Tag Archives: ceramah motivasi

PROGRAM TUISYEN BAHTERA GEMILANG

Alhamdulillah… Dipanjatkan syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan inayahNya ‘’ Program Tuisyen Bahtera Gemilang ‘’ Sekolah Menengah Islam As Syddiq telah dapat dilaksanakan pada 5 hingga 9 Jun 2017. Program ini telah dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana teknik menjawab soalan PT3 dan SPM. Sasaran  utama program ini dijalankan melibatkan para pelajar Tingkatan 3 dan 5 Sekolah Menengah Islam As Syddiq.

Antara objektif program ini dijalankan adalah untuk menggalakkan pelajar mengulangkaji pelajaran semasa cuti. Bukan itu sahaja, program ini juga bertujuan memberi peluang pelajar belajar bersama guru berpengalaman yang merupakan penanda kertas peperiksaan sebenar bagi meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar dari semasa ke semasa untuk persiapan menghadapi peperiksaan sebenar iaitu PT3 dan SPM .

Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Sepanjang program ini berlangsung, para pelajar memberikan kerjasama yang baik. Pelajar tingkatan 3 dan 5 di tempatkan di kelas masing-masing dan aktiviti pembelajaran berjalan lancar seperti yang telah di susun dan dijadualkan oleh pihak pengurusan SMIAS dengan bantuan guru-guru yang berpengalaman.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga dengan adanya program ini ianya dapat mencapai matlamat dan objektif yang digariskan di samping mendapat redha Ilahi…”Kalau ada keinginan yang kuat, niat ikhlas disertai usaha dan doa, In sha allah berhasil”.

Firman Allah swt,

“….Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha mengetahu apa yang kamu kerjakan”

Surah Al-Mujadalah : 11

 

Suasana sekitar program :

LAPORAN DISEDIAKAN

PUAN NOOR RAHIZAH BT ABDUL RAHMAN

——————————-

Team Media As Syddiq

——————————-

https://sekolahislamassyddiq.wordpress.com

Advertisements

Ceramah Kerjaya 2017

Hari selasa tanggal 28 Februari 2017, jam 11.15 pagi  berlangsung satu ceramah kerjaya bertempat di Bangunan Asrama Baru Sekolah Menengah Islam Assyddiq. Penceramah dijemput khas dari Unit Bimbingan Dan Kaunseling Dan Kerjaya Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Kluang, Encik Hafidz Bin Nasiri.

Program ini mengambil masa selama 3 jam lebih dengan melibatkan  semua  pelajar tingkatan 4 dan 5 Sek Men Islam Assyddiq. Agenda utama program adalah untuk memberi penerangan dan maklumat-maklumat masa kini yang sangat penting dalam pemilihan subjek yang diambil dalam peperiksaan utama iaitu SPM.

Program dimulakan dengan kisah hidup seorang individu yang sangat biasa keputusannya, tetapi telah membuat langkah-langkah untuk berjaya dalam hidupnya, dengan menulis 100 target yang perlu dicapai dalam jangkamasa dua tahun. Ini menunjukkan bahawa dalam kehidupan seharian kita perlu mempunyai target dan berusaha untuk mencapai impian tersebut supaya tidak menjadi angan-angan kosong semata.

Kerjaya yang selaras dengan minat, kebolehan, personaliti serta pencapaian berupaya membantu pelajar memilih bidang pekerjaan yang bersesuaian dengan diri. Di samping itu pendedahan maklumat mengenai kebolehpasaran kerja dapat membantu pelajar memilih pekerjaan yang bersesuaian dengan kehendak pasaran.

Penceramah juga membuat kombinasi subjek contohnya pengambilan subjek Prinsip Akaun perlu mengambil subjek Matematik Tambahan supaya boleh meneruskan untuk menjadi seorang akauntan dan lain-lain lagi.

Sebelum sesi soal jawap bermula, En. Hafidz menerangkan  pengiraan merit mengikut aliran sains dan sastera supaya para pelajar tahu akan kedudukan masing-masing dan seterusnya memperbaiki keputusan untuk membuat penambahbaikan markah merit.

Pada sesi soal jawab pelajar banyak menanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan kerjaya dan krusus  serta aliran apa yang perlu diambil.Akhirnya, penceramah membuat kesimpulan bahawa tidak kira apa impian atau  cita-cita pelajar, yang penting perlu mendapat keputusan yang cemerlang barulah pelajar boleh memilih bidang mengikut minat dan kecenderungan pelajar seterusnya negara boleh mencapai negara maju kerana melahirkan pekerja yang proaktif dan berinovasi tinggi dalam semua bidang.

Suasana sekitar program :

——————————-
Team Media As Syddiq

——————————-
https://sekolahislamassyddiq.wordpress.com