Tag Archives: pelajar tingkatan 2

PBL : Problem Based Learning

 

1) Tarikh: 05 November 2017

    Saringan : Peringkat sekolah

Tempat : SMK Kelapa Sawit

 

2) Tarikh: 06 November 2017

    Saringan : Peringkat akhir

Tempat : JPN Johor

 

Objektif PBL :

  • Untuk memahami dengan lebih jelas konsep masyarakat rendah karbon ( Low carbon society ).
  • Untuk membentuk komuniti yang mengamalkan amalan rendah karbon.
  • Untuk menginovasi projek yang boleh membantu sekolah mengurangkan kadar pengeluaran karbon.

 Capture.PNG 1Capture.PNG 2Capture.PNG 3Capture

Advertisements

BENGKEL FOTOGRAFI

Tarikh: 07 November 2017

Tempat:  Dataran Plus SMIAS

Objektif Program :

  • Memberi pendedahan kepada pelajar dalam penggunaan fungsi kamera DSLR.
  • Memberi tips atau khidmat nasihat berkaitan dengan pengetahuan asas fotografi.
  • Menguji tahap kemahiran individu semasa menggunakan kamera.
  • Memberi peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti fotografi.

 Capture.PNG 1CaptureCapture.PNG 4Capture.PNG 3

BENGKEL PENGUCAPAN AWAM

Tarikh: 06 November 2017

Tempat:  Dataran Plus SMIAS

Objektif Program :

  • Untuk melahirkan murid-murid yang mempunyai keterampilan diri dan sahsiah yang tinggi, berdisplin, rajin, kreatif, kritis dan berinovatif.
  • Membentuk sikap dan nilai positif pelajar dan bermatlamat tinggi ke arah penonjolan imej kendiri yang bersesuaian.
  • Memberi kesedaran kepada pelajar bahawa mereka berpotensi untuk menjadi individu dan pemimpin yang cemerlang, gemilang dan terbilang di masa hadapan.

Capture.PNG pengucapan awam

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL MENENGAH RENDAH AGAMA & SIJIL MENENGAH AGAMA  SEKOLAH MENENGAH ISLAM AS SYDDIQ 2016

Alhamdulillah…

Penantian guru-guru dan pelajar- pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama dan Sijil Menengah Agama 2016 akhirnya terjawab kerana pada hari Ahad 15 Januari 2017 telah diumumkan keputusan bagi kedua-dua peperiksaan tersebut.

Di kesempatan ini pihak warga Sekolah Menengah Islam As Syddiq mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama ( SMRA) 2016 dan Sijil Menengah Agama ( SMA ) 2016. Berbekalkan usaha, doa dan tawakal selain usaha gigih dari guru-guru, para pelajar akhirnya mendapat keputusan yang membanggakan bagi peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama 2016 dengan peratus kelulusan 100% lulus. Manakala bagi peperiksaan Sijil Menengah Agama 2016 peratus kelulusan agak menurun sedikit dengan peratus kelulusan 50% lulus.

Bagi keputusan peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama 2016 seramai tiga orang pelajar mendapat keputusan Mumtaz iaitu saudara Muhammad Nasif bin Ahmad Khusairi, saudari Nur Shodrina Wadihah binti Abu Bakar dan saudari Nur Maryam binti Hazizan.

Bagi keputusan  peperiksaan Sijil Menengah Agama 2016 seramai 4 orang pelajar mendapat keputusan Jayid Jiddan iaitu saudara Muhammad Naufal bin Ahmad Khusairi mewakili pelajar putera dan bagi pelajar puteri diwakili saudari Siti Balkis binti Amalludin, saudari Siti Maryam binti Mahmad dan saudara Waie Sajidah Saadah binti Zihan. Mabruk penulis ucapkan atas kejayaan anda semua.

Semoga kejayaan anda menjadi inspirasi kepada rakan – rakan yang lain untuk lebih tekun dan fokus dalam pembelajaran. Antara kunci kejayaan pelajar – pelajar ini adalah sentiasa fokus ketika guru mengajar dan saling bertanya sekiranya ada sesuatu yang tidak difahami dalam pembelajaran.

Selain usaha dan tawakal, pergantungan kepada Allah dalam setiap masa dan keadaan menyedarkan diri kita bahawa kita adalah insan yang sentiasa memerlukan pertolonganNya. Akhir kalam, semoga kecemerlangan dalam bidang akademik ini menjadi pemangkin kepada mereka  untuk turut cemerlang dari segi sahsiah dan rohani. Sekian…

Jom kita saksikan wajah-wajah kejayaan pelajar-pelajar ini…

 

LAPORAN DISEDIAKAN :

USTAZAH MAISURA BINTI MOHD ISA

——————————-
Team Media As Syddiq

——————————-

https://sekolahislamassyddiq.wordpress.com