SEKOLAH RENDAH ISLAM AS-SYDDIQ

 

SRIAS.png

FALSAFAH

“ Tidak AKU ciptakan jin dan manusia selain untuk beribadah kepada KU.”

[ Az-Zariyat : 56 ]

VISI

Menjadi sebuah institusi sekolah yang unggul, berbudaya saing, bertaraf global yang berlandaskan pengabdian kepada Maha Pencipta.

MISI

SRIAS komited dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi ilmu, akhlak, sahsiah dan peribadi supaya ianya dapat merialisasikan penghambaan diri pada ALLAH.

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Rendah As-Syddiq (dahulu dikenali sebagai SRA Ghufran), nombor pendaftaran SRJ 3338, dibuka pada 1 Januari 2001. Ia terletak di Lot 3479, Kampung Sahari , Blok 3. Simpang Renggam. Luas kawasan sekolah ini ialah 2.5 ekar.

Pada peringkat permulaan, iaitu ketika sekolah ini baru dibuka, hanya Tahun 1 sahaja diwujudkan. Jumlah murid pada ketika itu seramai 39 orang dimana murid Tahun 1 dibahagikan kepada 2 kelas. Jumlah guru seramai 3 orang. Murid yang belajar di sekolah ini datangnya daripada sekitar Simpang Renggam dan juga luar Simpang Renggam.

Guru Besar yang pertama mentadbir sekolah ini ialah Tuan Haji Muhd Rubani Abd Rahman. Beliau mula bertugas si sekolah ini mulai 1 Januari 2001. Sebelum itu, beliau pernah bertudas sebagai Guru Besar di SK Ladang Tun Dr Ismail, Simpang Renggam.Setelah itu, Tuan Haji Ab Aziz Md Yet telah diamanahkan untuk menjalankan tugas sebagai Guru Besar mulai 1 Januari 2006.

Pada tahun 2014, jumlah murid telah meningkat seramai 189 orang. Jumlah guru seramai 15 orang dan 8 orang staf kakitangan telah ditempatkan bertugas di sekolah ini. Terdapat kemudahan fizikal yang merangkumi bangunan akademik, surau dan kantin. Selain itu, sebuah padang juga disediakan bagi tujuan sukan dan permainan seperti bola sepak dan bola jaring. Kemudahan untuk rekreasi dan aktiviti ‘Yakin Diri’ dikalangan murid  masih dalam peringkat perancangan.

 

Untuk melihat suasana SRIAS : Suasana SRIAS

( Video lain boleh ditonton di You Tube dalam Channel

[MEDIA] As Syddiq Islamic School )

 

3 Comments Add yours

  1. luqman says:

    Asalamualaikum..bila pendaftaran bg sesi thun dpn ye

    Like

    1. waalaikummussalam w.b.t..isi borang dibuka sepanjang tahun..boleh mendapatkan borang permohonan dengan mengemail ke smiasjohor@gmail.com..

      Like

  2. sawiyah mohd noor says:

    mohon emailkan borang permohonan kemasukan sekolah menengah

    Like

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.