Tag Archives: SMA

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL MENENGAH RENDAH AGAMA & SIJIL MENENGAH AGAMA  SEKOLAH MENENGAH ISLAM AS SYDDIQ 2016

Alhamdulillah…

Penantian guru-guru dan pelajar- pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama dan Sijil Menengah Agama 2016 akhirnya terjawab kerana pada hari Ahad 15 Januari 2017 telah diumumkan keputusan bagi kedua-dua peperiksaan tersebut.

Di kesempatan ini pihak warga Sekolah Menengah Islam As Syddiq mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama ( SMRA) 2016 dan Sijil Menengah Agama ( SMA ) 2016. Berbekalkan usaha, doa dan tawakal selain usaha gigih dari guru-guru, para pelajar akhirnya mendapat keputusan yang membanggakan bagi peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama 2016 dengan peratus kelulusan 100% lulus. Manakala bagi peperiksaan Sijil Menengah Agama 2016 peratus kelulusan agak menurun sedikit dengan peratus kelulusan 50% lulus.

Bagi keputusan peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama 2016 seramai tiga orang pelajar mendapat keputusan Mumtaz iaitu saudara Muhammad Nasif bin Ahmad Khusairi, saudari Nur Shodrina Wadihah binti Abu Bakar dan saudari Nur Maryam binti Hazizan.

Bagi keputusan  peperiksaan Sijil Menengah Agama 2016 seramai 4 orang pelajar mendapat keputusan Jayid Jiddan iaitu saudara Muhammad Naufal bin Ahmad Khusairi mewakili pelajar putera dan bagi pelajar puteri diwakili saudari Siti Balkis binti Amalludin, saudari Siti Maryam binti Mahmad dan saudara Waie Sajidah Saadah binti Zihan. Mabruk penulis ucapkan atas kejayaan anda semua.

Semoga kejayaan anda menjadi inspirasi kepada rakan – rakan yang lain untuk lebih tekun dan fokus dalam pembelajaran. Antara kunci kejayaan pelajar – pelajar ini adalah sentiasa fokus ketika guru mengajar dan saling bertanya sekiranya ada sesuatu yang tidak difahami dalam pembelajaran.

Selain usaha dan tawakal, pergantungan kepada Allah dalam setiap masa dan keadaan menyedarkan diri kita bahawa kita adalah insan yang sentiasa memerlukan pertolonganNya. Akhir kalam, semoga kecemerlangan dalam bidang akademik ini menjadi pemangkin kepada mereka  untuk turut cemerlang dari segi sahsiah dan rohani. Sekian…

Jom kita saksikan wajah-wajah kejayaan pelajar-pelajar ini…

 

LAPORAN DISEDIAKAN :

USTAZAH MAISURA BINTI MOHD ISA

——————————-
Team Media As Syddiq

——————————-

https://sekolahislamassyddiq.wordpress.com

Keputusan SMA & SMRA

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah…Alhamdulillah….Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan izinNYA dapat kita bersua kembali di laman rasmi SMIAS. Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Nabi Muhammad SAW.
Pada hari Rabu lalu, telah diumumkan secara rasmi keputusan bagi peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) dan Sijil Menengah Agama (SMA) bagi calon – calon yang menduduki peperiksaan tersebut pada tahun lepas. Ustaz Muhammad Nizam Ismail selaku Ketua Unit Deeniah telah menghadiri majlis pengisytiharan tersebut di Pejabat Pendidikan Daerah Kluang.

Seramai 36 orang calon telah menduduki peperiksaan SMRA dan 8 orang calon bagi peperiksaan SMA. Bagi keputusan SMRA, SMIAS mencatat keputusan 61.1% dengan 2 orang pelajar mendapat keputusan Mumtaz manakala bagi peperiksaan SMA, sekolah mencatat kelulusan 84% dengan seorang calon memperoleh keputusan Mumtaz Sufi.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Farah Hazwani Bt Ruhani diatas kejayaan cemerlang SMA dan tidak ketinggalan kepada Siti Radiah Bt Roslan dan Izzi Hainura Bt Helmi bagi SMRA.

IMG-20160108-WA0001[1]

Farah Hazwani Bt Ruhani

Izzi Hainura Bt Helmi (kiri) dan Siti Radiah Bt Roslan (kanan)