Tag Archives: Sekolah

HARI TERBUKA DAN JAMUAN HARI RAYA SMIAS

HARI : Ahad

TARIKH : 24 Jun 2018

TEMPAT : Dataran Plus

OBJEKTIF :

  1. Membincangkan prestasi pembelajaran anak.
  2. Membincangkan pembangunan dan kemajuan anak secara keseluruhan (termasuk kokurikulum dan sahsiah).
  3. Mewujudkan hubungan baik secara langsung antara ibu bapa/penjaga dengan guru dan pihak sekolah
  4. Membentuk sahsiah diri yang tinggi dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
  5. Menghormati dan menghayati bahawa setiap kaum mempunyai perayaan yang berbeza dan boleh diraikan oleh semua.
  6. Mengamalkan cara hidup yang baik dengan bermaaf-maafan dan menghormati antara satu sama lain.

Advertisements

SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2018

HARI : Rabu

TARIKH : 16 Mei 2018

TEMPAT : Dataran Plus SMIAS / Bangunan Asrama Imtiaz

OBJEKTIF :

  1. Dapat memberi peluang kepada pelajar untuk mengenang dan membalas jasa guru
  2. Memberi satu pentas untuk mengeratkan hubungan antara guru dengan murid
  3. Tanda terima kasih daripada pihak sekolah kepada guru
  4. Memberi kesedaran kepada guru agar bertanggungjawab terhadap pekerjaannya
  5. Menghidupkan amalan menghormati guru dalam kalangan murid

Capture

Capture.PNG3

Capture.PNG2

Capture.PNG1

PROGRAM CENDEKIAWAN MUDA TAKAFUL IKHLAS.

Cendekiawan Muda Takaful Ikhlas adalah pertandingan berkonsepkan pengucapan awam untuk pelajar-pelajar sekolah menengah agama di negeri Johor. Bertujuan mempelbagaikan aktiviti pelajar dalam proses menimba ilmu pengetahuan. Program seumpama ini diharap dapat membina keyakinan diri peserta, meluaskan pengetahuan dan kemahiran komunikasi, di samping menjana daya saing secara positif. Cendekiawan Muda Takaful Ikhlas ini juga merupakan medium promosi MSAM 2018.

Tarikh : 21 & 22 April 2018

Tempat : Stadium Batu Pahat Johor Darul Ta’zim

Lihat video di sini –>

photo_2018-04-26_10-35-51photo_2018-04-26_10-35-52 (2)photo_2018-04-26_10-35-53photo_2018-04-26_10-38-32photo_2018-04-26_10-38-33

LATIHAN KAWAD KAKI

Tarikh: 31 Januari 2018

Tempat:  Sekolah Menengah Islam As Syddiq

Tujuan : Latihan Kawad kaki adalah bertujuan untuk mendisiplin dan melahirkan keyakinan diri kepada pelajar serta mewujudkan sikap kerjasama dikalangan pelajar dan patuh terhadap segala arahan yang diberikan disamping memberikan ketahanan mental dan fizikal.

Objektif Program :

1.Mewujudkan disiplin diri dikalangan pelajar.

2. Meningkatkan semangat kerjasama berpasukan diantara pelajar.

3. Meningkatkan kepekaan terhadap hukuman dan arahan.

4.  Melahirkan sikap patuh dan hormat kepada orang yang lebih kanan.

5. Untuk meningkatkan daya kecergasan dan kekemasan pergerakan didalam kumpulan.

6. Menanamkan amalan bersih dan kemas didalam hidup seharian

7. Mewujudkan disiplin diri dikalangan pelajar.

Capture.1PNG

Capture2Capture3Capture5Capture.4PNG

PROGRAM KHIDMAD MINGGUAN

Alhamdulilah, bersyukur kepada Allah SWT diatas nikmat Iman dan Islam. Selepas itu diberi pula kepada kita nikmat kefahaman dan kesedaran Islam yang sebenar sehingga kita boleh berada bersama-sama menjayakan program khidmad mingguan asrama.

Tarikh : 10-11.08.2017

Masa : 7.00 petang- 12.00 tengah hari

Tempat : Sek. Men. Islam  As Syydiq, Simpang Renggam

Suasana sekitar program :

——————————-
Team Media As Syddiq

——————————-
https://sekolahislamassyddiq.wordpress.com

IMG-20170811-WA0008

IMG-20170811-WA0002IMG-20170811-WA0009

PROGRAM TUISYEN BAHTERA GEMILANG

Alhamdulillah… Dipanjatkan syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan inayahNya ‘’ Program Tuisyen Bahtera Gemilang ‘’ Sekolah Menengah Islam As Syddiq telah dapat dilaksanakan pada 5 hingga 9 Jun 2017. Program ini telah dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana teknik menjawab soalan PT3 dan SPM. Sasaran  utama program ini dijalankan melibatkan para pelajar Tingkatan 3 dan 5 Sekolah Menengah Islam As Syddiq.

Antara objektif program ini dijalankan adalah untuk menggalakkan pelajar mengulangkaji pelajaran semasa cuti. Bukan itu sahaja, program ini juga bertujuan memberi peluang pelajar belajar bersama guru berpengalaman yang merupakan penanda kertas peperiksaan sebenar bagi meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar dari semasa ke semasa untuk persiapan menghadapi peperiksaan sebenar iaitu PT3 dan SPM .

Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Sepanjang program ini berlangsung, para pelajar memberikan kerjasama yang baik. Pelajar tingkatan 3 dan 5 di tempatkan di kelas masing-masing dan aktiviti pembelajaran berjalan lancar seperti yang telah di susun dan dijadualkan oleh pihak pengurusan SMIAS dengan bantuan guru-guru yang berpengalaman.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga dengan adanya program ini ianya dapat mencapai matlamat dan objektif yang digariskan di samping mendapat redha Ilahi…”Kalau ada keinginan yang kuat, niat ikhlas disertai usaha dan doa, In sha allah berhasil”.

Firman Allah swt,

“….Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha mengetahu apa yang kamu kerjakan”

Surah Al-Mujadalah : 11

 

Suasana sekitar program :

LAPORAN DISEDIAKAN

PUAN NOOR RAHIZAH BT ABDUL RAHMAN

——————————-

Team Media As Syddiq

——————————-

https://sekolahislamassyddiq.wordpress.com

MAJLIS PENYERAHAN TABUNG MUSIBAH KEBAKARAN SEKOLAH MENENGAH ISLAM AS SYDDIQ.

Firman Allah swt,

‘’ …Dan berikanlah infak di jalan Allah dan janganlah engkau menjatuhkan dirimu ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat kebaikan ‘’. – Surat Al-Baqarah : 195

Alhamdulilah dipanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya Majlis Penyerahan Tabung Musibah Kebakaran Sekolah Menengah Islam As syddiq dan Bantuan Hari Raya kepada Asnaf bagi kawasan Dun Layang-layang dilaksanakan pada 01 Jun 2017 bertempat di Masjid Jamek Baitul Muttaqim, Kampung Paya Layang-layang, Kluang telah berjalan dengan jayanya.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor merangkap ADUN Layang-Layang bersama Amin BaitulMal Majlis Agama Daerah Kluang menyampaikan bantuan hari raya aidilfitri kepada asnaf-asnaf dalam kawasan Dun Layang-layang. Turut bersama-sama penduduk dan masyarakat setempat dalam satu majlis penyerahan bantuan hari raya dan iftar.

Dalam majlis tersebut juga, sumbangan cek bernilai RM20,000 telah disampaikan oleh YB Tuan Haji Abdul Mutalib bin Abdul Rahim kepada pihak Mudir SMIAS iaitu Tn Hj Shamjuddin bin Romani untuk proses membaik pulih Sekolah Menengah Islam As Syddiq.

Firman Allah SWT, “Katakanlah, Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki pada sesiapa yang dikehendaki-Nya diantara hamba-hamba-Nya, dan Allah menyempitkan rezeki pada orang yang dikehendaki-Nya. Dan apapun yang kamu infakkan atas rezeki yang diberikan Allah, maka Allah menggantinya kembali dan Allah-lah sebaik-baik pemberi rezeki ‘’. – Surat Saba : 39

Majlis tersebut diakhiri dengan tazkirah khas Ramadhan oleh As-Syeikh Tn Hj Taufiq bin Dato’ Kiyai Haji Shamsuddin, Amin BaitulMal Daerah Kluang.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga amalan sedekah yang telah dilakukan mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah membuka pintu rezeki kita. Sesungguhnya, tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima.

Kepada mana-mana pihak yang ingin membuat sumbangan kepada pihak sekolah, sumabangan boleh dibuat melalui saluran berikut :-

Nama Akaun : SEKOLAH RENDAH AGAMA GHUFRAN (Nama lama bagi SMIAS)

Bank Penerima : MAYBANK

No Akaun : 5511-9110-2792

** Sila hubungi En Qayyim di talian 016-7611 676 untuk pertanyaan dan sumbangan.

 

Blog sekolah : https://sekolahislamassyddiq.wordpress.com/

 

Suasana sekitar program :

———————————–

Team Media As Syddiq :

———————————–

 

LAPORAN SUMBANGAN IPS KEPADA AS SYDDIQ – KEJADIAN KEBAKARAN

Tarikh : 23.5.2017

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Sek. Men. Islam  As-Asyydiq,

Simpang Renggam, Johor

 

Firman Allah swt,

“….Gembirakanlah orang-orang yang taat, iaitu orang yang apabila disebut nama Allah maka bergetar hatinya dan orang yang bersabar atas apa yang menimpanya serta orang yang mendirikan solat dan orang yang menginfaqkan sebahagian rezekinya yang Kami berikan kepadanya”

Surah Al-Hajj : 34 – 35

 

Alhamdulilah, bersyukur kepada Allah SWT diatas nikmat Iman dan Islam. Selepas itu diberi pula kepada kita nikmat kefahaman dan kesedaran Islam yang sebenar sehingga kita boleh berada bersama-sama sahabat dalam perjuangan Islam.

 

27 April 2017,  hari yang mencatatkan suasana hening untuk seluruh warga As Syddiq. Di kala kita sedang lena dibuai mimpi, bilik guru yang terletak di aras satu bangunan Sekolah Menengah Islam As Syddiq ranap dijilat api. Tiada apa yang dapat diselamatkan hanya yang tinggal bara api yang telah dipadam dan cebisan kertas yang berterbangan meninggalkan kenangan.

 

Bangunan utama yang menempatkan hampir 90 % kelas dan bilik-bilik khas untuk pelajar Sekolah Menengah tergendala operasinya beberapa hari bagi memberi ruang untuk kerja-kerja pembersihan.

 

Sebagai menunjukkan rasa simpati, kebersamaan  dan ukhwah islamiah, pihak Apel  telah mengusulkan cadangan agar semua sekolah IPS dibawah sekolah  Angkat HALUAN untuk membuat kutipan dari  setiap peringkat bermula dari pengurusan dan pentadbiran, guru-guru, staff sehinggalah pelajar.

 

“Barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, maka Allah akan mencukupkannya (memelihara). Sesungguhnya Allah menyampaikan urusanNya. Sesungguhnya Allah mengadakan qadar (takdir) bagi setiap sesuatu”

 

Alhamdulillah, cadangan dari pihak Apel telah disambut positif oleh semua IPS, masing-masing bagaikan berlumba-lumba untuk sama – sama menyumbang semampu yang mungkin. Semua yang berlaku adalah atas izinNYa, walaupun tempoh yang diberikan agak singkat, pihak Apel telah menerima sumbangan sebanyak RM 10,000.00 dari tabung HERS dan sumbangan dari warga IPS. Jazakallah kepada semua IPS yang telah berusaha mengutip sumbangan.

 

Firman Allah SWT, “Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada serratus biji, dan Allah melipatgandakan bagi siapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas kurniaanNya lagi Maha Mengetahui”

Surah Al-Baqarah : 261.

 

Pada 22 Mei 2017, Pengerusi APel Tn Hj Mohd Asri Bin Abd Hamid bersama Bendahari APel Pn Zurin Zurina Atan telah berkesempatan mengunjungi Sekolah Menengah Islam As Syddiq untuk meninjau kesan kebakaran dan seterusnya menghulurkan sumbangan dari IPS dan juga dari pihak APel. Lawatan ziarah ini menemukan kami dengan Mudir SMIAS iaitu Tn Hj Shamjuddin Bin Romani bersama Guru Besar SRIAS Tn Hj Yusof Bin Kaslan, mereka merakamkan jutaan terima kasih kepada semua IPS yang telah sudi menghulurkan sumbangan.

 

Kami turut dibawa  ke lokasi kejadian dan berkongsi usaha-usaha yang sedang giat dilakukan untuk proses baik pulih. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada semua warga As Syddiq dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Alhamdulillah selesai sudah tugas kami untuk memberikan amanah dari warga IPS yang menyumbang. Semoga amalan sedekah yang telah dilakukan mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah membuka pintu rezeki kita.

 

Kepada mana-mana pihak yang ingin membuat sumbangan kepada pihak sekolah, sumabangan boleh dibuat melalui saluran berikut :-

Nama Akaun : SEKOLAH RENDAH AGAMA GHUFRAN (Nama lama bagi SMIAS)

Bank Penerima : MAYBANK

No Akaun : 5511-9110-2792

** Sila hubungi En Qayyim di talian 016-7611 676 untuk pertanyaan dan sumbangan

 

Jangan menunggu KAYA dulu baru BERSEDEKAH,

Tapi BERSEDEKAHLAH nescaya engkau menjadi KAYA,

Jangan menunggu IKHLAS dulu baru BERSEDEKAH,

Tapi BERSEDEKAHLAH nescaya engkau menjadi IKHLAS,

Jangan menunggu LAPANG dulu baru BERSEDEKAH,

Tapi BERSEDEKAHLAH nescaya hatimu menjadi LAPANG,

Jangan menunggu NIKMAT dulu baru BERSEDEKAH,

Tapi BERSEDEKAHLAH nescaya akan bertambah NIKMAT.

 

Disediakan Oleh,

Zurin Zurina Bt Atan

Bendahari APel

 

Karnival Pendidikan Islam (MTQ) Peringkat Daerah Antara Sekolah Menengah Daerah Kluang tahun 2017.

IMG-20170807-WA0001IMG-20170807-WA0002

Tanggal 28 Mac 2017 bersamaan hari Selasa, telah berlangsungnya Karnival Pendidikan Islam (MTQ) Peringkat Daerah Antara Sekolah Menengah Daerah Kluang anjuran PPD Kluang bagi tahun 2017 yang bertempat di SMK Datuk Abdul Rahman Andak (SEDARA) dan SMK Datuk Ibrahim Majid Simpang Renggam, Kluang Johor. Karnival ini telah mempertandingkan sebanyak 13 acara yang disertai oleh 28 buah sekolah di daerah Kluang. SM Islam As-Syddiq mengambil bahagian dan mewakili sekolah untuk 6 acara sahaja.

Pihak SM Islam As-Syddiq ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Muhamad Naufal bin Ahmad Khushairi kerana telah berjaya merangkul Naib Johan dalam acara Kalimatus Sobah manakala peserta lain hanya membawa pulang hadiah saguhati dan sijil penyertaan. Pihak karnival juga mengucapkan sekalung penghargaan kepada Puan Noor Rahizah Abd Rahman selaku AJK Hadiah dan Cenderamata dan Ustaz Mujahid Khamis sebagai Hakim Acara Hafazan Al-Quran (L) atas kerjasama yang diberikan dalam melancarkan perjalanan majlis.

Banyak perkara dan hikmah di sebalik penganjuran Karnival MTQ ini. Selepas ditemu bual, rata-rata peserta SMI As-Syddiq dapat memperoleh pengalaman dan pengetahuan baru selain aktiviti dalam bilik darjah. Selain itu juga mereka dapat menambah kenalan baru dari sekolah-sekolah Daerah Kluang. Sebagai contoh, peserta taranum Muhammad Ting 5, rasa berbangga dapat belajar tentang taranum Al-Quran dan cuba untuk bertanding ke peringkat lebih tinggi kerana sebelum ini beliau pun tiada pengalaman bertaranum bidang Qiraat.

Berbeza dengan Muhamad Naufal Ting 5, beliau rasa sangat bersyukur walaupun Naib Juara yang diperoleh berjaya dikekalkan seperti tahun lepas, namun pertandingan tahun ini dirasakan mencabar kerana jumlah peserta lain yang ramai dan saingan yang lebih sengit. Begitu juga dengan Thaqif dan Syuraih Ting 5, walaupun dapat menjangkakan tidak mendapat sebarang mata, namun mereka masih berpuas hati dapat mencuba nasib dan berbangga kerana dapat mewakili sekolah untuk memperoleh mata merit dalam Sijil Ko-kurikulum.

Akhir kata, diharapkan Karnival Pendidikan Islam MTQ dapat dianjurkan lagi pada tahun-tahun yang akan datang dan SMIAS dapat menghantar lebih ramai pelajar dalam setiap acara yang dipertandingkan. Hal ini kerana berasaskan kelebihan-kelebihan dan hikmah yang diperoleh oleh para pelajar sangat bernilai untuk masa akan datang.

Suasana sekitar program :

——————————-
Team Media As Syddiq

——————————-
https://sekolahislamassyddiq.wordpress.com