Tag Archives: Sekolah Islam

PROGRAM PESONA

Tarikh : 26 Februari 2018

Matlamat:

Matlamat utama Program Pesona ini adalah untuk meningkatkan semangat berpasukan, gaya berfikir akan potensi diri dan bersedia menggunakan secara maksimum disamping memahami orang lain dan persekitaran.  Menerusi aktiviti ini, pelajar-pelajar juga dapat memberi dan penambahbaikan serta menyemai semangat setia kawan, bekerjasama dalam merapatkan hubungan sosial dikalangan masyarakat dan persekitaran.

Capture.PNG4

Capture.PNG3

Capture.PNG5

Capture.PNG2

Capture.PNG1

Advertisements

MERENTAS DESA

Tarikh: 25 Februari 2018

Objektif :

  1. Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid-murid tentang aktiviti merentas desa.
  2. Memupuk dan menanam semangat suka kepada aktiviti sukan.
  3. Meningkatkan tahap kecergasan murid.
  4. Melahirkan masyarakat yang mengutamakan senaman dan kesihatan

Capture.PNG2

Capture.PNG3

Capture.PNG4

Capture.PNG1

SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

Tarikh: 31 Januari 2018

Tempat:  Dataran Sekolah Rendah Islam As Syddiq

Nabi Muhammad Saw pernah bersabda:
“Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua ayat (tanda) dari ayat-ayat Allah (yang tersebar di alam semesta). Tidak akan terjadi fenomena gerhana matahari dan bulan karena kematian seseorang atau karena hidup (lahirnya) seseorang. Apabila kalian melihat (gerhana) matahari dan bulan, maka berdoa dan shalat kepada Allah sampai (matahari atau bulan) tersingkap lagi.”

IMG-20180131-WA0055IMG-20180131-WA0054

 

LATIHAN KAWAD KAKI

Tarikh: 31 Januari 2018

Tempat:  Sekolah Menengah Islam As Syddiq

Tujuan : Latihan Kawad kaki adalah bertujuan untuk mendisiplin dan melahirkan keyakinan diri kepada pelajar serta mewujudkan sikap kerjasama dikalangan pelajar dan patuh terhadap segala arahan yang diberikan disamping memberikan ketahanan mental dan fizikal.

Objektif Program :

1.Mewujudkan disiplin diri dikalangan pelajar.

2. Meningkatkan semangat kerjasama berpasukan diantara pelajar.

3. Meningkatkan kepekaan terhadap hukuman dan arahan.

4.  Melahirkan sikap patuh dan hormat kepada orang yang lebih kanan.

5. Untuk meningkatkan daya kecergasan dan kekemasan pergerakan didalam kumpulan.

6. Menanamkan amalan bersih dan kemas didalam hidup seharian

7. Mewujudkan disiplin diri dikalangan pelajar.

Capture.1PNG

Capture2Capture3Capture5Capture.4PNG

ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 & TINGKATAN 4 SEKOLAH MENENGAH ISLAM AS SYDDIQ 2018

Alhamdulillah,

Dimulakan dengan Bismilah,

Disudahi dengan Alhamdulillah,

Begitulah sehari dalam hidup kita

Mudah-mudahan dirahmati Allah…

Alhamdulillah selesai sudah minggu orientasi untuk pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sekolah Menengah Islam As Syddiq bagi sesi 2018. Pelbagai ragam dan keletah anak – anak didik yang baru menempuhi alam persekolahan peringkat menengah terutamanya bagi pelajar Tingkatan 1. Ahlan Wasahlan sekali lagi penulis ucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 1 dan 4 tahun 2018. Semoga minggu orientasi ini menjadi memori terindah dalam kehidupan mereka dan memberikan pengalaman yang berharga dan boleh diceritakan kepada generasi seterusnya.

Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi pelajar Tingkatan 1  dan pelajar Tingkatan 4  Pada hari pertama kesemua pelajar Tingkatan 1 & 4  telah dibawa menyelusuri Sejarah As Syddiq serta Harapan Sekolah Menengah Islam As Syddiq yang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua Tuan Hj Shamjuddin bin Romani. Selain itu pelajar  juga diperingatkan tentang peraturan dan undang-undang sekolah dan asrama sepanjang mereka berada di sekolah di bawah seliaan GPK HEM, Puan Noor Rahizah binti Abd Rahman. Diharapkan dengan peringatan – peringatan  ini dapat menjadikan seorang pelajar lebih berdisiplin dalam kehidupan mereka.

Bagi membangkitkan suasana ceria di kalangan pelajar mereka juga telah diperkenalkan dengan Lagu Sekolah dan Lagu Bingkai Kehidupan.Tidak ketinggalan Unit Akademik juga turut terlibat dalam minggu orientasi ini dalam menyampaikan taklimat berkenaan dengan subjek dan peperiksaan akademik dan deeniah yang diajar di Sekolah Menengah Islam  As Syddiq. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh GPK AKADEMIK, Encik Mohammad Hazami bin Mohd Taib . Selain itu sesi taklimat PAJSK telah disampaikan oleh Puan Hairunnisa bt Busro, &  GPK KOKO, En Muhamat Raman bin Sarif.

Seterusnya pada hari ketiga, Ustaz Muhamad Nizam bin Ismail dari Unit Tarbiyah Sekolah Menengah Islam As Syddiq telah menyampaikan slot yang bertajuk Jati Diri Pelajar Muslim & 10 ciri pelajar Muslim kepada pelajar Tingkatan 1 & 4. Diharapkan daripada slot yang disampaikan dapat menjadikan pelajar seorang yang berwibawa dan berketrampilan. Seterusnya aktiviti diteruskan dengan Taklimat SPBT oleh Encik Muhammad Afham bin Mohd Noor dan Taklimat Kaunseling oleh Cik Hanisa bt Tajuddin.

Minggu orientasi pelajar Tingkatan 1 & 4 telah berakhir dengan Majlis Penutup Program Orientasi 2018 yang telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Sekolah Menengah Islam As Syddiq Tuan Hj Shamjuddin bin Romani. Akhir kalam diharapkan dengan program orientasi yang dijalankan oleh pihak sekolah dapat memecahkan ais-ais di kalangan para pelajar dan mereka dapat meneruskan kehidupan di As Syddiq dalam suasana yang diredhai Allah. Sekian….

Suasana orentasi Pelajar Tingkatan 1 :

Suasana orentasi Pelajar Tingkatan 4 :

PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH

Tarikh: 15 November 2017

Tempat:  Masjid As Sobirin

Objektif Program :

  • Membolehkan setiap pelajar memahami dan menguruskan jenazah secara amali.
  • Setiap pelajar dapat mengenali perkara-perkara yang perlu dilakukan seperti mengapankan dan menyembahyangkan jenazah.
  • Menambah pengetahuan para pelajar tentang ilmu-ilmu berkaitan dengan fardhu kifayah.
  • Mewujudkan kerjasama dalam kalangan pelajar.

Capture.PNG 6Capture.PNG 5Capture.PNG 4Capture.PNG 3Capture.PNG 2Capture.PNG 1Capture