Tag Archives: SMIAS

PROGRAM KHIDMAD MINGGUAN

Alhamdulilah, bersyukur kepada Allah SWT diatas nikmat Iman dan Islam. Selepas itu diberi pula kepada kita nikmat kefahaman dan kesedaran Islam yang sebenar sehingga kita boleh berada bersama-sama menjayakan program khidmad mingguan asrama.

Tarikh : 10-11.08.2017

Masa : 7.00 petang- 12.00 tengah hari

Tempat : Sek. Men. Islam  As Syydiq, Simpang Renggam

Suasana sekitar program :

——————————-
Team Media As Syddiq

——————————-
https://sekolahislamassyddiq.wordpress.com

IMG-20170811-WA0008

IMG-20170811-WA0002IMG-20170811-WA0009

PROGRAM TUISYEN BAHTERA GEMILANG

Alhamdulillah… Dipanjatkan syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan inayahNya ‘’ Program Tuisyen Bahtera Gemilang ‘’ Sekolah Menengah Islam As Syddiq telah dapat dilaksanakan pada 5 hingga 9 Jun 2017. Program ini telah dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana teknik menjawab soalan PT3 dan SPM. Sasaran  utama program ini dijalankan melibatkan para pelajar Tingkatan 3 dan 5 Sekolah Menengah Islam As Syddiq.

Antara objektif program ini dijalankan adalah untuk menggalakkan pelajar mengulangkaji pelajaran semasa cuti. Bukan itu sahaja, program ini juga bertujuan memberi peluang pelajar belajar bersama guru berpengalaman yang merupakan penanda kertas peperiksaan sebenar bagi meningkatkan prestasi pembelajaran pelajar dari semasa ke semasa untuk persiapan menghadapi peperiksaan sebenar iaitu PT3 dan SPM .

Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Sepanjang program ini berlangsung, para pelajar memberikan kerjasama yang baik. Pelajar tingkatan 3 dan 5 di tempatkan di kelas masing-masing dan aktiviti pembelajaran berjalan lancar seperti yang telah di susun dan dijadualkan oleh pihak pengurusan SMIAS dengan bantuan guru-guru yang berpengalaman.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga dengan adanya program ini ianya dapat mencapai matlamat dan objektif yang digariskan di samping mendapat redha Ilahi…”Kalau ada keinginan yang kuat, niat ikhlas disertai usaha dan doa, In sha allah berhasil”.

Firman Allah swt,

“….Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu beberapa darjat. Dan Allah Maha mengetahu apa yang kamu kerjakan”

Surah Al-Mujadalah : 11

 

Suasana sekitar program :

LAPORAN DISEDIAKAN

PUAN NOOR RAHIZAH BT ABDUL RAHMAN

——————————-

Team Media As Syddiq

——————————-

https://sekolahislamassyddiq.wordpress.com

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL MENENGAH RENDAH AGAMA & SIJIL MENENGAH AGAMA  SEKOLAH MENENGAH ISLAM AS SYDDIQ 2016

Alhamdulillah…

Penantian guru-guru dan pelajar- pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama dan Sijil Menengah Agama 2016 akhirnya terjawab kerana pada hari Ahad 15 Januari 2017 telah diumumkan keputusan bagi kedua-dua peperiksaan tersebut.

Di kesempatan ini pihak warga Sekolah Menengah Islam As Syddiq mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama ( SMRA) 2016 dan Sijil Menengah Agama ( SMA ) 2016. Berbekalkan usaha, doa dan tawakal selain usaha gigih dari guru-guru, para pelajar akhirnya mendapat keputusan yang membanggakan bagi peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama 2016 dengan peratus kelulusan 100% lulus. Manakala bagi peperiksaan Sijil Menengah Agama 2016 peratus kelulusan agak menurun sedikit dengan peratus kelulusan 50% lulus.

Bagi keputusan peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama 2016 seramai tiga orang pelajar mendapat keputusan Mumtaz iaitu saudara Muhammad Nasif bin Ahmad Khusairi, saudari Nur Shodrina Wadihah binti Abu Bakar dan saudari Nur Maryam binti Hazizan.

Bagi keputusan  peperiksaan Sijil Menengah Agama 2016 seramai 4 orang pelajar mendapat keputusan Jayid Jiddan iaitu saudara Muhammad Naufal bin Ahmad Khusairi mewakili pelajar putera dan bagi pelajar puteri diwakili saudari Siti Balkis binti Amalludin, saudari Siti Maryam binti Mahmad dan saudara Waie Sajidah Saadah binti Zihan. Mabruk penulis ucapkan atas kejayaan anda semua.

Semoga kejayaan anda menjadi inspirasi kepada rakan – rakan yang lain untuk lebih tekun dan fokus dalam pembelajaran. Antara kunci kejayaan pelajar – pelajar ini adalah sentiasa fokus ketika guru mengajar dan saling bertanya sekiranya ada sesuatu yang tidak difahami dalam pembelajaran.

Selain usaha dan tawakal, pergantungan kepada Allah dalam setiap masa dan keadaan menyedarkan diri kita bahawa kita adalah insan yang sentiasa memerlukan pertolonganNya. Akhir kalam, semoga kecemerlangan dalam bidang akademik ini menjadi pemangkin kepada mereka  untuk turut cemerlang dari segi sahsiah dan rohani. Sekian…

Jom kita saksikan wajah-wajah kejayaan pelajar-pelajar ini…

 

LAPORAN DISEDIAKAN :

USTAZAH MAISURA BINTI MOHD ISA

——————————-
Team Media As Syddiq

——————————-

https://sekolahislamassyddiq.wordpress.com

Ramadhan kian kembali

Bismillahirahmannirahim..

Sedar tak sedar dalam kesibukan kita seharian, janganlah kita melupai bulan yang penting dalam Islam.

Sudah bersediakah kita?
Ayuh persiapkan diri bermula sekarang untuk menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak !

“ Allaahumma baariklanaa Sya’baana wa ballighna illa Ramadhan.”

“ Ya Allah, berkahilah kami di Sya’ban ini, dan sampaikanlah umur kami bertemu Ramadhan. ”

Blog