Quran dengan baik
      Menguasai bacaan dan tulisan jawi dengan baik
      Lulus ujian PAFA
      Lulus ujian kelayakan SMI As Syddiq

      Permohonan hendaklah disertakan bersama satu salinan perkara-perkar berikut :-

      Keputusan UPSR
      Sijil berhenti sekolah
      Sijil kelahiran/ surat beranak
      Kad pengenalan/ lain-lain pengenalan
      Surat sokongan/ sijil berhenti sekolah terakhir
      Surat/ sijil-sijil berkaitan
      2 keping gambar
      Salinan pasport (jika pelajar luar)
      Wang proses RM 10.00

      Di sini pihak kami sertakan bersama borang permohonan ke Sekolah Menengah Islam As Syddiq.

      Untuk maklumat lanjut, Puan boleh menghubungi pejabat sekolah di talian 07-7559717.

      Sekian, terima kasih.

      Like

  2. Makluman tambahan, bagi pelajar bukan warganegara, kadar yuran adalah berbeza berbanding pelajar warganegara. Sekolah kami mengalamalkan sistem pembelajaran berteraskan akademik beserta al-quran. Untuk sesi 2017, kami menyasarkan 30 orang pelajar dari kalangan tingkatan 1 (pelajar lelaki dan perempuan kelas berasingan)

    Like

  3. Assalamualaikum, tumpang bertanya, apa syarat kemasukan ke tingkatan 4 bagi bukan warganegara? Dan berapa kos yuran pelajar bertaraf bukan warganegara? Terima kasih.

    Liked by 1 person

  4. Berhubung pertanyaan puan berkenaan kemasukkan pelajar tingkatan 4 bagi sesi 2017, pihak puan diminta untuk mengisi borang permohonan kemasukkan pelajar (boleh didownload dari laman web ini). Syarat tambahan bagi pelajar bukan warganegara adalah seperti berikut:-

    1. Memiliki pasport yang sah dan masih belum tamat tempoh
    2. Perlu menduduki ujian kelayakan (tarikh akan dimaklumkan)
    3. Kadar yuran adalah berbeza jika bukan warganegara

    untuk makluman lanjut, puan boleh hubungi Ust Muhammad Nizam di talian 019-7965 431 bagi urusan pendaftaran pelajar bukan warganegara. Puan juga boleh berhubung dengan pihak sekolah bagi urusan yuran dan borang permohonan ditalian 07-755 9717.

    Like

  5. Assalamualaikum..syarat kemasukan memang nak kena ada A sahaja ke baru boleh masuk? Kalau lulus UPSR tapi berminat untuk menghafaz Al-Quran boleh mohon ?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: