Tag Archives: masyuarat agong

MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH ISLAM AS SYDDIQ

Alhamdulillah dipanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya Majlis PIBG  Sekolah Menengah Islam As Syddiq kali pertama bagi tahun 2017 telah diadakan pada 30 Januari 2017 dan  menutup tirai bagi  bulan Januari 2017. PIBG di Sekolah Menengah Islam As Syddiq membawa satu makna iaitu Majlis Permuafakatan Ibu Bapa  dan Guru dan bukannya yang biasa  didengari iaitu Majlis Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Alhamdulillah majlis berjalan lancar mengikut agenda yang telah ditetapkan. Tepat jam 2.00 petang para ibu bapa telah mula berpusu-pusu membuat pendaftaran dan seterusnya bergerak ke Dataran Plus SMIAS.

Setelah para hadirin memenuhi ruang yang disediakan , majlis pun dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Muhammad Nizam bin Ismail. Ianya diikuti dengan ucapan perasmian oleh  Prof Dr Abdul Hakim bin Mohammed selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pengelola Sek Men Islam As Syddiq. Seterusnya ucapan  pengetua Sekolah Menengah Islam As Syddiq, Tuan Hj Shamjuddin bin Romani  dan diakhiri dengan ucapan Yang Dipertua PIBG Dr Mohd Arbaie bin Syawal.

Setelah selesai sesi ucapan, majlis diteruskan dengan sesi pelantikan AJK baru bagi tahun 2017. Seramai 4 orang wakil ibu bapa dilantik sebagai AJK baru dan 12 orang wakil ibu bapa dilantik mewakili setiap kelas di Sekolah Menengah Islam As Syddiq. Majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab dari para ibu bapa kepada pihak sekolah.Terima kasih diucapkan di atas cadangan dan idea yang diberikan kepada pihak sekolah dalam membantu meningkatkan lagi prestasi sekolah dan pelajar ke arah yang diredhai Allah s.w.t.

Alhamdulillah majlis bersurai pada jam 5,00 petang dan ibu bapa diberikan sedikit buah tangan dari pihak sekolah. Akhir kalam jazakallah khairan kasiran diucapkan kepada semua AJK yang terlibat dalam Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru sesi 2017  ini bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar. Diharapkan dengan adanya Majlis PIBG  ini ianya dapat memberi ruang dan peluang kepada ibu bapa dan para guru Sekolah Menengah Islam As Syddiq untuk saling berkongsi pandangan dan berkongsi idea untuk meningkatkan lagi imej Sekolah Menengah Islam As Syddiq di masa-masa akan datang. Sekian…

Suasana sekitar majlis :

LAPORAN DISEDIAKAN OLEH :

USTAZAH MAISURA BINTI MOHD ISA

——————————-
Team Media As Syddiq

——————————-
https://sekolahislamassyddiq.wordpress.com

Advertisements

MESYUARAT AGONG UNIT KELAB & RUMAH SUKAN SEKOLAH MENENGAH ISLAM AS SYDDIQ 2017

Alhamdulillah dipanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana pada hari Khamis, 19 Januari 2017 aktiviti kokurikulum Sekolah Menengah Islam As Syddiq diteruskan lagi dengan sesi Mesyuarat Agong bagi unit Kelab & Rumah Sukan 2017. Bagi tahun 2017,sebanyak  tujuh unit kelab telah ditubuhkan yang terdiri dari Kelab Buletin,Kelab Kreatif & Rekacipta, Kelab Bahasa,Kelab Sains & Matematik , Kelab Keusahawanan & Pertanian  Lelaki dan Perempuan  serta Kelab Kebudayaan ( Nasyid ) bagi pelajar lelaki. Bagi rumah sukan pula terdiri dari 3 buah rumah sukan iaitu Rumah Merah, Rumah Kuning dan Rumah Hijau.

Sebelum sesi mesyuarat agong  diadakan, pelajar-pelajar putera dan puteri diminta berkawad terlebih dahulu dan ianya telah diketuai oleh saudara Mohd Isyraq Zukry bin Jasni dari Tingkatan 5. Selesai sesi kawad kaki, pada jam 2.30 petang pelajar semua berkumpul mengikut kelab masing-masing bagi memulakan sesi Mesyuarat Agong untuk pemilihan Majlis Tertinggi dan AJK setiap kelab. Seterusnya pada jam 3.00 petang sesi Mesyuarat Agong bagi rumah sukan diadakan bagi memilih Majlis Tertinggi dan AJK setiap rumah sukan.  Sesi Mesyuarat Agong ini berakhir pada jam 4.00 petang. Diharapkan kepada semua pelajar yang terpilih sebagai Majlis Tertinggi dan AJK bagi unit kelab dan rumah sukan dapat menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan…

Suasana aktiviti :

LAPORAN DISEDIAKAN :

USTAZAH MAISURA BINTI MOHD ISA