Tentang As Syddiq

FALSAFAH, VISI, MISI, MATLAMAT & OBJEKTIF

– FALSAFAH PENDIDIKAN  NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan keluarga serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

– FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH ISLAM AS SYDDIQ

Pendidikan di Sekolah  Islam As-Syddiq  adalah pendidikan terancang, kemaskini dan terpimpin, yang berteraskan tauhid, untuk mentarbiah dan meningkatkan potensi pelajar ke arah melahirkan insan cemerlang yang seimbang dari segi rohani, akal, jasmani dan emosi, seterusnya  berkhidmat kepada Islam untuk  kemakmuran alam sejagat

– MOTTO:

Tarbiah melahirkan pemimpin

– VISI

PENDIDIKAN MELAHIRKAN PEMIMPIN bertakwa DAN BERKETRAMPILAN

– MISI

MEMBANGUNKAN SISTEM PERSEKOLAHAN bersepadu BAGI MELAHIRKAN INSAN

CEMERLANG Yang diredhai ALLAH

 

  •       Nilai Teras
    1. Berpaksikan keimanan dan ketaqwaan.
    2. Akauntibiliti dan integrity dalam menjalankan
    3. Proaktif , kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah dan merebut peluang.
    4. Ukhuwah, jiddiyah dan tadhiyah dalam menwujudkan persekitaran pendidikan soleh dan kundusif.
    5. Keperibadian dan keutamaan

 

– OBJEKTIF

  1. MELAHIRKAN PELAJAR CEMERLANG DALAM AKADEMIK DAN SAHSIAH
  2. MELAHIRKAN PENDIDIK YANG MEMILIKI QUDWAH HASANAH
  3. MELAHIRKAN KEPIMPINAN DAN SISTEM PENGURUSAN YANG AMANAH DAN CEKAP
  4. MEWUJUDKAN PERSEKITARAN PENDIDIKAN YANG KONDUSIF

 

– PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH ISLAM AS SYDDIQ

Kami warga sekolah Islam As Syddiq bertekad dan beriltizam

  1. Menlaksanakann sistem pendidikan terbaik berasaskan tuntutan Islam bagi memenuhi hasrat pelajar dan ibubapa, selaras dengan visi dan misi sekolah.
  2. Memberi peluang sebanyak mungkin kepada setiap pelajar untuk menikmati suasana kehidupan harian berteraskan ukhuwah (persaudaraan),  mahabbah (kasih sayang) dan ta’awun (tolong menolong) agar jatidiri pelajar terus berkembang secara positif dan bermanfaat.
  3. Memberi peluang yang saksama kepada setiap pelajar agar setiap kelemahan dapat diperbaiki dan setiap potensi yang baik dapat terus dipupuk serta dipertingkatkan.
  4. Sentiasa berpegang kepada prinsip bersedia memperbaiki kualiti diri kerana Allah dan mendidik kerana Allah.
  1. Menggunakan segala sumber yang ada secara optimum untuk memaksimumkan kualiti keluaran sedapat mungkin, dengan taufiq daripada Allah.

 

– KONSEP PENDIDIKAN DI SEKOLAH AS SYDDIQ

  1. Bersumberkan Al-Quraan dan Hadith
  2. Pendidikan Islam Bersepadu
  3. Sebagai Mehrab untuk berubudiah kepada Allah
  4. Tauaman antara institusi dan orginisasi
Advertisements
%d bloggers like this: